Sunday, 6 November 2011

Tersalah masuk pintu...

Ketika aku sampai rumah
langit gelap tiada bintang
segerombolan anjing di hujung jalan
melolong sayu sayup dan panjang
biarlah, anjing pun makhluk Allah juga
seperti biasa
aku kunci pagar dan lock kereta
sebelum buka pintu rumah
aku sumbat lubang kunci
sambil mata tengok jam
tepat tengah malam jam 12...
dalam hati aku bagi salam
buka pintu saja
mak ada baring kat sofa
abah baca sokkaba sambil minum milo
kakak dan adik aku sibuk layan anak diaorang
Ya Allah... aku undur balik tutup pintu
lagi sekali tombol pintu aku pegang
dengan lafaz Bismillah
aku buka pintu
gelap dan pegun
jarum jam 12.01 am...
Aku tersilap masuk pintu...

17 comments:

  1. aikkk cemana u boleh salah masuk rumah orang ni? muskil

    ReplyDelete
  2. Tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan, yang sampai hanya satu jalan...

    :)

    ReplyDelete
  3. NP, I masuk rumah I, rumah yang sama...cuma tersilap pintu...

    Uncle G, hanya satu jalan...tapi ada banyak pintu...

    ReplyDelete
  4. @LW
    maksudnya??? pintu siapa? that one i blurr sikit

    ReplyDelete
  5. Pintu utama rumah I, first time buka ada senario lain, tutup balik sebab x mungkin kerana dua daripadanya sudah tiada...bila buka kali kedua tu baru yang real...sebab I kan dok sorang...x de orang lain dalam tu..

    Ntah maybe imaginasi mengambil tempat reality...I kan suka daydreaming...hihi! Ahh abaikan....abaikan...dunia vampire memang selalu begitu...ni kalau SM baca ni musti banyak dia nak kata...hahaha

    ReplyDelete
  6. alamakkkk u mcm seram jer...
    kalau i confirm i cabutttt.............

    ReplyDelete
  7. imaginasi buatan, memang itu yang kau minta (atau harap) tiap kali kau buka pintu kan? kalau aku jadi kau, aku takkan undur semula. sebaliknya aku ambil peluang untuk bersama mereka dalam dunia fantasi tu untuk beberapa ketika sebelum mereka `fade' sedikit demi sedikit daripada pandangan. seram? takut? tidak, aku tak rasa seram sebab apa yang berlaku depan mata tu cuma dalam mimpi. dan aku hanya membiarkan mimpi tu berjalan sedikit panjang dan lebih real daripada biasa...

    ReplyDelete
  8. SM...gotcha!!! Ya selepas itu aku berasa ralat kerana tidak menikmati peluang itu walaupun beberapa saat..jarak masa hanya seminit... Dan aku yakin ia tidak akan berulang lagi. Kalau berlaku pun tidak akan complete seperti yang ini...Berkali2 aku mohon lagi dan lagi supaya ada peluang, tapi peluang seperti itu hanya muncul sekali dalam hidup...

    ReplyDelete
  9. kau cuma dapat mohon, tapi kau jangan tunggu. surprise tu mungkin ada betul-betul beberapa detik kat depan mata. dan pada masa yang tak kau jangka. kemungkinan-kemungkinannya ialah (1) kau dah masuk ke dalam zon twilight tanpa sengaja (2) ada makhluk yang tak kau ingini sedang bertapak atau (3) kau tersadung drop pintu dan jatuh pengsan atas lantai, dan pengalaman kau tu semua cuma dalam mimpi sepanjang tempoh kau pengsan tu. kau pilih yang mana?

    ReplyDelete
  10. Aku pilih (1) dan (3), tapi kalau boleh yg mana aku tahu ia x akan berlaku kecuali kalau aku 'berkunjung' ke sana, barulah aku boleh ada bersama2 dgn dua daripada mereka...aku teringat macam2 nak buat utk mereka berdua tu...

    ReplyDelete
  11. ah, semua kita kan bakal follow orang yang terdahulu. apa pulak tak betulnya?

    ReplyDelete
  12. erk..naik bulu ketiak eh silap.bulu roma.hehe

    ReplyDelete
  13. HI, naik bulu ketiak tak pe...jangan bulu hidung hahahaha!

    ReplyDelete