Tuesday, 15 November 2011

Menjadi seorang manusia...

Hati kecut!
penakut!
tak padan dengan usia!
lagi apa perkataan yg boleh aku suaipadankan
untuk menggambarkan bahawa aku ini seorang manusia
yang maha penakut
namun apabila pada suatu ketika
aku ditakdirkan
melalui segala-galanya sendiri
dan keseorangan
dan aku tahu tiada siapa pun di sisi
kecuali DIA dan setan dan iblis dan jin
maka aku harus menukarkan
sifat yang sangat pengecut itu
kepada pemberani membuta tuli
kerana aku tidak mahu
memusnahkan diri sendiri
oleh ketakutan yang tidak berasas.

12 comments:

  1. ada kes la tu.
    (1) wallet hilang atau
    (2) dengar bunyi tengah-tengah malam atau
    (3) semua di atas

    ReplyDelete
  2. Haha..kau pun dah tahu style aku kan....
    Yang no 2 tu....

    ReplyDelete
  3. atap rumah i selalu i dengar ada orang jalan2..pastu bunyi kerusi laa...buat bodoh jer...
    gamaknya monyet dari hutan sebelah kot suka main2 atas atap tu dan jiran sebelah kot suka tarik2 kerusi semua....

    ReplyDelete
  4. NP, I dengar benda jatuh, kerap la dengar...macam luar pintu jer...bila p cek tak de pun...

    ReplyDelete
  5. @LW
    tak payah laah pegi cek..biaq pi kat situ..

    ReplyDelete
  6. aku suggest kau pasang cctv kat luar pintu. at least dapat jugak melegakan hati kau dan memudah kau pantau dari bilik.

    ReplyDelete
  7. Owh x boleh..nampak benda2 asing karang lagi aku putus nafas...hahaha

    ReplyDelete
  8. sebagai langkah berjaga-jaga la.

    ReplyDelete
  9. Berjaga2 tu bagus, tapi aku akan bertambah 'berani' sekiranya ternampak energy lain yg tidak sepatutnya aku lihat...membahayakan keadaan...

    ReplyDelete
  10. takutkan apa tu?

    camner wallet?
    cc dah jumpa IC :D

    ReplyDelete
  11. NP, betul gak...ignore jer...kalu cek pun memang x dak pa...lagi tegak bulu roma

    CC, dah report segala bagai, da buat kad baru pun...

    ReplyDelete