Wednesday, 16 November 2011

Harga sebuah maruah...

Buku cenderahati teater HSM karya Azizi Hj Abdullah...

Ada orang suruh aku masuk pakai tag peribadi, sebab boleh dapat f.o.c tapi buat malu je lah...dah le budak2 USM tu datang jauh, aku pula nak bantai percuma...tidak! Kalau aku yang terbabit pun aku marah sebab produksi depa ni produksi student, bukan besar2 punya...tapi kalau Badai Semalam yg aku akan tonton malam ini, yess...f.o.c!
Kali terakhir aku tonton teater lebih kurang enam bulan lalu, teater muzikal Lat...boleh lah...teater santai
dan kali ini, Harga Sebuah Maruah (HSM) teater berat..isunya ialah mengenai Kampung Kertau yang didatangi pemaju yang ingin membina kolam penternakan udang di tanah sawah mereka.

Penduduk kampung berpecah jadi dua. Ada yg setuju, ada yang tidak. Azizi menyelit kiasan secara halus mengenai kuasa wang ringgit berupaya merobohkan tali persaudaraan antara ibu dan anak apatah lagi saudara mara mahupun jiran seperjuangan

Dari sisi yang lebih luas, HSM adalah parodi kepada apa yang kita lalui hari ini. Kuasa wang ringgit boleh membeli nilai kemanusian dan kehidupan. Hatta sealim mana sekalipun manusia, kalau longgok kepala agung kat depan, terus jadi rambang mata, sama la macam kucing..sekor kucing tu kalau pondan atau ‘kasi’ macam mana sekalipun ko potong atau sunat anunya, si kucing poyo tu tetap tak akan hilang jati diri kekucingannya yang akan cium, jilat, tatap dan cuit ikan tu...eceehh macam bagus kepala otak aku mentafsir HSM ni.
Ohnya..ini sisi pandangan aku, kalu korang p tengok, mungkin ada seribu ulasan lagi...

Back drop boleh aku bagi 4 bintang: sebab teknik pancaran gambaran rumah, buldoze, back ho ke menatang apa lagi, nampak hidup..pentas memang kosong tapi teknik yg depa guna, boleh diterima pakai.
Pelakon2nya memang meletops: watak Mak Cah, Abang Azmi (Prof Madya Dr Samad Salleh) aku dah lama suka kalau brader ni berlakon, memang hidup...watak2 utama lain seperti Hijrah (Helmi - muka macam Mawi, tapi dia lagi handsome dari Mawi..cehhh), Habibah (Milyana, ok lakonan menjadi, gandingan baik dengan Helmi) dan ramai lagi, memang boleh diberi tepukan gemuruh walaupun teater berat seperti ini, pastinya tidak ramai yang akan datang dan duduk menonton dengan tekun..penggunaan dialek utara secara keseluruhan kena dengan latar penceritaan..ok malas nak review panjang2, kepada peminat tegar Azizi Hj Abdullah, HSM adalah perjuangan Azizi untuk bangsanya...

Nota: Aku pergi tonton HSM sorang, tapi aku tidak menontonnya keseorangan...

9 comments:

  1. buku `cederahati' tu bagi aku boleh? sebelum kau tonton teater ni, kau dah baca ke naskhah asalnya?

    ReplyDelete
  2. Ko nak ke buku tu? Boleh! Boleh! Aku x baca naskah asal, kalau aku baca pun mungkin aku dah lupa...

    ReplyDelete
  3. apa ada dalam buku tu? aku pun tak baca yang asal. kalau aku tengok (tonton) teater ni, rasa macam nak kena baca pulak novel asal. baru boleh buat judgement.

    ReplyDelete
  4. Info pasal pelakon dan serba sedikit mengenai cerita berkenaan. Aku pun x baca kisah ori, tapi aku tau bukan semua org gear dgn cerita jenis ini...sebab ia me Ed ikan pemikiran dua lapis...Ada maksud lain yg hendak disampaikan Azizi, memang maksud selapisnya pun dah ketara, tapi kalau dikupas, akan diketemui banyak lagi Hal lain...

    ReplyDelete
  5. macam lapisan bawang maksud kau? makin dikupas, makin pedih mata...

    ReplyDelete
  6. Ya...Dan kupasan itu memang memedihkan mata pada kehidupan sebenar...

    ReplyDelete
  7. ...tapi kepedihan yang aku kira amat perlu dirasakan, demi mencari sesuatu yang tersembunyi di celah-celah diri sesama kita. takut ada yang terlepas pandang dan akan menganggap kebobrokan itu sebagai kebiasaan dan `tak apa'.

    ReplyDelete
  8. Kalau khalayak teater yg ori yg menontonnya, mereka tidak akan pandang sepi...

    ReplyDelete