Posts

Showing posts from November, 2011

Misteri sekejap...

1)
Mengembara ke alam roh...warghhh vogue kan?
boleh ke gitu? Boleh! Macam mana?
Maka aku pun dengan penuh taksub bercita-cita
untuk mengembara ke alam roh
ketika aku aku berusia 18 tahun
kata ustaz muhammad, kalau diizinkan Tuhan
roh boleh keluar dari jasad
berterbangan antara langit dan bumi
dan masuk kembali ke dalam jasad...
mati kecil kah itu?

2)
Aku kerap juga tengok
peniaga buah di pasar chowkit
sangatlah tidak  senonoh
kerana jual buah yang sudah busuk dan buruk
tapi disusun cantik dalam pinggan
suatu hari Nasir bercerita
kenapa penjual sanggup jual buah busuk
aku terfikir2 siapakah pembeli buah itu
Nasir kata lagi, ia dijual sebab ada pembeli
siapakah pembeli buah busuk dan buruk itu?
Korang tahu tak siapa yang beli buah tu?

3)
Ada anak kawan aku
comel budaknya...kita orang panggil Nia
hobby dia suka cabut bulu kening kalau nak tdo
asal baring je, tangan otometik melekat kat kening
dah naik botak kening dia sebab tangan dia cabut satu, satu
mak dia puas pesan, cabut bulu ke…

Hijrah...

Hijrah
perpindahan
perubahan
daripada yang tidak baik
kepada yang lebih baik
semoga Hijrah 1433 ini
adalah yang terbaik
buat masa ini
untuk kita meneruskan suatu amanah
di muka bumi Allah ini...

Belaan...

Image
aku dulu kononnya nak bela anjing, sebab terpengaruh dengan citer lassy kat tv..
tak pernah miss tengok citer anjing yang sentiasa jadi penyelamat kepada tuannya ini,
sekali mak aku kata...ko buang tebiat ke apa nak bela anjing,
aku sentap dan terus tukar cita-cita kepada nak bela ular...
tapi masa tu rumah aku x de semak samun so payah sikit lah nak bela ular.
kenapa nak bela ular? sebab aku suka tengok kulit ular sawa yg cantik tu.
Sekali bila aku jadi remaja purba, arwah abah bela ular sawa
dari sejengkal sampai boleh jadi tali pinggang kulit le..yickkk...geli!
Ada satu ketika, rumah kami bela kucing banyak...
abah ambik di hospital masa kakak kemalangan..
dari hari pertama kakak kemalangan hingga parut di muka kakak hilang dan sembuh,
selama itulah kucing banyak di rumah kami.
Bila parut kakak dah hilang sepenuhnya, kucing2 itu pun hilang juga..
kucing ke apa eh.
Last sekali bela ikan..haa buddy ini ko punya penangan...
aku nak share pasal si gemok, buntat dan segala baga…

Food harrasement...

Image
Ada banyak blog yg aku spy
blog yg tepek pasal makan lagi lah..
kadang2 x tahan sungguh tengok resipi yg dia orang tepek
rasa dan2 tu juga aku nak try buat
kalau nak masak tu, resipi yg aku print tebeng kat depan
SM ko dah buat aku tak lena malam
sebab ingat sup cendawan Sibu tu
jauh gila kalu aku nak pergi makan sana..ceitt
satu lagi makanan yg selalu buat aku tangkap leleh
adalah food budak kecik si Maryam tu
maknya rajin betul godek makanan untuk dia'
aku tak boleh tahan sebab western food tu
classs...kecik2 dah makan western food
bagus Maryam, jangan makan nasi
u better practice moderate food..
hmm ada banyak lagi blog yg suka tepek resipi
yg selalu buat aku hilang sabar!

Welcome to the dark side...

Tit! Tit! Ada SMS masuk...

"LW, Da nok ajok g tengok movie buleh?
Abe Har beli teket, tapi dio x leh g
sebab sibling dio maghi. Buleh dok?
Kalu buleh, juppo kat starbuck b4 10 deh.
Hokay, c u there...tc!"

Yay! Off to cinema..twilight...
Hmmm..Friday night!...

.
.
.
.
.
To be continue...

Nostalgia...

Image

Selamat hari lahir mak...

Image
Selamat hari lahir mak!
walaupun hari lahir mak sudah beberapa hari berlalu
aku ingat, aku ingat tarikh itu
kalau mak ada
kalau mak ada, aku akan bawa mak ke rumah adik
nanti mak boleh jumpa lala, aker, a’en, nini dan ee
ee ada tanya mak hari tu
setelah beberapa bulan mak berpulang
ee: bu, siti mana
ibu: siti dah pulang
ee: abang nak jumpa siti
ibu: kenapa nak jumpa siti
ee: i miss her
ibu: ok, let recite al-fatihah
ee: kenapa kena baca?
ibu: present to siti
ee: ok...
ibu: dah baca?
ee: done ibu
ibu: siti is happy now
because you gave her a present
a birthday present!
ee: really?
ibu: yerp
ee: can we buy some more birthday present?
ibu: no need to buy..
ee: (muka blur)
ibu: hadiah birthday untuk siti percuma
setiap malam abang ee kena baca al-fatihah
hadiahkan untuk siti, lagi siti suka
ee: yay! i can do it. adik can do it..kakak lala pun kan ibu
ibu: ya..ya...(sendu)
*siti@nenek
*Selamat hari lahir mak! 11 Nov 1945 - 1 Jun 2011
...tapi saya tahu mak sentiasa tunggu
saya balik dari ke…

3 Anekdot..

1) Diabetes
It maybe u, or others, it can be everybody
anybody, everybody else, siapa2 saja boleh ada
kalau makan x terkawal, kalau family history ada
dan kadang2 masa pregnant pun automatically ada

Dr Siri Harnida kata, diabetes tidak membunuh
tapi jika tidak terkawal
ia menyebabkan organ badan failure to do their task
jantung gagal berfungsi, buah pinggang gagal bertugas
limpa gagal memproses, salur darah juga akan merosot
paling takut, saraf hilang deria
ada satu kes membabitkan remaja lelaki
he's so young, 17 yrs old
lost his ability to sense the need to pass urine
whenever his bladder is full
so kencing terkeluar tanpa dikawal, apabila tidak dapat dikawal
bakteria berleluasa, and it cause fungus and etc..pity him..
and the worst case, this young man
often fail to attend his appt with the doctor
well im very gud in this particular manners
aku ikut peraturan dan x pernah gagal ikut cakap coktor!!!
sebab aku mahu back to the normal life
dan kenapa kalau test darah untuk sugar le…

Sakitnya hati: 18 sx

(Aku berkasar dengan bahasa:)
Semalam hujan lebat
ada appt kat Bandar Baru Bangi
appt jam 3, kuar opis jam 2,
jawa kata jas nais la kan
sebab jalan licin
aku bawa keta berhemah
dari federal hiway
nak sampai depan plaza phoenix tu ok
drive cam biasa, sopan santun bagai
sampai tol nak masuk mahkota cheras
semua keta dah bertenat
sebab tak tahu line mana nak que
aku dah biasa sebab hari2 hafal
jalan nak balik windsor
dah tahu kat mana ada lubang
kat mana ada pecah
so aku masuk que bayar tunai
line tiga dari kiri
sedang syok que
tetiba ada satu kancil putih
ada anak patung teddy bear
teddy bear la sangat..puk*&^$ la dia
ada sticker lim kok wing university
ada dua pompuan di dalamnya
menyondol keta aku
macam pompuan sundal tak cukup nafsu
pukimak betul
babi sondol tanah pun kalah
heh pompuan
ko tu dah la potong que aku
masuk tak bagi salam
muka menonong macam pantat ayam tua
aku punya la panas hati
aku ke depan dia ke depan
aku asak lagi dia asak
aku hangen ni, rasa menggigil
mem…

Entry tertangguh...

Image
1)
CCChhh....(hari Jumaat, mulut kena kontrol, hati kena sabar..tsk!!)
line internet macam cel*&%, damn!
semua fail, dua maxis dan TM Bangsat..
satu sen pun tarak guna
baik lagi kalu aku tengok siput babi mengawan depan rumah

Nota: Apa2 hal, awal tahun depan aku kena erase TM dari Windsor..sangat menyakitkan hati (jari hantu naik aaahh). Kena ganti dengan itu Asstro...

2) Ok hati sudah sejuk
minggu ni adalah minggu marathon
menonton teater
dua malam berturut2 menonton teater
harga sebuah maruah di dbp
dan badai semalam di istana budaya
namanya pun di istana budaya
yes ada class
maksud aku refer kepada teater dan juga lokasi
mungkin tidak boleh beri 100 %
tapi congrats atas usaha team produksi BS
erra fazira sebagai teraju utama
aku nampak dia berjaya menghidupkan watak mazni
aron pun ok cuma bab vokal fail
suara dia macam kepit
mungkin sebab dia x biasa berlakon teater
kalu drama dia dah biasa dub
fizz fairuzz pun bagus
umi aida, imelda dan ziela memang memuaskan hati

3) Sebenarny…

Wordless Rabuday

Image

Harga sebuah maruah...

Image
Kali terakhir aku tonton teater lebih kurang enam bulan lalu, teater muzikal Lat...boleh lah...teater santai
dan kali ini, Harga Sebuah Maruah (HSM) teater berat..isunya ialah mengenai Kampung Kertau yang didatangi pemaju yang ingin membina kolam penternakan udang di tanah sawah mereka.

Penduduk kampung berpecah jadi dua. Ada yg setuju, ada yang tidak. Azizi menyelit kiasan secara halus mengenai kuasa wang ringgit berupaya merobohkan tali persaudaraan antara ibu dan anak apatah lagi saudara mara mahupun jiran seperjuangan

Dari sisi yang lebih luas, HSM adalah parodi kepada apa yang kita lalui hari ini. Kuasa wang ringgit boleh membeli nilai kemanusian dan kehidupan. Hatta sealim mana sekalipun manusia, kalau longgok kepala agung kat depan, terus jadi rambang mata, sama la macam kucing..sekor kucing tu kalau pondan atau ‘kasi’ macam mana sekalipun ko potong atau sunat anunya, si kucing poyo tu tetap tak akan hilang jati diri kekucingannya yang akan cium, jilat, tatap dan cuit ikan tu..…

Menjadi seorang manusia...

Hati kecut!
penakut!
tak padan dengan usia!
lagi apa perkataan yg boleh aku suaipadankan
untuk menggambarkan bahawa aku ini seorang manusia
yang maha penakut
namun apabila pada suatu ketika
aku ditakdirkan
melalui segala-galanya sendiri
dan keseorangan
dan aku tahu tiada siapa pun di sisi
kecuali DIA dan setan dan iblis dan jin
maka aku harus menukarkan
sifat yang sangat pengecut itu
kepada pemberani membuta tuli
kerana aku tidak mahu
memusnahkan diri sendiri
oleh ketakutan yang tidak berasas.

warna susah hati

Image

Le Cordon Bleu Paris..

Image
Kalau aku tak buat kerja yg aku buat kini
mungkin aku jadi tukang masak cap ayam
mungkin aku belajar dengan makcik aku
tukang gulai taraf kg pinang sebatang
yg sorang lagi tukang gulai tahap
lulus sekolah 6
tapi kalau ada kenduri kendara
yg dua orang ni lah yang dipanggil
sorang lagi makcik bau bacang
tukang gulai versi kawah
padahal dia main jemput dan hagak2 jer
tiap kali aku minta resipi
jawapan dia: ko datang tolong aku masak
perghh memang tak pernah ada resipi bertulis
semua dalam kepala otak je
tapi rasa meletopsss
aku tahu, Le Cordon Bleu Paris
adalah sekolah masakan hebat dan tersohor dengan taraf dunia
memang haku tak mampu nak masuk sana
walau kerja tujuh tahun sekali pun
kecuali kalau ada penaja, aku sanggup
Sherlyn tpon aku, u mau masak?
Aku pun bagai vampire kehausan darah...ya ya ya!
Maka aku pun tunjuk le skil masak aku yg poyo je
hmm...Chef de Cuisine Cordon Bleu pun ngeri aaa tengok skil aku
Mwahahaha..bagi laluan aku perasan dan berangan..korang x ada kan?




…

My man (Song of Soul) by Zul Idris

Image
The only place that i can recharge my battery of life...
the only place that i can stimulate my weakness...
the only thing that i like to do when im lost is staring at my man..
and the best atmosphere in the world..

gallery!





Wow...rempit!

Image
Aku keje weekend...bohsan gila..sekali masa nak turun melantak..
makaihh...berlonggok-longgok balak motor besar bagak dok lepak.
lepak kat bawah, betul2 depan pintu opis aku..terkesima mak!
kenapa la aku tak turun awal2..
kalau aku tau la depa ni dok ada kat bawah..
maunya aku menebeng tumpang naik..
aku tak malu dah...
kalu setakat mengendeng tu, memang aku sanggup buat..
1st time aku naik harley (pembonceng je la..) pada 96
bikers tu badan cenonet jer...aku ingat lagi, nama Ramzi
bawak ribut siot, dari Ulu Klang ke Port Klang..
laju macam angin..sangat, siap lack...tapi terkawal
sebab dia tau beban yg dia bawak sama berat dgn moto
aku nak pegang pinggang dia pun tak lalu sebab kecik sangat
eh ini kisah tahun 96
la ni dah 2011
Ok Yop Changkat Lada, lain kali ko nak merempit
aku nak tumpang ek..iskk ni yg aku rasa nak ambik lesen moto plak neh..
gila!

Yay: Nestle Omega Plus

Image
YAY!!!..Berbaloi2 aku melantak quaker oat yang dinjj gila x sedap
dan berbaloi2 juga aku menogok susu nestle omega plus yang hazab rasanya tu..
finally...aku winner...tapi RM500 belum dapat
so dik non jangan nak mengada-ngada minta mak belanja
nanti mak sunat tau!!!

cina peranakan wedding

Image
Dah hujung2 hari, bos aku kata: Bos: U nak makan kenduri? Aku: Kenduri apa bos? Bos: Kenduri kawin la.. Aku: Mana? Bos: Bkt Bandaraya. Aku: Ok boleh.. Bos: Nah, Datin Adelya punya anak, depa buat tema cina peranakan.. Aku: Owh ok..kena pakai baju kebaya ke bos.. Bos: Ah tak payah, kita g keje.. Aku: Baikk!
Makanya aku sampai rumah jam 11 malam selepas melantak hidangan baba dan nyonya, duduk semeja dengan geng photoz.com yang kesemuanya jantan2 tak tahu cakap Melayu..tapi hidangan cina peranakan tu tak boleh tahan...sedap baik punya! Aku bantai bingka ubi kayu sampai setengah dozen...apa heran kalau barang besar ibu jari, kira ok la setengah dozen kan...hmm majlis kahwin orang kaya-kaya..apa lagi aku nak kata..terima kasihlah jemput bos aku..dan terima kasihlah juga bos sebab mewakilkan aku menyebabkan aku sampai rumah lambat, menyebabkan aku dah rugi masa atas katil...!

Kek pelangi: CC/UG

Image
Cik Cempaka, nah kek pelangi untuk kamu...esok gerenti hari kamu seindah kek ini...err uncle gedek nak juga kan...share dengan Cik Cempaka ya...jangan gaduh2 tau!

Nikmat hidup...

Image
ENGKAU tahu
aku mahu
antara seru
dan nafsu
KAU hadirkan
ketiga-tiganya
halwa telinga
merdu
halwa mata
selera
halwa tekak
terasa
burp!
Alhamdulillah..

Cik Cempaka...sangat doodleliciouss

Image
TJ pernah kata pada aku, there’s a child in u
walaupun aku dah tahap bangka
dia sentiasa kata a child in u, still
yes i am TJ
dan Cik Cempaka terima kasih tak terhingga
kerana ‘membikin’ hari saya jadi gembira!!!
doodle itu, sangat doodleliciouss
dan ladylicious...suka! suka!! suka!!!
saya akan buat kek pelangi untuk kamu
semoga hari kamu juga seindah pelangi!
Amin...

Nota: No matter how old u are, there's always a child in u, still...don't denial!

Life...upside down

Jangan nak tipu
korang tak pernah rasa down
kalau dah namanya insan
musti ada rasa 'jatuh' itu dalam hidup
ayat motivasinya adalah
life is too short
let celebrate...
celebrate tu bukan maksud
joli katak gila babas sesuka hati
korang pun sure ada cara
nak celebrate life
to make it
more meaningful kan
aku celebrate life kalau
8 Nov 2011
Blood pressure: 137/75
Sugar level:3.4
Cholesterol: 4.3
That was great!
I never get these excellent reading before..heran!
tapi ini bukan bererti aku boleh makan sesuka hati
kalau dapat kekalkan rekod begitu
baru boleh up sikit celebrate life
maybe tengok konser rock ka esok lusa
ada sapa-sapa mau join...
buddy...hahahahaha

Kesukaan...

Image
Kesukaan tau bukan kesayangan
ada beza tu suka dan sayang
aku suka kalau jumpa dia orang ni
tukang masak tahap petala alam
tukang masak tahap resaksa gaban
lagi tahap apa
macam2 ilmu dapat
first hand punya lesson
esok kalu company
dah tamaw guna khidmat aku
aku tak de pilihan
mana nak pakai tukang masak
taraf cikai2 punya
boleh cari aku...
ya, selera berbeza
memasak dengan naluri
memasak dengan kasih sayang
MommyFara mesti setuju dengan ayat merah tu
tak kira sapa nak makan
masak dengan ikhlas
Ok minggu ni
kalau ada tuah
aku nak p belajar masak
dengan Chef femes
dari sekolah masakan Cordon Bleu Paris
bukan kat Paris
kat Sunway Piramid jer...

Nota:  (1) Terima kasih tauke cendol a.k.a brader teksi dari LRT Bangsar ke opis aku, sempat bagi petua nak kekalkan santan tak basi../ (2) Exec Chef Casa Del Mar..bila mau jumpa?? (3) Chef Rosli Plaza Hotel, petua minum lemon pepagi tu..perghhh...tak terdaya!

oren poppy seed muffin...!!!

Image
Kebetulan
aku buat muffin
dia pun buat muffin
aku punya ada poppy seed
dia punya pun ada poppy seed
tapi dia pilih banana
aku pilih oren
ada telepati agaknya
petang ni tekak aku
sama taste dengan tekak dia
cuma muffin dia sedap!
tapi muffin aku...ntah!
kalau kata sedap
mesti korang ingat aku perasan
ahh tengoklah sendiri
tapi jangan compare
muffin aku dengan muffin dia..
aku guna resipi kedai kek
dia guna resipi sapa aku tatau
dia itu memang terer masak
aku pulak terer makan
dia blogger hebat
aku blogger tersekat-sekat
aah ada aku kesah..
dapur lain-lain..

Tersalah masuk pintu...

Ketika aku sampai rumah
langit gelap tiada bintang
segerombolan anjing di hujung jalan
melolong sayu sayup dan panjang
biarlah, anjing pun makhluk Allah juga
seperti biasa
aku kunci pagar dan lock kereta
sebelum buka pintu rumah
aku sumbat lubang kunci
sambil mata tengok jam
tepat tengah malam jam 12...
dalam hati aku bagi salam
buka pintu saja
mak ada baring kat sofa
abah baca sokkaba sambil minum milo
kakak dan adik aku sibuk layan anak diaorang
Ya Allah... aku undur balik tutup pintu
lagi sekali tombol pintu aku pegang
dengan lafaz Bismillah
aku buka pintu
gelap dan pegun
jarum jam 12.01 am...
Aku tersilap masuk pintu...

1st time in my life...

Aku sayang company tempat aku kerja ini
pejam celik, dah nak masuk 16 tahun aku di sini
lima tahun lepas
aku pernah hantar surat resign
tapi big bos tolak tepi
dia kata:
ko gaduh dengan bos ko ke?
aku kata:
tak lah...nak dok saja
dia kata:
ko nak keje apa kalu benti?
aku kata:
dok saja, reschedule jap...
dia kata:
ko da fikir abes?
aku kata:
dah!
dia kata:
ko gaduh la ni dgn pompuan tu
aku kata:
(tak kata apa-apa, aku sengeh buat muka poyo)
dia kata:
ko amik cuti dua minggu
aku kata:
time kaseh tok!
dia kata:
lepas dua minggu ko repot duti balik
aku kata:
ok tok
yessszaaaa!!!
aku dah kerja 16 tahun
tak pernahnya tak cuti kalau raya
tiba-tiba
sekejap tadi
aku masih ngadap pc kat opis
aku dengar bang raya dari corong tv kat opis
mak, aku nak balik sekarang juga
tapi apa kan daya
aku kuli..
1st time in my life
i hv to work during raya...
hwaaaaaaaaaa!!!!!!

Ambush...

Image
Ceitttt...aku baru dua kali tunjuk muka berpalang kat blog
konon nak buat ala style uncle gedek kan, pesen tunjuk muka
tapi tak boleh! dah datang agen FBI dan IRA cari aku kat opis..
dua special agen ni main terjah je..gempak sebiji opis..
ni pun ambik pic curi dengan cctv celah pokok bunga kertas
makaihh langsung x kasi can aku jadi gila glamer...
esok lusa kalau blog aku x apdet tu
maksudnya agen FBI dan IRA tu ambik aku le tu ya..
bye...

Confuse...

Sejak aku jadi penghuni Windsor bermula tahun lepas
tiada apa yang menarik, kecuali jiran sebelah kanan aku
si Pengiran A yg suka press Cagiva dia mengaum2 bila hari minggu
setiap pagi...ada 2 3 ahsoo jalan malas, eksesais le tu
dan aku pun macam biasa, keluar 6 pagi, balik 8 malam
keluar rumah hari masih gelap, balik pun gelap juga...
ada dua gate nak masuk ke Windsor
yang tak lama lagi akan jadi Windsor Heights
chewaahh naik taraf le konon
ni semua usaha cina-cina taiko yg jadi jiran aku
yang semuanya dijaga oleh guard berbangsa India
ada dua orang guard yang aku pernah bercakap
namanya Kumar dan Gunar
si Kumar ni agak muda usia...awal 20-an
selalu berangan bila aku lalu
kalau aku lambat bayar maintenance
dia akan tunggu depan gate bila aku balik
tapi dengar citer dia dah blah, tak mau jadi guard lagi
setiap bulan aku kena bayar RM55
kalau ada kepala agung lebih
aku bayar untuk dua bulan terus
senang citer tak payah lagi dah
nak stop keta memalam nak bayar duit tu
kadang2 kalau ad…

Drug addict!!!

Dulu aku tak faham, betapa besar kuasa ubat
boleh ke orang sakit mental dikontrol dengan
hanya sebiji pil penenang setiap hari?
Sentiasa juga aku mempersoalkan bagaimana
sebiji pil sebesar kepala mancis
boleh mengawal seorang manusia perkasa
menjadi tenang dan berhemah
walhal kalau terlupa mengambilnya
dia akan jadi manusia ganas seganasnya
dulu aku tak faham
kenapa arwah abah elak mengambil ubat
sepanjang hayatnya 65 tahun
aku rasa boleh kira berapa biji ubat berjaya
menerobos manusk ke badan dia
sebab dia akan cari jalan
supaya tidak menelan ubat itu
utk kontrol darah,
dia minum air rebusan tunjuk langit
dia minum air batang patawali yg pahit gila babas itu
aku sentiasa berfikir kuasa sebutir ubat itu..
yang sebenarnya sangat kuat mempengaruhi
kadar kesejahteraan hidup kita
Dr R kata..nowadays
the most important things in life is..
faith and health
ya betul Dr..betul sangat
makanya dari Ameryl dan Hyzaar..
aku kenal pula Amlodipine, Lovastatin dan Glucophage
empat daripadanya bersa…

Menangis...

Masa memandu ke opis pagi tadi
jalan jem gila tenat kepala otak aku tapi aku suka juga sebab boleh intai driver kiri kanan kebetulan ada satu Accord sebelah kiri aku, drivernya perempuan aku kira baya aku, banyak kali juga... aku lihat dia sapu mata eh takkan dok dalam Accord perkasa pun boleh ada habuk masuk
lainlah aku, diam dalam keta veteran tapi banyak jasa
wajarlah kalu ada habuk kan dengan hati jahat dan penuh prasangka aku skodeng dia sambil bawak keta tahap siput owh..dia menangis...tapi kenapa ya keta besar, dia pun boleh tahan paras rupa kenapa dia menangis... Ok abaikan... dalam hati aku: kesian dia, menangis beria tapi x siapa tahu
“Sebagai manusia, anda tidak perlu mengawal diri mempamerkan yang baik-baik saja. Lagi lama berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, lagi banyak anda mendera diri sendiri. Menangis sajalah, anda akan berasa benar-benar bermakna hidup ini...”
Aku ada tonton satu kisah di HBO beberapa tahun lalu, (ketika berlanggan Astro, la ni aku dok pakai TM Mengong)  mengenai…