Thursday, 27 October 2011

STRESS...

“Stress is inner biofeedback,
signaling you that frequencies
are fighting within your system.
The purpose of stress isn't to hurt you,
but to let you know
it's time to go back to the heart
and start loving ...”~Sara Paddison ~

Ahah...sedapnya dia buat statement...
dia tak tahu agaknya
stress boleh sebabkan orang jadi gila,
stress boleh sebabkan segala saraf jam
dan stress boleh buat manusia hilang kewarasan...
Cik Sara, kalau Cik Sara tahu
stress boleh buat kita menderita setiap hari,
berani tak Cik Sara cakap begini pada saya?
Kalau Cik Sara tahu stress itu
boleh sebabkan malam istirehat
di pangkin empuk
menjadi tidak bermakna,
pasti Cik Sara tidak akan
membuat kata-kata bisa ini?
Dan kalau Cik Sara tahu
stress itu adalah
penderitaan paling mengilukan
kerana tidak tahu
di mana boleh diletakkan ubat,
tentu saja Cik Sara pun
tidak mahu menyebut perkataan stress ini...

8 comments:

  1. Dia mgkn tak merasa. Atau dia pnh merasa tp at the end, makan ubat tido. Bgn tido, terus think positive. Heheheheh!

    ReplyDelete
  2. alamak, mana aku punya kamus english-jawa ni???

    ReplyDelete
  3. sy pun tgh stress ni sbb kena buat keje org lain.huhu

    ReplyDelete
  4. MF, dia mungkin mengalaminya dan berakhir dengan baik...tapi bagi yang lain, mungkin berkesudahan dengan 'tiada kesudahan' sebab stress adalah satu bentuk simpton yang tidak nampak seperti luka terkena pisau, kesan terbakar atau kena gigit semut, sebaliknya stress seperti api dalam sekam, memakan diri sedikit demi sedikit dan kemusnahan dalam bentuk jangka panjang amat menakutkan...

    SM, ko nak buat dengan kamus English Jawa ko tu, kan ke ko guna German Jawa?

    HI, stress macam mana tu? Stress mental atau stress fizikal? Stress fizikal rasanya akan hilang bila dapat lelap seround dua tapi stress mental tu yg parah, effect for the whole system...

    ReplyDelete
  5. SM, ko nak buat apa dengan kamus.....(terlupa la nak habiskan ayat, sebab aku stress...kih!kih!kih!)

    ReplyDelete
  6. german-jawa sebelah mak, france-jawa sebelah abah, aku pulak mix jadi english-jawa. tulisan merah tu aku ngak ngerti. hahaa!

    ReplyDelete
  7. wakaka stress aku bertambah-tambah sehhhh!

    ReplyDelete
  8. 40% rakyat malaysia berumur 30 tahun keatas menghidap penyakit tak berjangkit (NCD), kata datuk rosnah rashid shirlin dalam berita bernama radio24 petang tadi. kau taknak tolong `reduce'kan statistik tu ke?

    ReplyDelete