Friday, 21 October 2011

Dia yang tersohor...

Hardcover punya buku RM99.90..dia dah kaya, aku kayakan lagi dia dengan beli buku ini...huhu!
Aku tak peduli..walaupun ramai orang kata dia banyak cakap, suka berleter dan begitu dan begini..aku tetap kagum dengan dia yang satu ini...cakapnya macam bertih jagung. Non stop, langsung tak de noktah. Macam tak de pitstop. Aku heran dia ni macam tak tau kering air liur langsung...dan pasa usia 54 tahun, dia sudah ada semua...menantu, cucu..err cuma dia tak de bini je...dan dengar citer dia tak tau bawak keta...tak pe lah..orang kaya, ke mana-mana dia bleh pakai driver..
Hehehe...korang ada?
Dan hari ni aku malas bekerja...so aku merayau-rayau aka berfoya-foya di One Utama dalam rangka usaha nak buang masa, nak habiskan masa sementara nak tunggu report duty pada bos aku konon aku bekerja kan..dalam dok merayau-rayau tak tentu hala tu...aku masuk MPH kat One Utama dan terbeli le buku dia ni...sebab aku dah nampak dia juga dok merayau-rayau kat bawah, kat area Rainforest...aku dapat tahu dia jadi judge untuk untuk satu pertandingan masak Chef Selebriti anjuran sebuah akhbar arus perdana...so aku buat selamba vampire pergi hulur buku nak minta tandatangan dia yang tersohor seantero dunia...ceittt yg paling aku tak tahan, sambil dia beramah mesra nak sign buku tu...bersembur-sembur air liurnya. Bang nasib baik ko femes, kalau tidak..aku tatau apa jadi...

Selamba vampire..aku minta sign dia...

18 comments:

  1. hehe.. masa tulis itupun sempat bersembur juga ya chef wan tuu..

    Tolak tidur je rasanya chef wan tak cakap. hehe ..

    tahniah!! kerna berjaya dapat kata-kata chef wan sc berdepan ..

    ReplyDelete
  2. Rashid, dua kali saya terkena tempiasnya...ceitttt! Hahaha...

    ReplyDelete
  3. air liur org pemes takpe...amik berkat...haha

    ReplyDelete
  4. AIM...terpaksa la u sebab nakkan tanda tangan dia...adoilaa...kacau!

    ReplyDelete
  5. Wow! Akak dpt signature Chef Wan! Tak kisahlah kak bersembur. Dia idola sy jugak (bab masak-memasak).

    ReplyDelete
  6. MF, yay! Akak bantai dia sedang sibuk bersembang...buat muka dua posen tanya pasal cucu dia...apa lagi dia punya suka bercerita, akak nak blah pun rasa segan sebab dia siap tarik tangan...hik! Finally dpt le tanda tangan dia...

    ReplyDelete
  7. 54? dalam tv nampak macam 45 je.

    ReplyDelete
  8. Yerp..dia buat rawatan darah 2 kali setahun...tu yg nampak 10 tahun muda...kulit dia pun kalah aku....

    ReplyDelete
  9. aku suka bila dia kekalkan warna rambut dia yang sepatutnya macam dalam gambar ni.

    ReplyDelete
  10. ya..ko pun sama pendapat macam aku eh...so far aku tengok rambut dia memang warna asli...ada banyak white hair..tanda usia dia dah dah jadi atuk pada cucu yg sangat aktif dan notty katanya...

    ReplyDelete
  11. aku harap dia kekalkan warna rambut asli tu. dua tahun lagi, bila uban kat kepala aku ni dah penuh, aku patut berasa bangga dengan trofi semulajadi ni.

    ReplyDelete
  12. hello..ko kan botak??? confuse aku...sekejap kata nak ada uban, sekejap botak...mana satu betul ni?

    ReplyDelete
  13. aku cuba berfalsafah la, dalam nada sinis kepada lelaki2 ganteng yang suka kaler rambut atau golongan heterosexual di luar sana...

    ReplyDelete
  14. oh ok...falsafah ya..pagi2 ni..falsafah!

    ReplyDelete
  15. wow, syabas kerana dapat juga tandantangan selebriti wpun terpaksa menahan hehe
    mak sy pernah dpt buku resepi dan disign oleh chef wan, buku resepi dia yg 1st dulu kot...cover kaler kuning hitam hehe..

    ReplyDelete
  16. owh yang tu eh..rasanya saya pun ada..tak ingatlah sebab ada banyak buku dia kat rumah...5 nov ni saya akan jumpa dia lagi, nak bawa semua buku dia nak minta sign,harus bawa payung...hihi!

    ReplyDelete
  17. saya suka die~
    tuanya nampak chef wan

    ReplyDelete
  18. ya ke nampak tua? saya pulak nampak dia terlebih muda dari usianya..

    ReplyDelete