Thursday, 13 October 2011

Buah tangan...

Aku dah buat pai sayur ni banyak kali tapi dengan pelbagai version fillingnya...kali ini seafood filling dan ada isi ketam dan udang, akan dihadiahkan kepada Kak Long Eda di Bangi sempena kenduri kesyukuran.. 
Macam biasa, kalau ada undangan kenduri kendara, aku segan kalau nak pergi tangan kosong, lenggang kangkong, macam itik bodoh sombong, buat muka menonong, bila sampai isi perut lompong dan bila dah kenyang nak balik angkat punggong...huh..really not me! Chewahh...konon aku bagus sehhh.
Sebelum dimasukkan ke dalam oven..walaupun korang anggap aku pandai masak..tidak sebenarnya! Buddy ini adalah entry maklum balas aku kepada nasi kukus kau tu yg menggoda tahap kesabaran aku di pagi-pagi buta ni...cehhh, balik kerja karang harus aku cari walaupun makan nasi sama ertinya dengan aku membunuh diri aku secara perlahan-lahan...tapi janganlah kau rasa bersalah...kerana meletakkan entry nasi kukus...sama ada bunuh diri atau tidak, aku tetap akan memakannya...
Macam biasa juga, tak dak apa, ini je aku tahu bawa, kuih lawa, rasa ada, nak buat senang gila, murah je belanja, modal sederhana..tapi bila makan sekali...musti nak lagi!

8 comments:

  1. Kak, klu sy ada oven kat umah...mcm2 sy membakar kak!

    ReplyDelete
  2. Ya betul..akak ada 3 oven...tapi jarang guna..kalau ada tempahan baru jalan serentak...

    ReplyDelete
  3. berapa diameter acuan tu? kalau kurang 2 inci, tak cukup beb...

    ReplyDelete
  4. eh ko ni, kalau nak besar..itu bukan makan, tapi melantak...aku buat cenonet jer..comel dan senang dimakan, dua kali ngap je lesap dalam perut.

    ReplyDelete
  5. mcm MF, kalau i ada oven, mcm2 boleh i bakar tak termasuk bakar orang...ha ha ha

    ReplyDelete
  6. NP: bakar orang? owhh best tu..i nak kalau bakar orang...tapi kita nak bakar sapa ek? ada mangsa tak?

    ReplyDelete
  7. @LW
    kita buat ala2 patung vodoo..buat dari tepung pastu hias dgn ceri..bakar pastu makan..ha ha ha..saiko...

    ReplyDelete
  8. NP: bijak! bijak..lepas tu kita hias dengan sugar glaze..letak manik2 yg boleh makan tu kan...kalau tak sedap kita pijak2 hancurkan...memang saiko...hik!hik!hik!~

    ReplyDelete