Wednesday, 12 October 2011

Bahasa

SM said...


MF: tiap kali aku aku baca komen dalam entri ni, aku akan pastikan dalam tangan aku ada kamus dwibahasa english-jawa ..


(SM, kenapa aku ambil reply ngko pada hari ini, pasal berbahasa...ini kira macam entry membuka pekung di dada tapi tak apalah, untuk positif site, aku buat juga..maybe 'keberanian' aku ini boleh diambil iktibar untuk dikongsi. Aku rasa tak ramai blogger nak buat entry begini. Pasal bahasa, anyway thanks buddy sebab bagi aku idea (secara tak langsung) untuk buat entry yang sadis ini...err sadis dalam ertikata view aku sendirilah, kalau korang baca maybe korang akan ketawa akan kesadisan aku mengenai bahasa ini..okeh aku tak peduli...)

Sebagai budak yang bermastatutin dan negeri kelahirannya adalah negeri di Pantai Timur yang terkenal dengan dialek pekat lemak merdu bak susu lemak manis, aku tak pernah keluar dari rumah (di Pasir Mas) sehinggalah berusia 17 tahun, aku ke KL alone sebab menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh sebuah gergasi bahasa pada masa itu - DBP. Punya la takut bangat sebab aku tak pernah bercakap bahasa baku..yang aku tahu  bercakap @ bertutur dalam dialek negeri kesayangan aku.


Jadi apabila terpaksa bercampur gaul dengan 30 individu dari seluruh negara (termasuk bangsa India dan Cina) aku jadi pasif. Sebab ada antara mereka lancar dan fasih menuturkan bahasa antarabangsa. Bagaimanapun, aku masih boleh mengawal keadaan, bercakap perlahan dan teratur supaya slanga kedaerahan tidak terkeluar. Ditambah pula dengan masalah gagap (tahap medium), aku memilih untuk bercakap dengan 'sopan santun dan penuh tata tertib' supaya kata-kata aku tidak stuck kala berbicara depan khalayak. Cehh masa tu aku rasa muka aku bukan setakat merah, cekelat sudah warnanya...


Ok..lepas balik KL, aku berasa perlu untuk menambahkan kemahiran berbahasa terutama fasih bercakap dalam BI kerana ia adalah bahasa ilmu (maaf aku tak bermaksud nak rendahkan martabat bahasa ibunda kita tapi bagi sesiapa yg menguasai BI, mereka menguasai dunia kerana BI adalah bahasa ilmu, kita harus akui ini dan kini bahasa Melayu juga sudah menduduki tahap tinggi kerana ia sudah diajar di universiti seluruh dunia termasuk di Belanda, China, German, Russia etc).


Jadinya, ketika cuti menunggu SPM, aku tiada hala tuju. Konon dalam kepala otak aku, aku bercita-cita nak jadi orang gaji (betapa itu saja dunia aku sebab kat rumah aku suka tolong arwah mak kemas rumah, sapu lantai, masak etc walaupun kakak dan adik juga kerap membantu, tapi aku lebih berasa kasihan kepada emak menyebabkan aku dengan sukarela buat kerja itu..dan jatuh hati pula dengan kerja cleaner itu...). Pada masa sama aku jadi babysitter kepada baby Nur Ainee, anak kepada pasangan jurutera dan guru bahasa Inggeris di Kota Bharu. Bila weekend mereka hantar aku balik ke rumah emak dan weekday aku ada di rumah mereka. Jadi ketika di rumah mereka, aku sentiasa dengar mereka berkomunikasi dalam BI. Waahh enaknya kalau aku juga fasih.


Kemudiannya, aku dapat tahu, Abang Din, jiran kami yang handsome dan pandai memasak itu ada bertanya kepada arwak mak nak bawak aku ke Scotland untuk jadi pengasuh anaknya sementara dia dan isteri akan ke kelas (kedua-dua mereka adalah penuntut jurusan undang2 di sebuah universiti di Glasgow, ada dua anak). For those who follow my blog, mesti ingat siapa abang Din yang pernah aku sebut dalam entry terdahulu..abang Din yg pandai masak dan baik hati..hik!


Aku sudah suka hati sebab fikir mesti aku ada peluang untuk belajar BI...jeng! Suka hati mak nak..akan tetapinya, mak aku mana laa nak lepas aku ke Scotland walaupun kenal dan percaya dengan Abg Din dan isterinya sebab aku ni assistant mak aku baik kat dapur atau kat gerai kuih kami...sedey la cita-cita aku terbantut. Tapi tak pe, demi arwah mak..aku cool. So aku mengganas tengok tv cerita Inggeris dan Cina..setiap petang selama dua tahun, sambil bantu mak settlekan kuih, aku hadap TV...pun masih tak pandai tapi aku sudah ada sedikit keyakinan untuk cakap Cina dan Bi...ekekeke korang musti taksub ni sebab belajar dengan TV pun aku boleh pandai kan...no! Its not easy dear..aku minta arwah abah beli kamus...sehari dua atau tiga patah perkataan Cina (entah kantonis ke mandarin, ala citer cina kat Tv cakap kantonis kan? Ok so aku pun ala-ala belajar bahasa kantonis..kalau depa cakap mandarin, layan je la ek..)


Settle sekolah menengah, aku sambung ke sekolah lebih tinggi selama lima tahun di KL. Lagi mencabar beb sebab kengkawan sama course adalah India dan Cina. Tapi aku suka sebab they are so kind..suka nak cabar aku dan ajak bersembang dalam BI sebab depa tau aku gagap...cisss! Tapi tak apa...mak suka!
Kelas BI aku masuk selama 3 tahun. Ada kawan sama negeri ambil kelas bahasa Perancis sebab gila dengan cikgunya yang handsome tahap dewa! Aku tak ambik sebab minda masih sempit. Tapi seronok juga bila dengar depa bergossip pasal cikgu handsome.


Pada masa sama, aku kena tuduh 'murtad' sebab aku tak geng dengan Kelantanis lain...aku buat gitu sebab aku nak baiki bahasa Melayu baku aku, aku nak baiki BI aku dan nak baiki beberapa skill lain...so antara yang aku ingat, geng yang selalu aku hi hi adalah Nyibos, Gie, Ananthi, Lily, Maria, Sirai, dan beberapa rakan India yang mana mereka ini bijak sangat bercakap dalam BI...chewahhh aku pun konon dah pandai sangat...ahh mak layan! Selagi depa layan aku, aku layan..


Tahap penguasaan berbahasa aku masih lemah. Then bila dah masuk pasaran kerja, sekali lagi aku setiap hari mengalami sakit perut sebab kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan manusia yg bercakap dalam BI. Mak datukkkk, ampun la kalau aku kena sembang dengan depa tu..nak nak lagi kalau depa nak cakap pasai ubat ka, fesyen ka...memang aku seram sejuk.


One fine day..hahaha..ok ni dah start gila dah aku...my former boss called me:
Former Boss: LW, u wanna go holiday?
Aku: Holiday? Where? (Chewahhh konon konfiden gila babas tapi dalam hati perut dah sakit sebab aku tau sangat style bos lama aku ni, kalau nak hantar out station dia tak pernahnya nak sebut out station tapi dia lebih suka sebut holiday...cehhh)
FB: Holland? Wanna go? U tak pernah p trip oversea kan? I assign you to go to Holland, make a coverage about milk in Holland.
Aku: Holland eh? Err...
FB: What err? Err? Scary? (Cisss dia macam tahu apa ada dalam hati aku, bukan taman bunga tapi tempat buang sampah ibarat kata, tak enak langsung hati aku ketika itu...)
Aku: Err..hmm...ok boleh bos..
FB: There you are...my girl..tak boleh takut2..u good what...jangan risaulah..

Cisss (lagi sekali) dia ingat aku budak taska gamaknya...


Ok dan aku bergelandangan di Amsterdam selama beberapa hari bercakap dengan manusia2 yang langsung x tau cakap BM..depa punya BI pun pekat slang tempatan yg mana aku lagi sukar untuk faham...
Former boss aku pun baik sangat sebenarnya sebab dia dah ajar aku buat preparation awal, sediakan rangka conversation, soalan, jawapan and much more info in BI. Dia siap semak dan latih aku berbahasa...masyaAllah aku tak pernah jumpa boss yg faham mengenai ketakutan dan kerisauan aku terhadap bahasa..thanks boss...jasamu kukenang..walaupun kau selalu kutuk aku sebab gagap dan gelabah, tapi aku tahu hatimu bersih dan sewangi Sunlight!


Ok, tahun demi tahun..aku bergelandangan dengan ramai manusia, pelbagai bangsa, pelbagai bahasa dan pelbagai rupa..ada yg aku terjatuh cinta, ada yang aku terkejut badak dan ada yang aku terasa sayang sampai kini atas sebab persahabatan yg tulus dan most of them adalah non Malay. Dan aku sendiri semakin meningkat daya keyakinan apakala ingin bercakap dalam BI. Ada yang sangat membantu dan ada juga yg blur2...


Aku belajar banyak dengan rakan2 cina yg mana mereka juga banyak buat salah according to grammar tapi mereka dengan selamba saja bercakap dan berbual. Akan tetapinya, kalau tahu dan mahir mengenai grammar, itu adalah satu bonus sebenarnya. Deborah Bomstein ( ex manager Tanjung Jara) pernah kata pada aku, bercakap saja (dalam BI) tanpa perlu risau kerana kita hidup pada zaman millenium, tidak akan ada orang yang akan mentertawakan kita kalau kita buat silap kala berbahasa, sebaliknya merekalah yang bodoh kerana mentertawakan kita, kerana kalau mereka bijak, mereka akan perbetulkan kita. Well said Deb, merci beaucop! (ehh dan dan ni aku switch on to Frenchh language..entah betul entah tidak ejaannya..ampun !!)


Jadinya setelah 15 tahun bergelumang dengan kerja ini, dah bergelandangan di banyak pekan di Europe dan Asia , aku jadi samseng kalau nak berBI..samseng di sini adalah dimaksudkan dengan aku taram saja tanpa risau mengenai grammar atau sentence, janji mereka faham dan terima kasih Tuhan, mereka faham! Bukan aku syok sendiri, tapi keyakinan diri adalah penting untuk kita miliki kerana ia boleh membawa kita ke satu tahap yang lebih baik. Bagi aku, kalau tak pandai tak apa, aku akan belajar dan belajar non stop..dan kalau o/s, beg aku berat dengan kamus dan buku...benci! Sebab berat itulah backbone aku dah ada problem...15 tahun dok kandar beg dengan segala bagai barang aku nak sumbat...laptop, kamera, buku, pen, bateri, hp..lagi apa? Kalau boleh dengan bilik aku sekali aku nak bawak kalau travel..cehhh!


Kesimpulannya, sampai hari ini aku masih belajar bahasa, Arab, Inggeris dan Perancis sebab aku suka sangat dengan ketiga-tiga bahasa ini...walaupun tak boleh bercakap..kalau setakat untuk basic knowledge tu aku boleh! Dan akan terus boleh! Dan gagap aku juga sudah tiada...kan tak pasal2 korang dah tau rahsia gagap aku ini...


Okeh SM, nanti ngko ajar aku bahasa Jawa...err aku lapar, nak p breakfast jap..wes mangan? Hik! Ini je la yg aku tau...


Nota: Kadang2 kita tidak perlu terlalu mengikut undang-undang atau peraturan ketika berbahasa...sebab aku ini akan sentiasa berfoya-foya dan berbuat nakal dengan bahasa..

28 comments:

  1. Uncle suka bahasa rojak...!

    haha

    ReplyDelete
  2. Uncle jom makan rojak, saya belanja!

    ReplyDelete
  3. Wow! Pengalaman buat kita jadi lebih bagus kak. Sy pasti, klu SM free...mst die syok baca entry akak dgn khusyuk.

    ReplyDelete
  4. MF: Akak pun dah cenderung buat entry panjang berjela-jela ni..sekali sekala best gak..

    ReplyDelete
  5. MF: kalau tak free pun, aku tetap `free'kan jugak untuk sesi ziarah ke blog sahabat-sahabat mana yang sempat.

    LW: uno mas! tak cukup la beb. jarang kau buat entri panjang dan jugak gunakan font kecil macam ni. mujur malam tadi aku baru polish spek mata. berbahasa jawa? boleh tapi bahasa ni ada jiwanya yang tersendiri. sebab tu orang selalu menjadikan slang jawa sebagai bahan lawak. (aku akan tuntut royalti sebab kau guna nama aku, hahaha!)

    ReplyDelete
  6. SM: aku pun terpisat-pisat nak baca balik entry berjela tu...masa aku buat fontnya besar gedabak je tapi bila post...makaihhh...puas dah aku adjust..jadi lagu tu jugak..anggap saja la technical error..
    Amboii nak tuntut royalty? Kalu macam ni aku banned le bahasa Jawa.,..hahaha eh kidding saja lah..mai sini aku belanja ngko tapai dan air tebu..
    So lets hv fun with language eh..ingat kan.. gambatte kudasai?

    ReplyDelete
  7. hait.! merci. permet de s'amuser ensemble. tak tau pulak kau minat gambit.

    ReplyDelete
  8. Jag lura dig genom att använda Google översättare. Men jag gillar att se samspelet mellan er.

    Lariiiiiiiiiiiii!

    ReplyDelete
  9. Wahh semua dah cakap bahasa asing ni...bagus!!! Aku suka...nanti kita belajar bahasa Perancis...tungguuuu!!! Jetaime!

    Nota: jenuh la ahkak nak memaksa uncle google mentanslate untuk ahkak...kih! kih!kih!

    ReplyDelete
  10. kenapa google translate takde jawa ni? diskriminasi! (bak kata MF)

    ReplyDelete
  11. err tak de ek? tak cukup kelasss kot...sorry jz kidding!

    ReplyDelete
  12. Err...kak. Jawa tu ada kelasnya tersendiri. Cuma mgkn bahasanya agak terpencil dan tak digunakan secara meluas.

    SM - Mcm rakyat Msia mendiskriminasi bahasanya sendiri! Lelagi klu yg jenis nyanyi lagu Melayu tp ada slang British! Kepala otak!

    ReplyDelete
  13. LW: semua bahasa ada kelas yang tersendiri. cuma sebutan tu yang mungkin kelakar pada pendengar penutur bahasa yang lain. tak `gitew' (perkataan ni LW yang ajar aku)?

    MF: kalau kau jumpa orang yang nyanyi macam tu lagi, kau `bitau' (hok ni pun LW yang ajar jugak, haha!) aku, biar aku tambah ajar orang yang kurang ajar tu.

    ReplyDelete
  14. SM, kalau ko dengar budak2 opis aku sembang sure ko jadi hair wire...

    ReplyDelete
  15. MF, ya semua bahasa Ada kelas, I saja joke...whatevaa I love dialek negeri I... Kecek lemoh lembut sokmo...

    ReplyDelete
  16. SM, ahahaha mung baghu tahu ko kawe bijok!

    ReplyDelete
  17. wakpo suko lagu tu? lamo doh kawe tau, cumo tok sir ghoyak ko demo. takot demo kembe idung.

    ReplyDelete
  18. pandainya cheq tuleh panjang2....patut dok reja kat situ nooo...kalau saya, jenoh tunggang langgang!

    uncle815

    ReplyDelete
  19. ...dak aih tu cheq merapu meraban ja...saja layan tangan...hihi

    ReplyDelete
  20. ni mmg citer ttg LW ker?
    kagum la..sy x baca blog LW dr awal..
    so tak tahu pun LW asal kelate.igt org Key El
    hehe..

    ReplyDelete
  21. HI: i orang perancis, mak i tersilap lokasi, terlahir di pasir mas mari..ada siam2 sket...haha! caya? hik!hik!hik!

    ReplyDelete
  22. bapak aku orang german, nenek aku orang jawa...

    ReplyDelete
  23. SM: So engkau di Gerwa la eh..motif? Tak pun Warman ya?

    ReplyDelete
  24. mak aku orang jepun, atuk pulak orang jawa jugak. dalam surat beranak aku tak tulis keturunan sebab masa tu belum ada akta yang dapat mengklasifikasikan siapa aku.

    ReplyDelete
  25. Ceittt tu dah tahap auta tu...berapa banyak jenis darah ko punya mix? Oklah, arwah abah aku Melayu Pattani, mak aku siam dan melayu.

    ReplyDelete