Posts

Showing posts from October, 2011

Berdarah lagi...

Tahun ni rasanya tahun paling bertuah
kerana aku banyak menderma
bukan menderma duit
tapi menderma darah
derma darah kepada klinik panel
dan HUKM
1 Nov ni adalah kali ke 6
sekali pergi 50ml sejat
sama banyak dengan 1 radas kecil
Ok lagi tu...
yang aku tak tahan tu...
kurang2 lima kali cucuk
baru jumpa vein
tu pun belum tentu nak keluar
kalau doc tu kurang ajar
dia akan pusing jarum 180%
kalau doc jenis pergi sekolah
dia akan gerakkan sikit je
asok harapan aku
biar misi muka lumayan
yang akan curi darah aku
kalau tidak
maunya aku maki carut dalam hati
sebab esok Jumaat kan...
Ok, jaga kesihatan ya
kalau tidak
darah korang pun
asyik kena sedut jer...

Apa aku nak buat....

Aku malas nak percaya
benda karut marut ni...
walaupun ada pelbagai
pesanan mak nenek..
letak gunting bawah bantal..
letak pisau bawah bantal..
apa hal nak letak senjata pulak
karang ada aku tertikam diri sendiri
makcik aku kata,
baca bismillah 20 x
ya..boleh dilakukan
aku buat bila aku ingat
kawan aku kata,
tidur dalam air sembahyang
ya boleh dilakukan
aku buat kalau tak terbatal
ada orang kata
fikiran jangan menerawang
aku lazim berangan
sebelum tidur
nak tengok benda elok2 je
sekeliling aku
faham2 je lah kan
walaupun aku separa V
tapi aku nak lihat benda
yg tak menakutkan
selagi mata aku celik..
tapi yang aku tak tahan ni
selang dua tiga hari
ada je kesan lebam
dan kesan kena gigit
aku dah tahap hilang sabar
apa nak buat ni...
apa aku nak buat..
takkan nak ada kapak
parang, pisau
segala bagai pulak
dalam bilik aku tu...
tak aci..
‘korang’ gigit aku
aku x boleh gigit korang
x adil sangat!
sangat tidak adil!!!

Uncle Gedek, this is my man...haha!

Image
Hello...baca betul-betul aarr..bukan Uncle Gedek yang my man...yg tinggal rangka tu je yg i maksudkan my man...and he is Charles..denggg! 



gedek! said...

Eh? Kenapa buat fisio kat HUKM tu? Sakit apa?
Uncle pon selalu (dulu) pegi fisio kat sana... sekarang selalu skip appoinment sebab malas! haha!
Berani tak ambik gambar kar fisio tu dengan tengkorak ni macam ni...?

http://www.blogbeginsatforty.com/2011/03/march-28-2011.html

Ok..i did review movie, fashion, hotel, resort even food but never do blog review... one day tu berfoya-foya di virtual, masuk blog sorang mamat ni and my 1st impression was... wow! really different bcoz he's dare to be different and as far as im concern... those who dare to capture their figure every single day without fail is really awesome... berani gila, posing maut walaupun muka bajet sama setiap hari.. aku bet kalau ada alat atau mesin penyukat muka, muka Uncle Gedek ni memang maintain berada pada posisi sama, no wrinkle at all sebab dia tak pernah senyum sem…

Gie: masalalu..

Larut malam, aku dihujani sms rakan jauh,
tapi terasa dekat lantaran kecanggihan
telekomunikasi menyebabkan
suara dan wajah
seakan berada di hadapan.
Aneh, sekitar detik 12 malam
apa yang diperkatakan adalah:

"...deru angin 40
masalalu yang kembali dimasuki
berpuluh pintu
yang mana satu ingin dibuka
sedang pak dalang
masih di situ...
dan penghuni paya
juga di situ
dan kupu-kupu hitam
berkepak merah
yang sedang membina
penjara diri
juga berlegar-legar
di ruang
masa kini
termasuklah
sang pemimpi
yg tidak mahu jaga
dari lena masalalu
serta
sang egois
yang mengecop
berhelai-helai halaman..."

Gie kata: Kau dah sampai rumah? Dah kunci pintu? Kadang kala angin datang juga pada takah 40 ini..aku ingat nak memancing angin yang diam tapi bimbang juga jika tiba-tiba ia meribut...susah aku dibuatnya nanti. Angin kau bagaimana tadi ketika kau melangkah pergi?
Aku kata: Ntah, aku tidak memandangnya...kerana kecewa...kerana aku tahu...di sukmanya juga ada segaris kecewa.
Gie kata: Hahaha.…

Terima kasih...

Terima kasih Tuhan
Kerana mengembalikan pengukur masa
Yang mendetik setiap ketika
Yang mengira sesaat peristiwa
Yang menghitung segala kata
Yang menyimpan segeluk rasa
Yang menyembunyikan seberkas duka
Terima kasih Tuhan!

Nota: Halim, terima kasih kerana mengembalikan pengukur masa itu yang kini sudah kembali ke pergelangan tangan pemilik asalnya...

STRESS...

“Stress is inner biofeedback,
signaling you that frequencies
are fighting within your system.
The purpose of stress isn't to hurt you,
but to let you know
it's time to go back to the heart
and start loving ...”~Sara Paddison ~

Ahah...sedapnya dia buat statement...
dia tak tahu agaknya
stress boleh sebabkan orang jadi gila,
stress boleh sebabkan segala saraf jam
dan stress boleh buat manusia hilang kewarasan...
Cik Sara, kalau Cik Sara tahu
stress boleh buat kita menderita setiap hari,
berani tak Cik Sara cakap begini pada saya?
Kalau Cik Sara tahu stress itu
boleh sebabkan malam istirehat
di pangkin empuk
menjadi tidak bermakna,
pasti Cik Sara tidak akan
membuat kata-kata bisa ini?
Dan kalau Cik Sara tahu
stress itu adalah
penderitaan paling mengilukan
kerana tidak tahu
di mana boleh diletakkan ubat,
tentu saja Cik Sara pun
tidak mahu menyebut perkataan stress ini...

kehilangan...

Hari ini bekerja
tapi aku masuk lambat ke opis
sebab ada fisio sesi di HUKM
semalam pun balik dah lambat ke rumah
jadual hidup upside down
tak tentu hala
kena susun semula
jadinya, kadang2 banyak benda lupa
kali terakhir aku memakainya
ialah waktu sebelum maghrib
di pejabat
ketika hendak solat
aku buka dan letakkan ia
di sesuatu tempat
tapi di mana
di atas meja
depan pc
di tandas
di mana ya
itu saja yang aku ingat
selepas itu aku tidak ingat apa-apa lagi
balik rumah
baring
nenong-nenong
melayang-layang
berfoya-foya dengan adele
dating dengan julio iglesias
berkhalwat dengan DIA
dan tidur dengan garfield pemalas
sambil diperhatikan oleh dracula
dari luar tingkap
dan pagi ini
ketika aku mencari-carinya
untuk dipakai di tangan
kerana ia itu adalah
aksesori satu yang tiada dua
ia tiada di tempat biasa
aku rasa langit bagai menghempap bahu
oh Tuhan
kenapa aku lalai
kenapa aku jadi begitu pelupa
adakah aku khilaf dalam hidup
adakah aku terlalu alpa dengan nikmatMu
aku mohon
beri aku peluan…

syiok ooo...

Image
Yang tengah tu...syiokk habis,
sampai terangkat kaki...hahahaha...sadis!
Maklumlah, kiri kanan kena apit...
depan pulak penuh dugong bersidai bogel...

True Friends...

True Friends...

They love you,
but they are not your lover
They care for you,
but they are not from your family
They are ready to share your pain,
but they are not in your blood relation.
They are........FRIENDS! !!!!
True friend...... ..
Scolds like a DAD..
Cares like a MOM..
Teases like a SISTER..
Irritates like a BROTHER..
And finally loves U more than a LOVER.


Nota: Walaupun dah berjuta kali terbaca statement di atas, aku tetap suka dan gemar untuk menghayatinya..kerana ia memang benar...

Is he D...?

Image
Gaya homestay ada di mana-mana nampaknya..bukan setakat di Malaysia. Cuma bezanya, kalau di Malaysia, homestay kita masih dalam tahap pertengahan dan perlu di upgrade lagi tapi kalau di luar negara, industri ini sudah jadi satu fenomena mahal...yang mana ia jadi trend kerana homestay mereka dilakukan untuk cater pelanggan yang datang dari pelbagai pelusuk dunia...kalau ada banyak fulus, aku nak buat rumah aku homestay juga...homestay base gaya Vampire khusus untuk penggemar suasana seram dan dull pada hujung minggu dengan menu berciri vege..no sunshine at all dan tiada sebarang muzik kecuali bunyi angin yang mencium cermin tingkap...dan pada malam puncak ada sinar cahaya bulan penuh mencuri masuk, sambil minum teh tepi jendela sempit, sambil mengintai mangsa di rumah sebelah...cehhh berangan lagi!
Coincidentally...dalam rangka lawatan kerja, aku terlawat...ter..sebab tak sangka...mansion yang dilawat itu mempunyai ciri-ciri yang aku suka...V ELEMENT! Damn...dia dah lebih dulu buat aka…

Dia yang tersohor...

Image
Aku tak peduli..walaupun ramai orang kata dia banyak cakap, suka berleter dan begitu dan begini..aku tetap kagum dengan dia yang satu ini...cakapnya macam bertih jagung. Non stop, langsung tak de noktah. Macam tak de pitstop. Aku heran dia ni macam tak tau kering air liur langsung...dan pasa usia 54 tahun, dia sudah ada semua...menantu, cucu..err cuma dia tak de bini je...dan dengar citer dia tak tau bawak keta...tak pe lah..orang kaya, ke mana-mana dia bleh pakai driver.. Dan hari ni aku malas bekerja...so aku merayau-rayau aka berfoya-foya di One Utama dalam rangka usaha nak buang masa, nak habiskan masa sementara nak tunggu report duty pada bos aku konon aku bekerja kan..dalam dok merayau-rayau tak tentu hala tu...aku masuk MPH kat One Utama dan terbeli le buku dia ni...sebab aku dah nampak dia juga dok merayau-rayau kat bawah, kat area Rainforest...aku dapat tahu dia jadi judge untuk untuk satu pertandingan masak Chef Selebriti anjuran sebuah akhbar arus perdana...so aku buat selam…

Sedentari???

Gaya hidup rakyat Malaysia kini (termasuk aku lah ini...)

1. Banyak masa dihabiskan dengan duduk
2. Menggunakan komputer
3. Menonton tv
4. Tidur
5. Sangat kurang melakukan kegiatan fizikal

#Aku punya style no 1, 2 dan 5.

Kajian mengikut peratusan:

1* 11.6% responden dewasa buat senaman fizikal
2* 41% hanya duduk
3* 33% tidur atau berbaring

# Aku dalam kategori no 2*!

Ya Tuhan, kesian tulang..duduk dan tidak bergerak..oh ya kepada perokok juga, merokok menyumbang kepada osteoporosis! So fikirkanlah, selain jantung rosak, paru-paru musnah, tulang pun reput..

Kesimpulan: 74% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sedentari*!!!

*Sedentari adalah amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang aktiviti fizikal.

Jadi dalam kategori manakah anda..tepuk dada tanya selera...

are we racist?

Scenario @ Malay Warung

I went out with Brat and his gang
for late night dinner
7 of us...masing-masing hungry bcoz of duty.
Naveen order maggi kari
Anne makan nasi goreng kampong
while i had kuetiau sup..
Brat diet katanya..konon!
Shan and Mohan
cuma minum dan sekali sekala
mereka curi nasi Anne..
lagi sorang
Malay gal
i guess Naveen punya mata air
baru settle dengan mee goreng
and only me...wearing hijab.
so gedebuk! gedebak!
gedebuk! gedebak!
almost 11pm
i felt weird..
tetiba rasa macam diperhatikan
aku try lebarkan radius mata
x nampak apa salah pun...
tapi bila toleh kiri
ada satu kakak tudung labuh
maybe dengan suami dia
tengok aku
macam nak telan..
anything wrong kakak?
Aku cuma makan
dan bercakap
patutlah aku rasa pelik
kerana diperhatikan
racist???

Huruf J...

Image
Hardships of divorced women...
sentap kejap bila tengok words 'Huruf J'
It is a short docu by Afiq Deen
a grand prize winner of Freedom Film Festival 2011
I guess this is indie producer
and Afiq also came from divorced family
yeahh..for those who gone thru this word 'J'
i know, its hard
and difficult
but we are human
and awesome
and HE know the best for us...

Tru blood..

Image
All this while i keep searching where can i get a tru fresh blood to replace my 50ml bloody sweet of mine..(dokctor suck my blood today)..and finally Van Helsing send me a bottle of tru blood..thanks dear! Its quench my thirst...ahhhh! Love it...
Can't believe it...it's a real tru blood...cisss macam minuman bintang tiga jer...chill!!!

@clinic!

Image
Macam biasa, doktor ni kalau tak tikam tangan aku sampai empat lima kali tak sah kerja dia nak sedut darah aku..doktor ko ingat darah aku tu macam air paip eh? Tapi tak pe lah...aku tau ko buat keje ko...dan aku pun hulur je la tangan gebu aku tu yang semacam pe'el nya bila sebut nak ambik darah. Itu jam juga vein jadi hilang dok sembunyi balik daging...
Mula-mula cucuk kat pelipatan lengan...dua kali cucuk, siap berpusing2 jarum tu..pun tamaw keluar juga darah...aku rasa nak sedut dengan mulut jer supaya darah tu kuar cepat...nampak darah je...taring mula la nak keluar...maklumla fresh blood, bau pun semacam...aku pun mula le elegik..elegik sebab baunya manis!
Tak dapat kat lengan, dia tukar jarum, pakai yang jenis butterfly sebab katanya vein kat atas tapak tangan halus sangat dan banyak tulang..doktor kalau ko tercucuk tulang aku...aku bakor bilik ko yang kecik ni...suka suki je cucuk tapi aku rela..nak kata apa lagi kan...pun dua kali cucuk gak..
Lepas dia biarkan cucukkan tu dok…

Uncle815

Image
SEMALAM aku tak kerja, so tak tau apa berlaku dalam sokkabar sebab aku cuma baca sokkabar, sokkabar opis! Kalu nak harap beli...sorry! I won’t! Memang tak akan beli...sebabnya esok p opis sure ada sokkabar semalam dan semalam, malah kat opis aku sokkabar sampai awal sehari...advance punya sokkabar, so tak payah leh aku beli kan! Kalu korang pun aku rasa korang x akan beli sebab kat opis dah ada..mak tak kuasa nak buang duit eh! Kebetulannya, bila hari minggu...aku berfoya-foya di cyber berziarah geng blogger...round punya round..singgah kat blog Uncle815...eh tetiba ada pengumuman wajah handsome dia kuar sokkabar...cewahhh...aku pun sampai opis pagi tadi, terus terkam meja sokkabar, uishh memang ada noo Uncle...hang memang dah femes satu Malaya...tak sangka blogger yang aku dok klik2 tu blogger femes eh... Aku pun roger Uncle815 habaq pasai aku dah nampak muka dia kat paper...
Aku: Salam…amboiii handsome noo tercegat kat depan pintu Jeumpa D Ramo…mai ambik paper, cheq dah simpan 6 ketoi…

Hug...

Monday blues: A hug is a great gift - one size fits all, and it's easy to exchange...

Al-Fatihah...

Sdr Azli Ayob, berakhir sudah tidur sengsaramu yang panjang.
Lena di katil putih, sunyi berleluasa
Kami...hanya mampu melihatmu dari jauh
Bukan sedikit doa yang dipohon
Agar kau beroleh rahmat dariNYA
Dan di awal malam
Ketika jarum jam mencecah angka 9.30 malam
Perlahan-lahan nafasmu ditarik
Dan hayat yang dipinjamkan
Kembali kepada PENCIPTA
Kami iringi perjalananmu dengan seberkas doa
Agar rohmu sentiasa dicucuri rahmatNYA
Berpulanglah dengan aman
Ke laman abadi
Al-Fatihah...

Rindu...

Image
Mengenang zaman kanak-kanak, gula kapas yang enak! Kalau dapat makan, rasa macam kupu-kupu, terbang bebas dalam hutan, hinggap mana-mana suka dan terbang lagi. Makan pun ada style..letak saja pada lidah dan ia cair perlahan.lahan...heaven! Tapi masa x boleh diputar..meninggalkan yg lalu dan menghadapi esok yg belum pasti rentak dan langkahnya...gula kapas yang manis! Melihatnya pun sudah menerbitkan warna pelangi dalam hati...ada merah jambu, biru muda, hijau pucuk pisang dan biji kundang, kuning apatah lagi...

Nota: Mak, saya sudah 'pos' hadiah untuk mak, abah dan nenek selepas Subuh tadi. Harap hadiah saya itu sudah tiba di pangkuan mak, abah dan nenek..(saya harap mak selamanya ada bersama saya...atau mak mahu saya berkunjung ke sana bersama mak?)

Menu of the day...

Image
Isnin: Quaker oat humble + segelas susu / nasi ayam goreng telur Awe
Selasa: Mihun siam pak tam poyo + air putih / food review
Rabu: Nasi beringin abang handsome + nestlo Yoges / food review
Khamis: Rojak pasemboq mamak samseng + cendol pulut / food review
Jumaat: Rojak buah abang kekwat + air putih / food review




Kalau x sedap, aku x hingin makan rojak mamak samseng ni...masalahnya setiap Khamis, aku macam kena rasuk kaki tangan dan mulut menuju ke van mamak ni..betul2 depan office aku...tak tahan pasai kuah kacangnya yg meletopss tu...pekena pulak dengan cendoi pulut gula perang...hujan petir pun aku x sedar!

Lebam...

Image
Arwah mak aku sentiasa pesan, sebelum tidur, mengucap dua kalimah syahadah, bacalah apa-apa ayat Al-Quran walau sependek Qulhuwallah sekalipun, supaya syaitonnirrajim tak kacau...katanya lagi, jangan nak berangan itu ini ketika nak tidur. Sebaik-baiknya berlapang dada, memaafkan semua orang dan baca sebarang ayat al-quran sehingga lena dengan sendiri. Time skima aku buatlah apa yg mak aku pesan, time tak skima, aku berduet dengan Adele atau sapa2 jer..layan kapla otak jap.

Kata mak aku lagi, tidur adalah mati kecil. Jadi sebelum tidur kalau ada air sembahyang lagi bagus...dosa pahala itu belakang kira sebab ia akan dihisab di padang mahsyar, yang penting sebelum tidur minta doa kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

Jadi, lagi sekali, kalau time skima aku akan buat apa yg mak aku pesan...time tak skima...inilah jadinya...aku lupa nak buat segala yang mak aku pesan...jam 3 pagi...aku rasa ada tangan yang mencucuk aku...jenuh le aku nak te…

Buah tangan...

Image
Macam biasa, kalau ada undangan kenduri kendara, aku segan kalau nak pergi tangan kosong, lenggang kangkong, macam itik bodoh sombong, buat muka menonong, bila sampai isi perut lompong dan bila dah kenyang nak balik angkat punggong...huh..really not me! Chewahh...konon aku bagus sehhh.
Macam biasa juga, tak dak apa, ini je aku tahu bawa, kuih lawa, rasa ada, nak buat senang gila, murah je belanja, modal sederhana..tapi bila makan sekali...musti nak lagi!

Full moon...

Image
When I step out from a house...something spying me..and owh yesss...its perfect! Mutation starts...V's time!


Bahasa

Image
SM said...

MF: tiap kali aku aku baca komen dalam entri ni, aku akan pastikan dalam tangan aku ada kamus dwibahasa english-jawa ..


(SM, kenapa aku ambil reply ngko pada hari ini, pasal berbahasa...ini kira macam entry membuka pekung di dada tapi tak apalah, untuk positif site, aku buat juga..maybe 'keberanian' aku ini boleh diambil iktibar untuk dikongsi. Aku rasa tak ramai blogger nak buat entry begini. Pasal bahasa, anyway thanks buddy sebab bagi aku idea (secara tak langsung) untuk buat entry yang sadis ini...err sadis dalam ertikata view aku sendirilah, kalau korang baca maybe korang akan ketawa akan kesadisan aku mengenai bahasa ini..okeh aku tak peduli...)

Sebagai budak yang bermastatutin dan negeri kelahirannya adalah negeri di Pantai Timur yang terkenal dengan dialek pekat lemak merdu bak susu lemak manis, aku tak pernah keluar dari rumah (di Pasir Mas) sehinggalah berusia 17 tahun, aku ke KL alone sebab menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh sebuah gergasi baha…

Quote for today...

“One day you will ask me which is more important? My life or yours? I will say mine and you will walk away not knowing that you are my life.”
Khalil Gibran

Pirivu...

Image
Song: Pirivu by Reshmonu
Dua tiga menjak ini, aku rasa nak dengar lagu tamil jer...apakah...

Bersih???

Image
Hello..eh ini bukan Bersih 2.0 by Ambigol tu ya..ini adalah kempen kebersihan bermula dari rumah..kempen gaya hidup sihat yg akan lead us to a healthy life...healthy lifestyle! I talk to myself too actally...

Aku pergi pelancaran Promosi Kesihatan Kebangsaan 2011 di Cititel MidValley...guess what?? Ziana Zain ada situ, comel je dia tapi aku x follow sangat sebab aku lebih suka follow Kak Ros gebu ni...dia gebuuu mak suka..eh tersasul.

Mengikut kajian, kes kematian dicatat di hospital sejak 2011, yang mana 25.4% bersamaan dengan 11,812 orang meninggal disebabkan  masalah kardiovaskular (jantung, darah tinggi dan kencing manis)..huh ngeri seh bila aku dengar perangkaan ini yang disebut oleh Timbalan Menteri Kesihatan kita kat atas tu...Dt Rosnah Rashid Shirlin...sungguh mengerikan. Automatically kita boleh set mind lepas ni nak jalani gaya hidup sihat...kalau tak boleh buang tabiat merokok dengan segera, buat perlahan-lahan. Kebersihan jasmani diutamakan, begitu juga dengan kebersihan …

Bread pudding..

Image
Nota: Brat, hari ni poyo, aku malas masak nasi, masak puding roti je..esok aku hantar kat opis ko ya..nanti ko belanja je lah aku secawan pull tea kat kedai mamak bawah opis ko tu.

Breast cancer

Image
mari layan 'selamat ulang tahun sayang' abaikan lagunya tapi perhatikan liriknya..ditulis oleh fedtri yahya..aku rasa liriknya penuh makna...
Isk..ngerinya kalau bayangkan mengenai breast cancer ni..
habis rosak semua..
memang x leh pakai dah
jadi, sila buat pemeriksaan awal
di rumah..
kalau nak lebih detail,
sila buat mammogram
di Pusat Kanser Kebangsaan
di Kg Baru
family history aku memang
takde yg kena sakit macam ni
tapi kena concern
sebab breast cancer
adalah pembunuh
no 1 wanita
Pantai Medical Center
ada buat charity bazaar
untuk kempen ini
aku pergi menyibuk
saja layan mata
ada imran ajmain buat fashion show
sama altimet
dan fazli yaakob
bolehlah..

Gembirakah kita...

gembira ke? berasa gembira bukan hak kita selamanya kadang kala kita berasa gembira sebenarnya tiada pun masih mahu berasa gembira itu pinjaman saja.. bak kata sesetengah rakan plastik semata-mata hahaha... ya saja kita perlu berasa gembira supaya orang nampak kita suka sekali sekala gembira adalah lara pun begitu telan saja kerana gembira adalah sementara.

Yang singkat ini...

Yang singkat itu
bukan sehari dua
bukan seinci dua
sejak dulu
lama
memang singkat
hela nafas singkat
bukan singkat kain
tapi singkat masa
masa makin singkat
aku terasa sangat singkat
semua singkat
singkat akal
lalu singkat nafas juga
dalam masa yang singkat itu
ampun
aku ingin menikmati
singkat yang sekejap itu.

Today

Today is Friday...judgement day...to do or not to do...

Gie: Review

Image
(Maaf ulasan ini dibuat bukan sebab aku pemuja filem Indo, tapi haruslah dilihat dari sisi seni keberjayaan pembikinan filem semata-mata) USAI menonton cerita ‘Gie’ di skrin computer, aku faham kenapa kisah ini memenangi 3 piala unggul di negaranya sendiri, Indonesia. G merangkul filem terbaik, actor terbaik dan sinematografi terbaik di FFI 2005, lama sudah ia dihasilkan tapi baru kini aku mengetahuinya..ada filem bagus seperti ini. Diarahkan oleh Riri Riza, tidak mustahil G adalah buah tangan hebat kerana Riri (bersama Mira Lesmana) juga adalah penukang kepada filem Laskar Pelangi yang dirakamkan di Pulau Belitong, Sumatera, turut menjadi antara filem Magnum Opus pengarah ini di Indo. Menawarkan elemen sinematografi (sinematografi adalah gabungan naratif, visual dan teknik , pls correct me if im wrong..furthermore im not a film student, im just an audien) yang cukup excellent aku kira. Setiap scene berjalan smooth tanpa terputus kontinuitinya walaupun agak terkejut dengan beberapa baba…

spy

aku tak tahu sama ada
aku diperhatikan atau tidak
yang aku tahu,
aku menjadi pemerhati
terhadap yang diperhatikan
mana yang lebih enak,
diperhatikan
atau memerhati...

Orkid yang faham bahasa.....

Image
Jawapan kepada pertanyaan seorang rakan senior semalam, pasal orkid...aku tak sempat nak jawab ketika dia bertanya mengenai adakah aku tidak bercerita mengenai orkid lagi kerana aku sibuk menguruskan sekeping roti canai bersama secawan milo tarik di kala cuaca dingin dan angin sepoi2 bahasa..perlahan-lahan roti canai itu menghilang ke dalam perut sambil aku hirup milo panas...nikmat!

Sdr SO (saya berharap suatu hari nanti anda akan terbaca juga blog haluan kiri saya ini), ya, rumah saya ada beberapa orkid yang belum tumbuh sepenuhnya kerana saya agak sibuk menguruskan rutin harian. Dan orkid pun ada perasaan, ia merajuk kerana saya lupa memujuknya. Suatu ketika nanti saya akan berbisik kepadanya mengenai kenapa ia harus tumbuh subur di laman saya di Windsor Sg Long..kalau dulu ia membesar dengan sihat di laman lama saya di Sri Gombak..kini saya sudah bertukar laman. Saya sudah melangkah keluar dari laman di Sri Gombak dan kini saya bermastatutin di Sg Long dan orkid di laman di Sri Gom…

Gie

Image
Finally, after few months searching and surfing where to buy this cd: a story of Indonesian who died on top of Gunung Semeru while struggle for freedom in his chaos country...i got this cd from someone. Thanks to the 'someone' for his kindness...really appreciate that, till the end. Mungkin banyak lagi cd lain yang bagus2 tapi entry blogger SM (hahaha...buddy i credit ur name) beberapa bulan lalu cukup mengujakan untuk aku cari cd mengenai Soe Hock Gie..barangkali Gie lebih terdahulu kemunculannya berbanding Chairil Anwar, si penyair malang namun meninggalkan kesan hingga kini. Dan aku mahu tonton cerita ini bukan sebab pelakonnya adalah Nicholas Saputra, tapi oleh kerana jati diri Gie itu yang sebetulnya sangat mengujakan...

Sedikit petikan dari sampul kulit Gie: Lebih baik diasingkan daripada menyerah pada kemunafikan..'Ok, tak mau cakap banyak, let me watch Gie first and do a review...(SM..ko jangan jelesz, aku dah dapat dulu CD ini, nanti aku review ko makan tapai sama…

Enzim Sampah Dapur...

Image
 
Sebelum ni kalau potong sayur atau kupas buah, aku buang terus segala bahan yg tak berguna, tapi lepas sembang dengan seseorang yg concern pasal 'nature and earth', aku berasa wajar mengamalkan recycle dan akan terus terbabit dengan 'love our nature'. Selama ini kita banyak melakukan kerosakan dan menyeksa bumi yang dicipta Tuhan. Elok2 je DIA buat, ganas2 je kita rosakkan dengan segala bagai kerosakan..ozon pun dah semakin tipis...kalau boleh lihat usia bumi...musti ngeri...

Jadi apa kaitannya antara bumi dan sayur buruk ini? Sekali imbas langsung x ada kaitan tapi lepas baca ini musti u all pun akan teruja untuk mencuba..kerana bahan yang nampak 'yuckkk...' dalam balang itu berupaya menyelamatkan bumi kita..walaupun sumbangan aku tersangatlah kecil kepada bumi, sekurang-kurangnya (mulai sekarang) aku sudah keluar dari kumpulan perosak bumi dan aku dah masuk dalam kelompok 'care nature' walaupun tak ada sebarang hadiah atau reward..

Tahu tak, si…

Cholesterol Challenge with Nestle Omega Plus

Image
Nothing to do on Saturday...eventho ive a lot of works to do..i decided to enter a program : Nestle Helps Lower Cholesterol for 30 days. It quite interesting which all participant have to check their cholesterol level first, drink 2 glasses of milk everyday and take healthy food. Tu yang kena hisap darah sebab organiser nak kira berapa cholesterol dalam badan, dan selepas sebulan, berapa yang direduce. And the winner will get cash money RM500...woohooo wish im among the winner after a month. Kalau aku berjaya reduce banyak....best! Yang mengujakan tu, bukan satu winner, depa cari 20 winner dan pesertanya cuma 30 orang termasuk aku.
Walaupun aku lactose intlerance, aku tetap nak masuk sebab milk is good for our health and for those who concern abt healthy life...come join me. So mulai sekarang dan selama 30 hari...ada banyak task kena buat supaya target RM500 ada dalam tangan akan tercapai...so that aku boleh buat entry Mission Accomplished! Hahaha...belum apa-apa dah berangan nak menang…