Wednesday, 14 September 2011

uncle ronald...

Bilik di Ronald McDonald House untuk ibu yang terpaka menjaga anak di hopital HUKM. Kalau rumah jauh dan x sempat nak balik atau kekurangan belanja, mereka boleh tidur di sini, bayar lima inggit jer untuk satu malam. selesa. ada 19 bilik semuanya.
Bila sakit sikit..even sakit kena cucuk jarum peniti semasa menjahit, aku dah bentak2 dalam hati sakitnya. Bila tersepak bucu tangga, kaki sedikit berdenyut aku dah mengeluh2 sakit walhal ada ramai lagi orang lain yg sakit lebih kronik..x pun mengeluh sebaliknya menerima dengan tenang. Maafkan aku Tuhan.

Hari ini, Najat Fuad kata, ada sorang kanak-kanak berkerusi roda yang nak sangat jumpa Ronald McDonalds...dan ibu si kecil tu pun tolaklah wheel chair anaknya naik bukit ke rumah uncle Ronalds di atas bukit belakang HUKM. Rupa-rupanya si Uncle yg handsome iteww buat open house raya untuk kanak-kanak.

Owhh im neither child nor kids tapi diajak juga pergi untuk memaknakan sambutan raya itu..meriah sungguh, uncle ronalds sediakan banyak makanan. Ada berkotak2 chicken nugget and bergelas2 ribena...memang seronok..oh ya si kecil tadi finally dapat juga hadiah belon dari uncle ronald..

Dua tiga tahun lepas, sempat pergi visit wad paediatrik di PPUM denan Dr Rose dan NGO..kesian tengok kiddies and baby yg sakit tapi mak2 dia orang sorang pun x de tunjuk muka sedih...tabahnya!!! Aku kagum tengok senario demikian..

Rumah Ronald McDonald itu adalah kolaborasi McDonald dengan beberapa company sponsor yg lain untuk meringankan beban ibu bapa kanak-kanak yang sakit. Mereka mungkin tidak berkemampuan untuk ulang alik yang kerap ke hospital, so boleh transit di rumah itu. Kalau ada yg nak jadi volunteer utk rumah itu, boleh kring2 nombor sekretariat 03-78433388.

Kalau aku ada banyak duit, boleh bina rumah untuk kanak2 terbiar atau homeless..:-(
post handsome dari uncle ronald untuk uncle SM dan auntie NP..dengan ucapan, kalau nak makan burger percuma, sila ambil kupon daripada auntie LW...kih!kih!kih!

The other version of McD...
Aku mula makan McD sejak usia belasan tahun, kini aku dah berusia puluhan tahun. Suka makan BigMac nya yg gedabak dan berlapis dua itu..ada zukini, lettuce and double layer beef..mewah! memang puas hati kalau gigit..ok esok nak pergi makan McD aahhh...ada kupon lebih..sapa nak? Meh join aku makan mekdi!

22 comments:

  1. selain hukm, mana lagi hospital (maksud aku hospital penuh kerajaan) yang ada kemudahan sebegini? hmmm....

    ReplyDelete
  2. So far tak ada, yang aku tahu HUKM dan Hospital Ampang..aku ada tanya macam mana nak jadi volunteer..tapi mereka nak volunteer tukang masak..baik aku pergi jadi volunteer untuk ibu2 di PPUM..i mean consult kan..walaupun x bertauliah tapi mereka ni sebenarnya memerlukan orang untuk mendengar mereka bercakap...

    ReplyDelete
  3. hospital kerajaan walau pun nampak tak seberapa tapi dipenuhi dengan protokol yang tak patut.

    aku rasa sebab tu mekdi pilih hukm sebagai tempat menyalurkan sumbangan sebegitu. kalau kau ada niat macam tu, apa kata aku cari dua atau tiga orang, buat khidmat consult dalam berkumpulan, tumpu hospital separa kerajaan macam ppum atau hukm tu.

    ohye, tak jadi nak mintak kupon burger sebab panggil uncle. i belasan tahun lagi tau. auuwww...!

    ReplyDelete
  4. bagus gak niat kau tu,..nak cari dua tiga orang..tapi aku kena tanya kawan aku yg pernah buat..sama ada kita kena ikut prosedur atau just lawat, masa aku buat tu aku ikut ngo mymomsbest, group breast feed yg dah lama kenal dgn ppum.

    owhh belasan tahun rupanya uncle SM ni yek..kih!kih! kau minta atau takm kupon tu tetap ada untuk kau dan NP. expired datenya hingga mac 2012.

    ReplyDelete
  5. heeee i pun suka makan mekdi..malam tadi lepas kelas singgah mekdi sec 3 shah alam... makan chicken burger yang pedas itu... lupa nama...

    kalau nak bagi kupon free, i lagi sukerrrrrr ...

    ok citer pasal mekdi, dulu kan sebuk orang suruh banned makan mekdi sebab kononnya nak perangi israel. tapi cuba tengok rumah2 mcm ni mekdi yang sediakan... diorang yang peka dari pada kita yang sibuk dok laungkan anti israel tapi apa yang kita bantu? apa?? emo laks..ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. okeh bebila datang amik kupon ek..

    ReplyDelete
  7. NP: yang sibuk laungkan tu semua bermuka2 je, pura2! sedangkan pada masa yang sama barang2 lain pun diorang tetap beli jugak, kat windscreen tampal stiker mekdi. macam2 lagi la.

    ReplyDelete
  8. say no to McD..ini slogan anak jiran aku..dia kata, bukan aku yg kata..

    ReplyDelete
  9. budak baik tu ke? itu masih dalam kawalan lagi kalau mak bapak dia pun bijak mengawal perbelanjaan. tapi macamana dengan kita?

    ReplyDelete
  10. a ahh..budak baik tu..aku pernah test dia..auntie nak beli mc d untuk abang, nak tak? dia kata say no to mc d..finally kalau dah nama budak kan, tetap suka makan mc d tapi aku tak berani beli sebab takut mak dia marah..so kupon tu memang untuk kau dan NP le jawabnya...

    ReplyDelete
  11. aku juga pernah bergelar budak `baik' sampai sekarang, jadi boleh ke aku ambik kupon tu?

    ReplyDelete
  12. boleh..memang untuk kau pun...dan NP juga...aku dah berbelas kupon tukar..so ada lagi enam keping untuk korang..

    ReplyDelete
  13. boleh tukar untuk double GCB tak?

    ReplyDelete
  14. @LW
    yang nak pegi hambek tu tak tahu bila....

    @SM
    aku dari dulu budak jahat so boleh makan mekdi...yahooo

    kalau nak harapkan barang buatan malaysia...apa yer?? oooh makanlah burger ramli....

    ReplyDelete
  15. NP: burger ramli pun sedap. tapi tak pernah jumpa lagi francais dia. masih mengekalkan stail perniagaan tepi jalan.

    ReplyDelete
  16. SM: amboii nak dabel GCB la pulak..ini yang dinamakan beri betis hendak paha neh...

    NP: expired lambat lagi, mac tahun depan...bila-bila masa boleh mai hambek kat bangsar..

    ReplyDelete
  17. LW: chinese new year bila? aku nak makan prosperity burger...

    ReplyDelete
  18. prosperity burger tak dak kupon..yg ada kupon tu burger sempoi jer..hahaha! jangan nak demand..

    ReplyDelete
  19. LW: aku dah agak, biasa la bisnes ma...

    ReplyDelete
  20. kan..marketing strategik...purchase with purchase..

    ReplyDelete
  21. errr. datang menziarah dari jauh :) ... gulpp! mekdi .... drooling =(( ....

    uhu volunteer... ada ker ... err tp hukm jauh ... kalau dekat2 area pj insyaAllah boleh join :) ...

    ReplyDelete
  22. ZEM: meh..meh sini...mekdi kan...sumer orang sukan..i pun...hihi..a ah RMH nak volunteer sebagai tukang masak..

    ReplyDelete