Saturday, 24 September 2011

siri seram...windsor SL 13

Manusia penakut adalah manusia yang berani sebenarnya..
ntah ya ntah tidak..tapi apa-apa pun.
aku memang notis..
beberapa perkara..
1. bunyi di sebalik plug masih ada
2. di dalam bilik air ada seekor cicak besar
walaupun sebelum ini, tidak pernah muncul
3. bunyi air dari akuarium masih dalam nada yg sama
lenlain...tiada..
kalau arwah abah ada
dia mesti kata pada aku
apa nak takut, Allah ada..
ok..padan lampu...hayati kegelapan
akan berasa seperti cerah..
dan gelap yg tidak bertepi itu
membekalkan nyaman yang selesa
sambil aku membilang bintang
yang hanya sebutir..
dan bulan sudah pun gelap..
juga awan semakin kelabu
cuma aku tidak mendengar
libasan sayap kelawar saja..

Nota: Ketakutan itu sekali sekala menerjah ruang sunyi dan aku harus membuat nota kepada diri sendiri supaya melawan ketakutan itu..

3 comments:

  1. assalam ..
    Rasa takut itu sebenarnya ada pada semua orang. Cuma yang membezakannya bagaimana kita melihat dan mengatasi rasa takut ..

    Bila duk sorang-sorang malam malam pula tu selalunya akan rasa takut. Kerna kita fikir ada 'orang' lain ada bersama. Nak ilang takut .. Anggap je 'orang' lain tu juga takut sebenarnya pada kita .. hehe ..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Ya betul ada org lain yg lebih penakut dari diri kita sebenarnya. Saya membina persekitaran yang agak misterius supaya saya berupaya melawan ketakutan itu. Ya lah lain org lain caranya melawan rasa takut, yg pasti kita lihat bintang yg sama...

    ReplyDelete
  3. kak cemut..manda pon jadik penakut sejak kejadian 2004..but alhamdullilah bila lelama try kikis rasa tu then pelan2 ok..tp kekdg takot gak wpon xdek pape. mainan perasaan yg amat menganggu ketenteraman idop..mencik.. ekekekke

    ReplyDelete