Tuesday, 6 September 2011

kampung warisan lama...

Walaupun kotaraya Seoul dibarisi bangunan tinggi, di pinggirnya masih kekal kg tradisional yg berharga berjuta-juta dollar kerana kisah dan pengalaman penduduk kampung selain usia kampung itu sendiri..ini adalah pemandangan on the way ke kg tradsional seoul..x jumpa pula pic kg tu aku simpan kat mana...
Aku dah lama follow artikel Prof Dt Dr Ibrahim Komoo dalam akhbar arus perdana yg satu ini. Hari ini, beliau menulis mengenai kampung warisan lama yg wajar dikekalkan disamping mengalu-alukan seni binaan moden.

Syabas Prof, walaupun isteri Prof  sangat sinonim dengan auto space dan segala bagai, Prof nampaknya masih menghargai sesuatu yg bersifat tradisi...i like! Justeru, apabila bercakap mengenai bulan dan bintang dengan isteri Prof, tentu ada terselit pasal rumah papan berukir awan larat kan..bagus!

..dan kalau ada seribu orang di Malaysia macam Prof ini, tentu kampung2 tradisional akan jadi produk berharga negara bagi pelancong asing..macam sebuah kampung tradisional di Seoul yg aku pernah jejak..rumahnya kecil2 dan penghuninya semua tua ganyut@ tua bangka..dan kampung berkenaan terletak di tengah2 kota Seoul yg serba moden itu..namun pentadbir tempatan mengekalkan reka bentuk asal dan struktur lama binaan kerana sedar hamba2 tua di dalam rumah itu adalah penduduk asal Seoul yg juga dianggap harta bernilai negara.

Kampung di tengah kota itu juga bernilai berjuta2 dollar dan tidak akan dimusnahkan walau seribu tahun akan datang..kerana mereka menghargai tradisi yang ada pada hamba2 tua itu, yang tertera juga pada pintu rumah, sunyi yang damai dan harum sakura yang dijaga rapi..

tapi kalau kat Malaysia, pantang ada rumah lama, terus kena taram dek pemaju yg akan buat rumah ntah hapa-hapa...tu pun kalau siap..kalau tak siap, jadi sarang dadah lah agaknya..!

32 comments:

  1. senario di malaysia... beberapa tahun dulu, aku perasan masih ada rumah dengan binaan lama di kg baru. mungkin masih ada lagi sampai sekarang. dan pada masa yang sama kemelut pemajuan kg baru ni masih tak sudah lagi. pemajuan yang bagaimana pun aku masih tak jelas lagi.

    ReplyDelete
  2. kalau tak silap aku..masih ada dua tiga buah rumah ala kampung di kg baru..rumah itu jugalah yang sering jadi lokasi pembikin iklan kalu nak buat iklan raya ke hapa...aku bet one day nanti akan tergadai juga tanah melayu kg baru tu sebab kiri kanan depan belakang kena himpit..sapa tak rambang mata beb kalau tanah sekangkang kera pun boleh dapat berjuta-juta kan...ntah nape aku rasa ramai yg berkepentingan ke atas tanah tu..masing2 nak kaut untung..

    ReplyDelete
  3. cuma masalah perundangan yang jadi penghalang, sebab kg baru ni special case. tak sama macam hakmilik bumi yang lain. ada peruntukan undang2 sendiri. lagi pun ini tanah warisan, dah ada banyak pegangan untuk satu2 lot. satu hal lagi pasal pembangunan, aku tak nampak pelan cadangan tu akan bawa benefit kepada semua pihak terutama sekali dari aspek warisan dan sejarah.

    ReplyDelete
  4. yerp..kes kg baru ni makan masa bertahun kalau nak dibangunkan sebab tanah tu pun dah dipecah-pecah kepada ramai pewaris. pelan tu dah sah la x membawa manfaat langsung kepada penduduk..aku dengar citer kalau ada pembangunan, derang nak buat kondo berpuluh bintang..nak cater org luar..

    ReplyDelete
  5. LW,
    dgr kabo bangunan angkasapuri nak dijual..dan bangunan tu akan dirobohkan... kalau betul terjadi.. sejarah penyiaran radio dan tv malaysia hanya tinggal pada nama..itu pun mungkin satu hari nanti akan dilupai.. :(

    ReplyDelete
  6. blu..berkemungkinan besar..nanti mungkin RTM dialih ke lain..so kat situ dibuat bangunan lain..biasa la derang ni...nampak kawasan komersial sket, terus nak cantas buat benda baru..tu karang ada la mana-mana kutu yg kaut untung juta-juta...

    ReplyDelete
  7. aku sedih dengan monumen yang pernah dicatatkan sebagai mural terpanjang di dunia, sekarang dah lenyap... kau pun tau kat mana kan? WTF?

    ReplyDelete
  8. yerp..kalau kita bersuara pun mereka bukan nak dengar..sepatutnya mural dan bangunan di dalamnya boleh dijadikan produk pelancongan..sama macam pulau bidong juga...

    ReplyDelete
  9. pada mereka hasil dari pelancongan tu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan betapa banyaknya duit yang mengalir masuk bila tempat tu jadi tempat komersil. kau pilih mana, duit atau kenangan? they've made their choice...

    ReplyDelete
  10. i hv no words to say..we are nobody rather than them..mereka dan keluarga mereka...yang kaya bertambah kaya...dapat projek sana sini...
    dulu aku sentiasa imagine tempat tu akan jadi macam alcatraz yg femes tu...

    ReplyDelete
  11. kalau tak dapat semua, sebahagian pun tak apa. ini dah jadi monumen sejarah beb! bukan pondok beratap rumbia!

    ReplyDelete
  12. sedih tengok kan...barang yg sepatutnya dilestarikan..mereka abandonkan manakala yg patut dilupuskan tu..dikekalkan pulak..

    ReplyDelete
  13. abis tu, duit pun kena cari jugak. bahan sejarah takkan membuatkan kita kaya secara material (pada pandangan mereka).

    ReplyDelete
  14. kalau kau pergi england..mereka pelihara apa saja yg ada kaitan dengan sejarah..

    ReplyDelete
  15. kalau aku pergi winsdor? (saje lari topik)

    ReplyDelete
  16. windsor pun sama..banyak barang antik, termasuklah menu eksotik seperti air tebu dan tapai..

    ReplyDelete
  17. tapi jangan lupa, ada beberapa lagi bandar sejarah kita yang elok terjaga macam taiping. mungkin sebab tanah di sana takde nilai dari segi komersil kot...

    ReplyDelete
  18. taiping yes..pasir salak juga..perak ada banyak lokasi tinggalan sejarah dan berkepentingan dari aspek geologi..

    ReplyDelete
  19. kalau nilai tanah di pasir salak atau taiping hampir menyamai tanah sekaki persegi seperti di segitiga emas, pasti hayat monumen2 sejarah yang tinggal ni tak lama jugak.

    ReplyDelete
  20. bagaimanapun, aku rasa pasir salak akan terus terpelihara..kerana pentadbir tempatan mengambil berat mengenai nilai sejarah yg ada pada lokasi berkenaan..sama juga dengan kuala kangsar yang dianggap sebagai bandar diraja walaupun kuala kangsar tidak termaktub dalam sejarah tanah air kan...aku nak melawat port weld lah..naik keretapi dari KL..musti best..kira cam cuti-cuti weekend..kau pernah dengar kota tampan di perak?

    ReplyDelete
  21. tak pernah pulak dengar kota tampan, tapi orang yang tampan aku biasa dengar kat sekeliling bila aku jalan kat pasar malam. apa ada kat situ? bekas istana?

    ReplyDelete
  22. kota tampan ni adalah tapak arkeologi penting negara. rangka perak man ada ditemui di sini dan menjadi antara lokasi penting dalam penemuan tamadun manusia zaman dahulu kala (forgive me if im wrong) aku pernah ikuti trip arkeologi/geologi masa one of the geologist datang ukur batu kat situ...kawasannya agak remote dan tradisional..

    ReplyDelete
  23. kalau macam tu, pasti takkan terusik untuk 100 tahun lagi.

    ReplyDelete
  24. i wish...tapi rasanya memang diwartakan sebagai tapak arkeologi, so derang jaga tempat tu..

    ReplyDelete
  25. haah, kalau tak silap aku unesco (betul ke, ntah la unicef kot, tak pun nato) dah wartakan sebagai tapak sejarah dunia.

    ReplyDelete
  26. yerp..Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)..

    ReplyDelete
  27. pergh, nama penuh. tahun berapa tu beb?

    ReplyDelete
  28. Beb sorry aku tak jumpa pulak info pasal Unesco dah isytihar kota tampan ni sebagai tapak warisan dunia...maybe info aku dah lama x berupdate..ill check it out later..

    MUZIUM Arkeologi Lenggong di Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong, Perak mungkin asing bagi kita. Namun, bagi pencinta sejarah dan arkeologi, muzium ini adalah yang pertama seumpamanya di negara ini, mempamerkan artifak dan maklumat mengenai zaman prasejarah amat menarik untuk dikunjungi.

    Muzium arkeologi prasejarah yang pertama di Malaysia ini dibina di kawasan tapak Paleolitik Kota Tampan berusia 74,000 tahun. Lenggong sesuai dipilih untuk pembinaan muzium ini kerana dikenali sebagai bandar raya prasejarah berikutan terdapat bukti penempatan terawal negara iaitu 300,000 tahun dulu. Selain itu, kajian sejarah mendapati, Lembah Lenggong berperanan menjadi laluan migrasi masyarakat prasejarah dari Afrika ke Australia.

    Ini menjelaskan bahawa Lenggong adalah ibu kota prasejarah Malaysia dan penempatan terawal di zaman prasejarah di Asia Tenggara dan diperkuatkan lagi dengan penemuan rangka `Perak Man' yang dipercayai manusia tertua di Malaysia di sini.

    Muzium ini terletak di sebuah kawasan bekas ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan. Sepanjang perjalanan ke sini, pelancong menikmati pemandangan indah gunung ganang dan ladang kelapa sawit. Anda juga akan melalui Tasik Raban, sebuah destinasi pelancongan yang kurang popular tetapi mempunyai landskap alam semulajadi yang indah dan unik sekaligus memberikan pengalaman sungguh berharga kepada pengunjung.

    Koleksi yang paling mendapat perhatian ialah rangka `Perak Man' yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada 1990 oleh sekumpulan penyelidik diketuai Profesor Datuk Zuraina Abdul Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM).

    Perak Man dilahirkan dengan kecacatan fizikal yang belum pernah ditemui di antara rangka manusia prasejarah di dunia. Manusia purba ini dikebumikan dengan penuh adat resam dan caranya unik iaitu kedua-dua kakinya terlipat ke dada seperti anak dalam kandungan ibu. Yang menariknya, kedua-dua tangan manusia purba ini terletak di bahu dan perutnya didapati menggenggam daging. Ia ditutupi dengan tanah dan siput sedut.

    Perak Man mati akibat sakit tua iaitu pada umur 40-45 tahun. Beliau dikategorikan sebagai manusia yang agak tua sekali kerana pada masa itu manusia dianugerahkan hidup sekitar 20 hingga 30 tahun saja.

    Walaupun cacat, berkemungkinan beliau menikmati kedudukan yang dihormati sebagai orang tua atau dukun yang mempunyai banyak sekali pengalaman dan pengetahuan mengenai kehidupan, memburu, mengutip makanan dan ubat-ubatan serta aspek lain dalam kehidupan pada zaman paleolitik.

    ReplyDelete
  29. aku lantik kau sebagai ensiklopedia sejarah aku...

    ReplyDelete
  30. lantik je? gaji tamau diskuss ke bos?

    ReplyDelete
  31. sukarela je. kau kena ikhlas membantu memartabatkan sejarah negara tanpa mengharapkan balasan. kalau tak, kau takde beza dengan penjarah kubur tu! hahahaa!!!

    ReplyDelete