Thursday, 15 September 2011

hidup jangan sampai hilang rentak...

Pagi-pagi limun, aku sudah dengar rentak derap tapak kasut berladam besi itu, kaki yang pendek sebelah, jalannya terpaksa bertinjit kerana musibah ketika bertempur. Memang lucu kalau tengok dia berjalan, senget dan miring semacam saja tapi cakapnya tegas dan mengaum. Aku admire betul cara dia conduct kami.

"Kamu semua ni, tak boleh dibiarkan leka. Apa susah, aku dah kata, jangan sampai hilang rentak dalam hidup..sama la juga dengan kawad ni kadet!
"Jennnn.....(ada 150 suara menyebut perkataan sarjan dan 300 biji bola mata tertumpu kepada PWII Encil Illias, misanya yang buat aku tak tahan..muka selamba, kasut hitam berkilat dan x pernah ada kedut pada uniformnya...)
"Heyy aku belum habis cakap kamu dah sahut jen, nampak sangat membabi buta nak beli hati aku.."
"Jennnn..." lagi sekali ada suara mengaum.
Tiba-tiba..kami semua masih mengelamun dengan syarahan perdana pagi buta Encik Illias di atas bukit Damansara...ada jeritan lain pulak menjunam ke telinga..
"Baris!!!! Barissss...sedia...."
Dan berderap2 bunyi tapak kasut dihentak ke aspal keras...dengan haversack 10 kg, M16 dan angin sepoi2 kurang berbahasa...kami kawad keliling kem..
..aku dah kata jangan sampai hilang rentak..kalau hilang rentak, kamu kena ulang lagi..sampai rentak seia sekata..kata2nya bergema dalam kepala dan otak aku sampai sekarang...

Ketika pertandingan kawan intervarsity di USM 11 tahun lalu, kami menang kawad kaki setelah 'sekolah' kami sudah berbelas tahun tidak menang. Encik Lias, Sarjan Mail tambun, Sarjan Superman, Encik Zainal, Kapt Jeet, Kapt Azmi semua tak sangka walaupun kami dicop 'pewai' dan 'lemau', kami masih boleh mengembalikan nama sekolah kami yang dicintai itu...

"waaa korang eksyen dengan aku eh..." kata Kapt Azmi ketika lalu depan kami yang sedang berlonggok bawah pokok akibat penat kawad..hahahaha...tak ada seorang pun ambil peduli dengan tegurannya. Kami sengaja buat dia rasa poyo..memang dia malu...bila dia pusing belakang, kami serbu dan angkat dia..
"Tuan..terima kasih.! terima kasih! Tuan..belanja kami bbq malam ini ya..."
Dan dia pun sengih sambil membetul2kan uniformya. Patutnya kamu yang belanja aku dengan Encik Lias dan geng dia...tu..kalau x ada Encik Lias..ntahnya kamu x muncul pun kat sini...(padang kawad USM)

Muncul pula Encik Lias dengan jalan sengetnya..."Aku dah kata, jangan hilang rentak masa kawad...nasib baik rentak kau sama..sapa nama kadet tu..Wee Bong San...kau kalau dah pening, minta keluar baris saja...haha"

"Eh..ni..ingat lagi satu...hidup pun jangan sampai hilang rentak tau..!"
"Jennnnnn............"
Dan kami pun hahahahahahahah...sambil bersorak riuh gemuruh kerana kemenangan yang tidak disangka2 itu..jangan hilang rentak! jangan hilang rentak!

Kepada Tihah, Jemay Speaker, Zaidi Merah, Mas mulut  murai, Yati bergegar, G, Geok Hui, Misbahudin, Salleh, Herman Wak Jawa, Zaidi Jogho dan Tuan Zaid, dimana anda semua...adakah masih ada rentak itu...

Ketika arwah abah ada, dia pun sentiasa tekan dan ulang pada aku...tak susahlah kawad, janji rentak sama, masa nak pusing tu badan steady, lutut paras, lengan pun paras, dada tegak dan wajah fokus...kena bilang step dan jangan sampai terkena badan orang di hadapan..

..di pagi Jumaat yang sunyi ini...tiba-tiba aku berasa terasing...di manakah rentak yang aku miliki selama ini...dan 'angin' yang datang secara tiba-tiba itu ternyata memberi sedikit kelegaan..

Nota: Tuhan, terimalah permohonan aku...kembalikan rentak itu...

34 comments:

  1. jumaat? silap hari kot... angin pagi khamis ni tak semerdu angin pagi jumaat tiupannya...

    ReplyDelete
  2. ya..sengaja advance sehari...kau notice ya...esok memang hari yang ditunggu..

    ReplyDelete
  3. hmm, kalau dulu aku agak tunggu jugak sebab ada peluang dengar khutbah kat masjid area tempat kerja lama aku. tapi sekarang khutbah jumaat yang aku dengar tak ubah macam baca rencana tabloid mingguan.

    sabtu tetap aku tunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  4. haha..tunggu sabtu ya...musti nak dating dengan yang tersayang..kui!kui!kui!

    ReplyDelete
  5. Dulu anggota PALAPES kah? Heheheh...

    Sy tak sbr nak tunggu hari Jumaat sbb parents nak dtg sini! Yeay!

    ReplyDelete
  6. MF: Ya...palapes..
    owhh tunggu esok kah? jangan lupa hari sabtu itu ya..

    ReplyDelete
  7. hahahaaaa.... (tak perlu emoticon)

    ReplyDelete
  8. SM: amboii ngko ni seronoknya ya...ketawa!

    ReplyDelete
  9. LW,
    you sama ngan cik net..teradvance sehari.. korang ada komplot di pagi jumaat ke.. :p

    ReplyDelete
  10. Blu: miahahaha...mungkin ada kot...komplot mengelirukan pembaca blog...ngee!

    ReplyDelete
  11. sahh...terkomplot sama! so esok hari sabtu...ada org tak sabar tunggu...

    ReplyDelete
  12. aku tak paham, kenapa ramai sebut hari ni jumaat?

    ReplyDelete
  13. ntah, aku pun...tetiba aku sebut hari ni jumaat, masuk blog NP, pun dia kata gitu juga,..

    ReplyDelete
  14. mungkin sebab esok cuti kot. hahaaa, aku boleh lupa esok cuti. pagi tadi baru aku ingat.

    ReplyDelete
  15. gotcha! tahu pun..jadi kita sudah tertipu oleh hari...asal esok cuti jer, dan dan tu ingat hari ni adalah hari jumaat..

    ReplyDelete
  16. tapi mood bekerja aku masih elok lagi, rugi la kalau aku ingat hari ni hari jumaat...

    ReplyDelete
  17. mood kerja aku pun okeh selepas keputusan 140/90 pagi tadi..thank God!

    ReplyDelete
  18. itu dah kira bagus dan terpuji...aku often cecah 220/200 dan sempatlah bermalas2 di katil kecemasan..hahahaha itu betul2 berehat tapi tak juga turun2 sebab aku rasa macam buang masa sangat baring di katil dengan misi cantik kejap2 dtg jenguk!

    ReplyDelete
  19. sebab i pakai baju kurung tu pasal i ingat hari ni hari jumaat.....

    nak masuk pakai nama sendiri tak lepas. so i pakai nama anonymous...

    nenet

    ReplyDelete
  20. LW: kalau nak doc hensem yang datang jengok, kau kena berlakon pengsan.

    Anon (menyamar NP): oh, baju kurung baju rasmi hari jumaat ke? kalau kebaya amoi baju rasmi hari apa pulak?

    ReplyDelete
  21. apa pulak menyamar...ni aku laa NP.. setiap kali nak post komen kena select profile..eee koserr... jadilah anoy je...

    baju amoi baju rasmi hari jumaat jugak lah..alternate dgn baju kurung....

    ReplyDelete
  22. kau try bukak login gmail dan blogger pada window yang sama, lepas tu baru boleh post komen. eleh, ni mesti stalker ni kan... hahahaa!!!

    ReplyDelete
  23. NP: eh i pun kalau masuk blog u ada gak cenggitu sekali-sekala...nape ek?

    ReplyDelete
  24. LW & NP,
    blogspot ni mmg mengotz sikit..dah login pun suruh select profile lagi..kena login logout 10x br ok

    SM, u mmg pekerja cemerlang sampai cuti pun boleh lupa..hahaha

    ReplyDelete
  25. Salam.
    Great blog....penulisan yang santai! Keep it up..

    ReplyDelete
  26. blu: sebenarnya minggu ni dua kali dahi aku terhantuk kat bucu partition, tu yang hilang akal sekajap. nasib baik ingat lagi nama sendiri bila bos panggil.

    ReplyDelete
  27. belogsport ni memang ada problem..bukan sebab pasal setting ke apa ker...

    arrr ada yang nak kena sepak laju2 nih...

    ReplyDelete
  28. NP: bak kata orang german bila marah, goblok!

    ReplyDelete
  29. NP: kan belogsepoti sentiasa buat hal..ni i x habes lagi hangen dengan TM..memang nak kena email CEO terus..

    SM: kau terhantuk kat partition? Hilang ingatan tak? ke apa ni SM ke bukan?mwahahah..

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. LW: pulis selepas hantukan kali ketiga.
    NP: sometimes blogger.com is a big goblok. ada sekali tu sorang buddy aku langsung tak boleh nak log in gmail atau blogger.com, nasib baik la dia banyak bersabar...

    ReplyDelete