Saturday, 10 September 2011

Entry tertangguh..

1) Uncle Drac

Kring! kring!
V: Hello..
Ucl Drac: Hello V..hei apa khabar?
V: Uncle..apa mimpi telefon senja2 ni..
Uncle Drac: Aihh x boleh ke? Senja la waktu paling best bercakap..
V: Eh boleh..boleh sangat..Auntie Polt apa khabar?
Unc Drac: Dia baik..eh Isnin ni ada seminar darah segar semalaya Uncle turun KL..
V: Waa baguslah..
Unc Drac: Tak mau follow?
V: Nak tapi x boleh..ada discussion pasal how to choose fresh blood and how to avoid contaminated blood..sekarang kan mat dan minah rempit ramai yg isap dadah..
Unc Drac: Owh ya..x de jumpa brader Van H?
V: Aahh jumpa dia buat apa...buang masa jer..
UNc Drac: Laa kan ke dia suka V..
V: Suka apanya...dia kan Van Helsing..ishh bahaya join org macam dia..
Unc Drac: Ya lahhh...okeh jaga diri...jangan tersalah minum..make sure pilih yg A grade ya...
V: Mwahahaha...oitt! Baiklahhh....

**********************************************************************************
2) Diba...

BB Diba: ..ibu, orang minta maaf sebab nangis semalam...
Catatan kepada Diba: Diba, menangislah kalau itu boleh melegakan engkau..jangan sembunyikan tangisan kerana ia akan menekan dan melukakan diri..anggap saja ibu Diba kembali kepadaNya kerana DIA lebih sayang akan ibu berbanding kita yang juga tidak berkurang sayangnya..namun Diba kena ingat DIA lebih berhak ke atas ibu...yang kembali ke rahmatullah pada Syawal ke 3.

**********************************************************************************

3) Mak...kita rindu mak...

Angin kepatahan sayap
bayu merajuk pilu
malam tidak mahu beralah
siang memilih mengalah
jarum jam berhenti
nafas mogok berfungi
sekeping gambar lama
seberkas kenangan
segeluk ingatan
emak, kakak dan adik..
(kalau mak masih ada..tentu esok kita boleh makan nasi goreng kampung sama keropok lekor dan air kelapa muda Tanjung Lumpur atau Taman Gelora...dan kita boleh pergi main pasir di Pantai Batu Hitam berdekatan tanah perkuburan depan rumah Mokcik..dan kita boleh memancing anak gelama..siapa x dapat ikan dia kena belanja makan...)
***************************************
4) ...unconciousness..

...diam-diam
rindu pun menusuk
ke jantung hati
menggigit perdu ingatan
lalu
diam-diam
kubuka album kenangan
melihat ke dalam diri
perlahan-lahan
rindu pun menjauh
sepi pun terisi...
(Antara malam dan siang, hanya dipisahkan sekeping pagar besi bernama tingkap..tingkap yang menjadi catatan bisu satu kehidupan bernama manusia...dalam dunia kecil)

19 comments:

  1. 3) gambar aku yang macam tu semua dah hilang. mujur kami ada ambik potret famili raya hari tu.

    ReplyDelete
  2. aku ada banyak dalam simpanan..mujur sebab gambar2 tu sajalah kenangan aku dengan mak...sejak mak aku sakit hari tu, dua tahun terakhir, dia x berapa gemar bergambar...

    ReplyDelete
  3. yang kiri sekali tu kau ke? hahahahahaaaa....!

    ReplyDelete
  4. Yelah...kalau bukan aku siapa lagi...itu wajah rebel...selalu gaduh dengan kakak...maklumlah aku kan pendengkis..selalu nak lebih, nak yang terbaik, nak jadi baik...hahaha!

    ReplyDelete
  5. hahaaa... muka cute, hati legend la tu!

    ReplyDelete
  6. Muka cute hati legend! Macam pernah kudengar ini statement..hahah...muka rebel hati basah!

    ReplyDelete
  7. 4) apa motif kau ambik gambar lampu?

    ReplyDelete
  8. Sebagai ganti sebutir bulan...bulan penuh lagi 5 hari...15 syawal...bulan penuh!

    ReplyDelete
  9. untung, tiap2 malam awal dan pertengahan bulan! langit sebelah sini, mujur je sebab nampak bulan.

    ReplyDelete
  10. Aku kalau nak lihat lampu zaman itu dalam pancaran penuh, kena keluar rumah sebab ia membelakangi posisi rumah, leceh tak boleh berangan...

    ReplyDelete
  11. hahaa... kau hinggap di istana yang salah!

    ReplyDelete
  12. Istana dah betul, dia yg malu nak tunjuk muka..

    ReplyDelete
  13. kau perlukan star almanac, supaya kau tau waktu dan laluan bulan pada malam2 berikutnya.

    ReplyDelete
  14. X payah star almanac, aku bleh kira bila dia nak muncul...

    ReplyDelete
  15. mungkin kau juga seperti superman yang satu masa dulu berasal dari serpihan asteroid yang pernah menghentam bulan.

    ReplyDelete
  16. Nope...aku berasal Dari kejadian mutasi dua jenis darah..menjadikan aku pemiliki darah A+...

    ReplyDelete
  17. oh, patut la kau masih gagal mengenalpasti laluan bulan. (gurau jugak)

    ReplyDelete
  18. hmm...kan...apa kepandaian aku sebenarnya ya...menjadi V kala bulan senyum di ufuk..adakah?

    ReplyDelete
  19. atau mengunyah pretzel sambil menopang siku di birai tingkap...

    ReplyDelete