Wednesday, 14 September 2011

cerita bulan...

Bulan penuh pada 15 syawal, jam 6.35 am di Sg Long...langit masih biru dinihari manakala lampu yang sebutir itu tergantung di siling besar...
Semalam dan malam ini adalah bulan penuh. Arwah abah suka sebut bulan penuh. Kalau time bulan penuh, dia akan lepak di rumah, tak akan keluar memukat ketam di pantai kerana katanya waktu ini ketam x ada isi, tapi kalau bulan gelap, ketam isi penuh. Aku yg dengar selalu tanya, kenapa bulan gelap baru isi penuh? Arwah senyum dan x ada jawapan...pun sampai kini. Tapi kawan aku yg notty kata, bulan gelap, ketam buat projek, itu yg isi padat. Gila la weeiii ketam pun tahu buat projek. Whateva, dulu-dulu masa arwah ada, aku cuma makan ketam yang ditangkap arwah saja, sebab dia akan kopek kulit dan bagi isi, aku makan free jer tanpa susah payah..walaupun dah tua bangka tapi since dia dah x de, aku makan ketam soft shell je, x payah susah kopak kulit, ngap saja eh..

Cuba teka yang mana satu bulan dan yang mana satu lampu jalan...?
Masih cerita bulan, bila bulan penuh, Rahimi suka buat perangai melolong sambil berak dalam tandas besar rumah mama dia di Kubang Kerian:
Rahimi: Kak Chik, Mi nak berak..
Kak Chik @ aku: Mi cepat pi masuk bilik air. Bukak seluar tau..
Dan si cenonet Rahimi tanpa segan silu melondehkan seluarnya sekali gus membogelkan bebirdnya seraya berlari ke bilik air besar Kuarters KADA itu dan sambil melepas, dia akan buat aksi melolong seperti werewolf in London..sambil pancut air ke dinding dan main segala bagai lagi...cehh budak notty...ini adalah senario ketika dia berusia tujuh tahun dan kini dia sudah lebih tinggi dari aku serta umurnya 27 tahun kini...Mi tingginya, Kak Chik macam ni juga...sekarang dia adalah Dr Mohd Rahimi...
Red bean and chendol jelly mooncake...
egg jelly mooncake
peanut butter jelly mooncake..this is the  most yummylicious..and all is halal!
Ahhhaa masuk cerita bulan yang sebenarnya...perayaan kuih bulan diraikan pada setiap tanggal 15, bulan lapan mengikut kalendar masyarakat Cina. Kononnya, pada hari itulah bulan paling bulat dan paling terang sepanjang tahun berdasarkan jarak dekat bulan dengan bumi. Justeru, bentuk kuih yang bulat melambangkan terangnya bulan menyinari bumi. Ia juga disambut pada 1 hingga 14 September setiap tahun. Secara tradisi ia dimakan pada perayaan pertengahan musim luruh bagi meraikan simbolik kisah Dewi Bulan. Kuih bulan dianggap sebagai makanan istimewa dan penting pada peristiwa ini.

yam jelly mooncake
Masih pasal bulan. Memang happening habes kalau bulan penuh. Kalau kat kampung dulu, bulan mengambang, orang takut nak kuar rumah sebab banyak hal mistik akan berlaku seperti pontianak merayau. Tapi beberapa menjak ini, bila full moon, ada vampire makan pretzel sambil hirup teh hijau tepi tingkap berjeriji sambil jamu telinga bersubang intan sambil dengar suara awek comel nyanyi lagu lastik api dalam hujan ke apa ntah sambil penyanyi lain seperti beatles, james ingram, kenny rogers, roberta flacks akan buat perfoming juga tu..bluekkk!

Lagi catatan dari arwah yang tidak bercakap dan lebih banyak mendengar, kalau nak buat sesuatu pekerjaan, baik dimulakan ketika bulan naik iaitu 1 - 15 kerana ia dikira lebih afdal berbanding bulan jatuh. Bila aku tanya, pun seperti biasa dia akan senyum. Malah segala pekerjaan dilakukannya adalah berdasarkan tarikh bulan naik, kalau nak masuk rumah lagilah kena pilih bulan naik..katanya rumah akan makmur. Ya kot, aku masuk rumah awal bulan....alhamdulillah!

Dan bulan tertusuk Ilalang, sebuah kisah pertembungan budaya jawa dan barat yang cukup menjentik naluri. Garapan Garin Nugroho ini memang famous dan banyak diperkatakan. Aku suka judulnya, Bulan Tertusuk Ilalang..

38 comments:

  1. SATU: cuba teka yang mana satu bulan? aku tau, aku dah tunjuk kat skrin monitor.

    DUA: eh, ada berapa banyak jeli sebenarnya dalam dunia ni (dunia manusia, bukan dunia vamp)?

    TIGA: pasal bulan. kalendar hijrah adalah berdasarkan peredaran bulan yang mengorbit bumi sama seperti kalendar chinese lunar. tapi kalendar masehi berdasarkan peredaran bumi yang mengorbit matahari. kau rasa mana satu yang lebih mempengaruhi kehidupan manusia?

    ReplyDelete
  2. SATU: ala x aci..musti ko silap tunjuk tu...silap kan?

    DUA: ada banyak sangat jeli ngko...jeli yg boleh dimakan dan yg x boleh dimakan...mwahahaha beb. sorry kidding..

    TIGA: Aku rasa kedua-duanya mempunyai persamaan. Yang aku pasti setiap peredaran mempengaruhi manusia..pengaruh daripada aspek yang mungkin kita tidak terfikir seperti emosi dan ritual. Kalau kau notice, peredaran bulan mempengaruhi pasang surut air laut..besar maknanya kepada nelayan tu,..

    ReplyDelete
  3. SATU: aku tunjuk semua la senang!

    DUA: betul, ada dua jenis je. yang halal dengan yang haram. yang elok dengan yang expired. yang sedap dengan tak sedap... (kidding jugak!)

    TIGA: masa aku belajar hidrografi dan field asronomy dulu, lecturer aku `bitau' yang dia pernah fight dalam forum masa dia study , yang kalendar hijrah lebih praktikal digunapakai, antara sebab utama dia adalah pasang surut air yang lebih mudah ditentukan berdasarkan perkiraan haribulan, yang mana akan beri banyak kesan pada banyak bidang (salah satunya bidang perikanan) selain cuaca yang lebih mudah diramal. itu kata dia la. aku setuju jugak sebab kalau aku nak pergi mancing, aku akan tengok kalendar hijrah dulu. (aku punya komen banyak guna perkataan `yang', teruk betul perbendaharaan kata aku!))

    ReplyDelete
  4. kawan i kata pulak kalau nak beli ketam, beli time bulan penuh, ada telur...

    aah mak konfius sudah....

    moon cake i suka makan yang tak ada telur, yang isinnya red bean..sedapppp

    jangan makan byk sangat soft shell crab sebab ada byk chemical..tu orang kata tapi kalau letak sepinggan kat depan i, i akan ngap jugak... mmm kat sushi king ada promosi soft shell crab

    dr. rahimi dah kahwin eh? hikssssss

    ReplyDelete
  5. NP: ohye, aku pernah makan baby crab kat sandakan. memang terbaik!

    ReplyDelete
  6. Malam bulan dipagar bintang...

    Sy suka apa saja yg berkaitan bulan sbb bagi saya bulan itu keindahan. Kuih bulan juga sedap walaupun belum pnh rs versi jelly. Mcm yummeh!

    SM: Baby crab? Baby lagi ke ape tu? Atau jenis mini? Klu baby lagi mcm ade org mkn anak jenahak, anak ikan merah dan anak-anak ikan sekalian....kasihan jugak sbb tak smpt membesar g dah kene ngap!

    Huhuhuhuhu!

    ReplyDelete
  7. @SM
    baby crab??? anak ketam? halus benor...

    ReplyDelete
  8. MF: aku rasa spesis ketam berkulit lembut, tapi dipanggil baby crab sebab saiz yang macam baby. kalau anak ketam, memang crap la kan...

    ReplyDelete
  9. SM: aku tak belajar ilmu falaq, so fail sket la bab putaran bulan dan bintang tu.

    NP: my late abah kata bulan gelap ketam gemuk..ntah apa kaitan, i tak tau.

    MF:baby ketam tu sedap tau..biasanya yang size anak-anak ni sedap...ikan pari kan..kalau baby punya sedap sangat isi.

    ReplyDelete
  10. lw free tak jumaat ni? kalau free nak jemput datang makan2 kat umah. kalau nak datang email farah ok. maghfarah@gmail.com

    ReplyDelete
  11. NP: Dr Rahimi belum kahwin...thee hee hee...!

    Mrs Spicy: nanti kita roger awak eh..

    ReplyDelete
  12. LW: alamak, kau sekali lagi mengingatkan aku dengan mak aku la...

    ReplyDelete
  13. SM: nape? part mana tu aku remind abt mak kau?

    ReplyDelete
  14. ikan pari... kalau masak asam pedas.

    ReplyDelete
  15. owhh sorry..tu tandanya kau kena balik JB lagi...jangan lupa tapau untuk aku dan NP ya...

    ReplyDelete
  16. maaf, tapau tidak dibenarkan. kena datang sendiri merasai ketika kuah masih panas. tak sedap mana, tapi ada kenikmatan tersendiri.

    ReplyDelete
  17. habes tu..jangan buat tatau pulak..teket ketapi untuk aku dan NP pergi JB mana?

    ReplyDelete
  18. bisa diatur, tapi semua economy class, termasuk accommodation. hotel cap ayam.

    ReplyDelete
  19. no prob..janji ada! update tarikh sama...

    ReplyDelete
  20. haha, aku masih dalam angan2 lagi.

    ReplyDelete
  21. apa-apa je lah...aku spesies praktikal, bukan teori..tak pun haku beli teket sendiri, sendiri naik, sendiri sewa hotel cap hayam.

    ReplyDelete
  22. i tak makan ikan pari
    i makan ikan merah dan jenahak jer...


    @LW
    i bet SM tak akan berani keluar dng kita....

    ReplyDelete
  23. NP: i makan tapi yang kecik-kecik jer..apa tu namanya, tuka?

    NP lagi: tau dah..i saja tanya teket...biarlah...dia pun saja layan kita sini..kita pergi sendiri...tak payah harapkan orang...kita kan power rangers..eh bukan power puff..hik!

    ReplyDelete
  24. nak pancing mintak aku belanja la tu... aku takde hal, janji jangan macam-macam atas train kang.

    ReplyDelete
  25. @LW
    ikan tuka cecah air asam...bestttt


    @SM
    pancing kau? kau makan umpan apa?? cengkerik?

    ada problem la kat blog LW ni, so terpaksa jadi anon


    nenet

    ReplyDelete
  26. eleh, kau tu kot yang ada problem. aku ok je beb. ni ha, siap posing depan pc lg...

    ReplyDelete
  27. NP: SM ada ilmu pancing kot tu dia boleh selamba posing depan PC...that day i dah check setting..ok jer..

    SM:umpan umpun2 boleh?

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. alah sikit2 kata aku ada problem...mencik laa kau ni SM

    belogsepok ni yang problem which make me want to sepak jer laju2....

    ReplyDelete
  30. @SM
    kalau aku mengarut tak payah lah pi blog aku....

    ReplyDelete
  31. NP: aku suka pergi blog kau sebab kau suka mengarut dan kadang2 mencarut. hahahaa lagi sekali!!!

    ReplyDelete
  32. errr SM kau datang blog aku ni sebab apa eh?

    ReplyDelete
  33. @SM
    mengarut lagi baik dari memberi komen yang sinikal

    ReplyDelete