Posts

Showing posts from September, 2011

First Blogger Master Chef...

Image
OK...ini adalah bahan-bahan untuk menyediakan pai sayuran dan cendawan.. 1 biji kapsikum kuning 2 batang daun sup 1 paket cendawan hitam 10 ketul chickenball 1 labu bawang besar 2 biji tomato 2 biji telur 3 sudu minyak zaitun untuk menumis 10 keping keju cheesedale 1 paket roti bijirin (semua bahan kecuali telur dan keju diketepikan)
Ok, kalau mak aku ada dia mesti suka sebab aku akan masak dan bawa menu yang dah siap masak untuk dia. Kalau ada pertandingan masak, aku mesti masuk walaupun aku tahu aku x akan menang. Tak kisahlah, pertandingan masak ni tak menang pun hadiah penyertaan dah selonggok...sampai tak habis makan. Hmmm ni nak masuk pertandingan Blogger Master Chef. Nak masuk yg real maybe aku tak layak, so masuk untuk blogger  punya kategori je la...tapi aku yakin...yess yakin! Mesti boleh masak punya untuk Master Blogger Chef yang Pertama ini.. Aku pernah makan satu pie yg sangat sedap...long time ago. Macam biasa, nak tanya resipi tak tau nak rujuk pada siapa, so aku operate apa bahan …

swimming...

Image
swimming suit dah ada
goggle dah ada
cap dah ada
gear semua dah cukup
tapi mental belum sedia
masa sentiasa jadi alasan
macam mana nak buat
supaya kehendak itu ada...

kedai makan tip top

Image
Ada pakcik romainor
ada abang misai
ada auntie buah
ada abang rojak buah
ada makcik rambut
ada uncle tosei
ada yoges air sedap
ada uncle rojak
ada abang hensom nasi beringin
ada pak mat kering (dah arwah)

pakcik romainor tu,
dulu lauk pauk kampungnya
sedap sangat  dan murah
tapi la ni dah mahal,
so aku kurengg sket nak makan kedai dia
maklumlah, dia pakcik artis
pakcik romainor kauu...haha

abang misai tu pulak,
dia offer mihun, mi, kuetiaw..
sejak 15 tahu lalu,
rasa masakan abang misai x pernah berubah
aku antara pelanggan tetap dia
tapi aku pernah banned mihun dia selama 2 tahun
masa dia niaga tepi longkang air pekat hitam
bukan sebab air longkang pekat hitam tu
aku banned sebab
masa tengah sedap makan mihun dia
aku nampak anak siput babi
merayap tepi pinggan mihun aku
cisss...terus aku x makan mihun selama 2 tahun
tapi la ni dah makan balik,
sebab dia dah pindah
ke premis yang bersih dan nyaman
o ya..air longkang hitam pekat tu x de bau tau
sebab ia bukan kumbahan, tapi sisa…

Being alone...

being alone
is not a curse...
its a gift!


being alone now..
is not a pathetic..
but its opstimistic!


being alone again
is not a sin
but its a reward
to look our path
for a better future!


being alone sometimes
is not a boredom
but its a stardom
to spark a strenght
of life!

Nota: Hasbiyallah hu lai’la hailla hu,
‘alaihi tawakkaltu
wahuwa rabbul ‘arsyil adzim..

reading for today

26 sept 2011:
BP: 140/90
SL: 10.3

Dangerous!!!!

siri seram: sydney part 2

Selepas sibuk bersembang pasal siri seram dengan wee chee.
kita orang ketagih bercerita hantu.
elaine sudah pesan, u olls jangan suka sangat
sebab kita akan berpindah2 hotel
so faham2 sajalah katanya
aku pandang yin fong
yin fong pandang aku balik
kami senyum
malamya, kami makan di temple restaurant
gaya hiasannya memang sebiji macam temple
cuma ia adalah restoran sebenarnya
aku makan pasembor dan pecal
(haha..jangan ingat visit sydney x boleh makan pecal..ada tau!)
yin fong makan mi
masing2 ada yang makan ayam, daging etc
aku sah2 makan vege...kenyang!
pun begitu, aku guna chopstick pakai buang
lepas makan aku tongkat saja chopstick dalam mangkuk
yin fong cepat2 jatuhkan chopstick
aku tanya kenapa
yin fong kata tak elok macam tu
macam panggil roh
sebab kedudukan chopstick tu macam bakar colok
ok aku faham
wee chee senyum saja
mukanya yang jambu semakin berwarna merah jambu
sebab dia makan pedas
dan aku tahu sebab ada banyak lagi cerita seram dalam kepala otak dia..
balik ke bilik..
a…

baja kompos untuk MF

Image
MommyFara, as i promise, ini contoh baja kompos yang kita buat last 2 weeks...sepatutnya diselang seli dengan tanah, tapi sebab rumah kita tak ada tanah, so kita lapis2 kan sisa makanan saja. kalau ada tanah, lagi cepat hancur dan berkesan..yang paling bawah adalah lapisan nasi, yg berminyak tu adalah kuah kari, yang hijau adalah kuih ketayap dan yg merah adalah cebisan red velvet. Semua ini adalah sisa makanan yang dihimpun, kita campur dengan tulang ayam , kulit buah-buahan dan serdak biskut raya..hihi...dinasihatkan kalau nak jadikan baja kelak, kena bancuh dengan tanah dulu...selamat mencuba ya...
Kesemua bahan campuran belum hancur sepenuhnya...dah ada naik fungus sikit2...kalau campur tanah, fungus x akan ada...

siri seram: sydney

sambil tunggu bas datang, aku, wee chee dan yin fong sembang bagai nak rak..
geraldine, jean and etc masing2 buat hal sendiri..
pelabuhan sydney seperti malam sebelumnya...sejuk, kabus dan berasap...
sambil tengok kabus, sambil dengar cerita wee chee..aku terbayang jack the ripper..
sambil kopak kulit kacang, wee chee buka cerita..

u all punya bilik ok?
ok..ok..y? aku tanya
sure ok? katanya sambil buat muka sengeh
yerp...balas yin fong
ok la..
u tau tak...(katanya dengan muka selamba..matanya makin sepet,
sengaja nak menakutkan kami)
yes..whats up? yin fong tanya
kalau kita masuk room atau house tempat orang..
nape..? aku tanya
make sure kasut jangan letak sepasang sama sama tau
i see..any superstitious?
ya lor..just do it ok..
u did? aku tanya lagi
yes, i did...kata wee chee
aku pandang muka yin fong
yin fong pandang muka aku..

balik ke bilik..aku just bukak dan campak kasut
memang aku pasti sebelah ke hujung lemari
dan sebelah lagi ke bucu katil
zzz....

pagi2 esok aku dah siap kema…

siri seram...windsor SL 13

Manusia penakut adalah manusia yang berani sebenarnya..
ntah ya ntah tidak..tapi apa-apa pun.
aku memang notis..
beberapa perkara..
1. bunyi di sebalik plug masih ada
2. di dalam bilik air ada seekor cicak besar
walaupun sebelum ini, tidak pernah muncul
3. bunyi air dari akuarium masih dalam nada yg sama
lenlain...tiada..
kalau arwah abah ada
dia mesti kata pada aku
apa nak takut, Allah ada..
ok..padan lampu...hayati kegelapan
akan berasa seperti cerah..
dan gelap yg tidak bertepi itu
membekalkan nyaman yang selesa
sambil aku membilang bintang
yang hanya sebutir..
dan bulan sudah pun gelap..
juga awan semakin kelabu
cuma aku tidak mendengar
libasan sayap kelawar saja..

Nota: Ketakutan itu sekali sekala menerjah ruang sunyi dan aku harus membuat nota kepada diri sendiri supaya melawan ketakutan itu..

He is an..

Setiap hari dia akan text aku..
ucap good morning..
setiap hari juga..dia akan text aku dgn ayat:
"...hw r u..?"
dan aku sengeh sebab tahu sudah dia akan text begitu
bila tengah hari, lunch time, dia akan text juga:
"...had ur lunch?'
aku lazimya akan reply:
"..not yet...im not hungry..later.."
dan dia akan reply lagi:
"...always...sentiasa ada alasan..."
"..im not hungry.."
"..grab some food Vee..or else ull be sick!"
Bila aku balik kerja selepas jam 9
"..hey where r u?"
"..bck. @home..and u?"
"..same here..ready to sleep..."
"..had ur dinner?"
"..done!"
"..great.."
dan segala bagai sms lagi akan muncul
kini dia sedang sibuk push aku supaya buat appt dgn doc pasal CTS
kadang2 jam 3 am sms ingatkan aku supaya kunci pintu dgn betul
dan kalau pagi di bulan puasa, sms lagi, ingatkan aku mengenai sahur..
cakaplah apa saja, dia sentiasa ada solution
solution yang menyenang…

feeling2 italy

Image
Mesti pernah dengar kan orang2 kaya buat statement pagi makan nasi lemak kat Tiffany London, tengahari makan nasi lauk kari kat Taj Mahal dan petang minum teh earl grey dengan coklat cair dalam mulut di Paris..sungguh seronok mendengar kenyataan mahal itu..aku pun feeling2 juga...feeling Italy, makan ciabatta atau foccacia di tepi jalan besar di bawah payung, atau croissant berinti tuna, dengan seseorang yang kononnnya dark, tall and handsome, sambil hirup secawan kapucino lemak2 pahit..di sebuah cafe di Italy..cheewahhh! Oh ya...cecah dengan kerutup daging...harus lebih sedap...
Lebih mengujakan, kalau makan roti ini, roti berjenama Massimo, yang dilapis dengan parmesan cheese dan bacon, sambil ada orang tolong buat kopi cap kereta dari bagan serai. sungguh seronok berangan-angan sedemikian...aku tak boleh nak bayang macam mana Italian buat roti dengan penuh passion, meyebabkan roti jadi sedap..agak inilah yang dikatakan menguli roti dengan penuh khusyuk dan fokus..oklah nak feeling2 …

feeling2 chef..cooking magic!

Image
Seronok kan jadi artis, boleh jadi apa saja dalam celakarama,
sikit2 mesti pegang watak tan sri, datuk datin, pn sri
walhalnya...berlakon je la eh..
okeh.. aku nak feeling jadi chef..
chef from Belgium..
chef ni masak sempoi gila
moderate food.
aku tengok dia campak2 jer..
masuk microwave dua minit
dah jadi pun..
haii laa..kena beli ka pulak microwave magic tu
habis tu nanti dapur aku jadi tempat longgok microwave
owhh tak boleh jadi..
setakat feeling2 je lah guna microwave itu
microwave new inverter by Panasonic


Seingat aku, lahir2 saja, arwah mak aku dah sebut kenwood...kenwood cake mixer, blender kenwood...since arwah bapak aku jadi buruh di kota singa, jadi semua perkakas elektrik masa aku kecik adalah dari negara republik yg sekangkang kera itu saja..dan brandnya musti kenwood, sebab arwah bapak aku kata kenwood kukuh..aku rasa betul la kukuh, sebab sampai kini, usia adik aku nak masuk 4 dekad, barang tu masih baik, cuma lusuh jer sebab calar, yang mana calar itu jugalah menging…

...x dak title..

Image
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang,
mungkin aku jadi tukang masak
walaupun aku tak pandai masak
selalu kalau masak, KA dulu pernah
kata masakan aku macam p*&^%$#mak!
tak pe lah, bukan salah dia pun
memang aku termasak ayam yang dah lemau
so hasilnya memang lahanatlah kan..
itu dulu..sekarang aku rasa aku dah boleh masak
walaupun x sedap
kalau setakat 20 orang makan
aku boleh sediakan
main dish and dessert.
apa lagi...
arwak mak aku selalu pesan
memasak dengan naluri
memasak dengan kasih sayang
tak kira siapa yang nak makan
adik aku pun pernah kata
awak kalau mood hangen ribut jangan masak
nanti menu jadi choyyyy!
chef wan pun pernah kata
cik bedah, basuh pinggan i elok-elok, jangan kasi pecah..
(pinggan dia lagi bernilai dari tangan aku yang menggigil pegang mangkuk berat dia)
chef mail pun ada kata
u kalau terap biskut biar sama besar, sama cantik
(cehh dia tekankan perkataan besar..)
dahh lahhh...
esok aku nak pegi belajar masak
dengan chef in black (AFC)
chef emanuel str…

Mari Berpantun...

Setiap pagi, sambil memandu,
aku dengar gelagat poyo KE, Sy dan Krill di Sinar FM.
Pantun mereka memang poyo habiss.
Lawak yang semuanya berbau dewasa.
Dan pendengar yang menelefon konti Sinar juga
sporting kerana gemar mengajukan pantun
mengenai nikah kahwin kepada KE dan SY.
Tak pun pantun mengenakan kedua-dua DJ berkenaan..
Pagi tadi ada satu pendengar menelefon dan menjual pantun begini..
..................................
.................................
KE tu tak de kerja lain ke
pagi-pagi asyik kena hangen saja.

dan jawapan oleh KE adalah:
.......................................
......................................
itu hangen termasuk dalam skrip
kalau tidak makan gaji buta lah...

Jawapan yang spontan tapi kena dengan pertanyaan.
Ketika di tingkatan 6, cikgu BM mengada-ngada calonkan
nama aku untuk mewakili sekolah dalam Pesta Pantun
Antara Sekolah seluruh negara.
Sekolah aku setakat menang peringkat daerah saja.
Antara gandingan aku ketika itu adalah Che Kem,
pe…

istirehat yg panjang..

Someone told me:
...istirehat yang pendek...tidur
...istirehat yang panjang...mati
yang mana, tidur adalah mati kecil...mati bersifat kesementaraan..
manakala mati yang hakiki..adalah kekal di alam baqa, meninggalkan yang fana..

**************************

Aku dengar Sinar FM kalau drive dari rumah ke office, begitu juga time balik
tapi aku lebih suka dengar waktu pagi
kerana ada tazkirah pagi oleh Dt Dr Fadzillah Kamsah:

"Ya Allah Ya Tuhanku, antara istidraj dan diredhai, aku pilih diredhai..." katanya.
Istidraj - satu keadaan di mana Tuhan memberi kita kebaikan tapi dalam keadaan yg tidak ikhlas kerana kita melakukan kejahatan dan dosa...ok yg ini aku tak pasti sebab sibuk nak tengok kereta sebelah yg nak overtake aku..(pagi semalam)

"Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ya Allah kalau mahu diambil nyawaku, ambillah ketika aku dalam keadaan terpelihara...". (pagi ini)

*************************

Kedua-duanya bergentayangan  di dalam kepala otak aku, termasuk yang …

Istirehat...

Image





Arwah mak aku sentiasa pesan, jangan siksa badan..kalau bekerja sekalipun, sayang badan..kerana badan bukan besi, badan bukan kayu..badan adalah gabungan urat, daging, darah, kulit dan paling utama, ada nyawa di antaranya...justeru, hargailah nikmat Tuhan yang satu ini...apabila badan letih, bererti badan tidak dihargai, bererti badan dianiaya...

Dan mak aku dulu pantang basuh kain waktu malam..sebab katanya badan tersiksa dan merana kalau basuh kain di malam hari..aku tak pasti apa relevannya jangan basuh kain waktu malam sebab zaman sekarang, memang orang basuh kain waktu malam pun kerana kita hanya perlu tekan punat saja..bahkan lebih advance, tak payah sidai..sumbat saja dalam mesin pengering..

Mak aku berpesan lagi, jaga minda..supaya tiada yang sentap akibat beban kerja..meskipun mak hanyalah ratu dapur sepanjang hayat, ilham mak sentiasa boleh dipakai guna..kalau penat melayan kami dan rutin harian, mak akan buat bunga rampai dan letak di atas almari di ruang tamu. Kata mak, …

moluska gastropod

Selepas dua hari kumpul sampah organic, semalam adalah hari wajib aku buang sampah dalam peti besi di bahagian kanan pouch depan rumah...jam 11.30 malam..aku sengaja tak buka lampu sebab keadaan gelap, bagi aku lebih mesra alam dalam usaha menyelamatkan bumi..
Jadi dengan selambanya aku keluar membimbit dua plastik sampah dan menggagau selak tong besi depan rumah..tiba-tiba terpegang benda sejuk dan melekit..cisss....plastik apa pula ni melekat jer..aku abaikan dan cuba membuka selak besi yang agak kiat...
tiba-tiba...tiba-tiba aku teringat sesuatu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.apakah itu..
ya...seekor lintah bulan sedang melekat erat dan akrab dikunci selak tong besi..
tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!!

meraikan dan diraikan...

Image
 Semua style belang-belang..garis itu lebih menarik perhatian kiranya berbanding bulat...sorry kek ini adalah kek buatan dari dapur penaja, bukan dapur V..V tutup kedai!  SHAWAL yang diraikan..ramai orang kata, sebulan puasa, sebulan raya...mengarut! Pada aku, setiap hari dalam kehidupan mesti diraikan. Walau sedih, walau gembira, hidup kita singkat..tak elok membazir. Jadi oleh sebab syawal ini terlebih meriah, aku nak meraikan mereka yang wajar diraikan..

Keluarga adalah nyawa
sahabat adalah harta
mereka yang diraikan ibarat rezeki yang meluncur masuk ke dalam rumah
sedikit kita memberi...Tuhan akan beri lebih banyak..(mudah-mudahan)
namun ada juga yang ingin diraikan tidak dapat hadir kerana beberapa urusan lain yang perlu didahulukan
tidak mengapa..pintu rumah sentiasa terbuka untuk meraikan anda
kepada sahabat. kalau panjang umur...kita akan berada lagi dalam suasana ini...


 



Akan ada beberapa lagi sesi merai dan diraikan..aku tak percaya istilah open house..k…

hidup jangan sampai hilang rentak...

Pagi-pagi limun, aku sudah dengar rentak derap tapak kasut berladam besi itu, kaki yang pendek sebelah, jalannya terpaksa bertinjit kerana musibah ketika bertempur. Memang lucu kalau tengok dia berjalan, senget dan miring semacam saja tapi cakapnya tegas dan mengaum. Aku admire betul cara dia conduct kami.

"Kamu semua ni, tak boleh dibiarkan leka. Apa susah, aku dah kata, jangan sampai hilang rentak dalam hidup..sama la juga dengan kawad ni kadet!
"Jennnn.....(ada 150 suara menyebut perkataan sarjan dan 300 biji bola mata tertumpu kepada PWII Encil Illias, misanya yang buat aku tak tahan..muka selamba, kasut hitam berkilat dan x pernah ada kedut pada uniformnya...)
"Heyy aku belum habis cakap kamu dah sahut jen, nampak sangat membabi buta nak beli hati aku.."
"Jennnn..." lagi sekali ada suara mengaum.
Tiba-tiba..kami semua masih mengelamun dengan syarahan perdana pagi buta Encik Illias di atas bukit Damansara...ada jeritan lain pulak menjunam ke telinga..

cerita bulan...

Image
Semalam dan malam ini adalah bulan penuh. Arwah abah suka sebut bulan penuh. Kalau time bulan penuh, dia akan lepak di rumah, tak akan keluar memukat ketam di pantai kerana katanya waktu ini ketam x ada isi, tapi kalau bulan gelap, ketam isi penuh. Aku yg dengar selalu tanya, kenapa bulan gelap baru isi penuh? Arwah senyum dan x ada jawapan...pun sampai kini. Tapi kawan aku yg notty kata, bulan gelap, ketam buat projek, itu yg isi padat. Gila la weeiii ketam pun tahu buat projek. Whateva, dulu-dulu masa arwah ada, aku cuma makan ketam yang ditangkap arwah saja, sebab dia akan kopek kulit dan bagi isi, aku makan free jer tanpa susah payah..walaupun dah tua bangka tapi since dia dah x de, aku makan ketam soft shell je, x payah susah kopak kulit, ngap saja eh..

Masih cerita bulan, bila bulan penuh, Rahimi suka buat perangai melolong sambil berak dalam tandas besar rumah mama dia di Kubang Kerian: Rahimi: Kak Chik, Mi nak berak..
Kak Chik @ aku: Mi cepat pi masuk bilik air. Bukak seluar …

uncle ronald...

Image
Bila sakit sikit..even sakit kena cucuk jarum peniti semasa menjahit, aku dah bentak2 dalam hati sakitnya. Bila tersepak bucu tangga, kaki sedikit berdenyut aku dah mengeluh2 sakit walhal ada ramai lagi orang lain yg sakit lebih kronik..x pun mengeluh sebaliknya menerima dengan tenang. Maafkan aku Tuhan.

Hari ini, Najat Fuad kata, ada sorang kanak-kanak berkerusi roda yang nak sangat jumpa Ronald McDonalds...dan ibu si kecil tu pun tolaklah wheel chair anaknya naik bukit ke rumah uncle Ronalds di atas bukit belakang HUKM. Rupa-rupanya si Uncle yg handsome iteww buat open house raya untuk kanak-kanak.

Owhh im neither child nor kids tapi diajak juga pergi untuk memaknakan sambutan raya itu..meriah sungguh, uncle ronalds sediakan banyak makanan. Ada berkotak2 chicken nugget and bergelas2 ribena...memang seronok..oh ya si kecil tadi finally dapat juga hadiah belon dari uncle ronald..

Dua tiga tahun lepas, sempat pergi visit wad paediatrik di PPUM denan Dr Rose dan NGO..kesian tengok kidd…

be patience...

Image
HE sends us pain so we can be stronger
HE sends us failure so we can be humble
HE sends us illnesss so we can take care of ourselves
Sometimes, HE takes everything away from us
so we can learn the value of everything HE gave us
HE is almighty great! May ALLAH bless us...

apakah...

Image
esok selasa kan? wordless tuesday la sangat!

Shamsiah vs Rozita

Image
Aku sepatutnya buat entry shamsiah fakeh, tapi oleh sebab taknikal problem..aku terpaksa memagickan artikel itu menjadi rozita che wan. kedua-duanya hidup dalam zaman berbeza tapi kedua-duanya mempunyai perjuangan diri yang menuntut pengorbanan yang bukan alang kepalang.

Rozita cantik jelita, berjuang untuk mengekalkan kecantikannya, populariti dan publisiti yang  bagus-bagus..kesian dia, aku tahu kadang-kadang dia terpaksa menjadi plastik for the sake of peminat. Akan tetapinya Rozita ni memang cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku yang sejenis ni pun tak berkelip tengok kulitnya yg mulus. Kalau KA tengok, sure terbutang mata...

Tapi dalam hati Rozita, siapa tahu..dia menangis ke, dia suka ke..yang aku boleh baca pada wajahnya yang mulus bak telur dikupas itu adalah tidak mudah menjadi ibu tunggal. Semua tindak tanduk jadi perhatian masyarakat.

Rozita rajin amal basuh muka dengan ais sejurus bangun tidur, katanya supaya muka jadi segar. Rozita makan nasi setiap hari dan …

...angin...

(Angin versi 2010)

Boleh...anginlah tempat paling baik
untuk bersembunyi
kerana sentiasa bertiup
dan bergerak
...boleh rasa tapi tak nampak...
...boleh rasa tapi tak boleh pegang...

11.33pm 16 April 2010

(Angin versi 2011)

Aku pun tak kagum dengan angin
tapi aku suka misteri angin
...tak nampak di mata tapi boleh di rasa kehadirannya
walau sejuk, walau panas
...angin tetap bersemilir...

12.54am 12 September 2011

Nota: aku dah pernah menulis pasal angin, pada tarikh 16 April 2010 jam 11.33 malam...dan malam ini...ada sesuatu yang membuatkan aku sekali lagi ingin menulis mengenai angin..anginyang sentiasa aku hargai kehadirannya...

buddy..always?

aplikasi jaring dan laman sesawang memungkinkan segalanya..
yang jauh jadi dekat, yang dekat jadi erat, yang erat tambah melekat
macam-macam natijah berlaku..terjumpa kawan lama, mencari kawan lama, sengaja mencari kawan baru
apa-apa hal..sangat tak terfollow kerana jaringan perhubungan begitu cepat dan laju...

begitupun, kita mesti pandai menyaring mana yg bermanfaat dan mana yg tidak
1st forum yang aku involve adalah am.net..hanya ada beberapa forumer saja..ketika itu, 2004, blog belum famous bahkan rasanya masih belum wujud kot..ntah aku tak ingat..

forum am.net meletop sebab ada moderator entertainment yg guna nick mulut puaka @ mulut poke..memang kata2nya puaka gila..kami semua percaya sebab apa yang diposting adalah advance berbanding akhbar arus perdana atau media elektronik..hari ni mulut puaka bersuara kat forum, esok baru keluar kat TV atau akhbar...mulut puaka kekal misteri hingga kini..tak tahu pun siapa dia..

kalau ada masalah berkaitan undang2, arwah Damit jadi tempat ru…

observe...

Image


Setiap hari, apabila kita melalui rutin yang sama, semuanya akan melekat di dalam minda, mengenai apa yang berlaku, siapa yang ditemui, ketika mana sesuatu itu berlaku dan pendek kata, kita menjadi manusia peka apabila berhadapan dengan 'hidangan' yang sama setiap hari.etul Sama ada hidangan berkenaan menyedapkan atau tidak, kita harus melaluinya. Dua bulan lalu, setiap pagi sekitar jam enam, ada seseorang melakukan senaman taici selama beberapa minit. Tidak tahulah motifnya sama ada memang benar melakukan senaman pagi atau ada sesuatu yang dispynya. Lokasi berkenaan betul-betul berhadapan tingkap berjeriji besi ini. Dia akan melakukan banyak langkah di samping menayangkan skilnya yang kelihatan profesional. Namun mata yang rabun tidak membolehkan wajahnya dilihat dengan jelas. Betul-betul cukup dua bulan, dia ghaib. Diperhatikan, tiada apa-apa yang berlaku..tiada kes pecah rumah, tiada kes harrase dan sebagainya.. kawasan ini dikira selamat buat masa ini.

Dan pemili…