Tuesday, 16 August 2011

pemaafnya kita..

memang terpuji kalau kita ada sikap pemaaf dan memaafkan
yelah, sebab apabila melakukan perkara membabitkan 'maaf''
ia mesti ada kena mengena dengan ego...
apatah lagi..berkata maaf tidak sama kondisinya dengan hati orang yang akan memaafkan
walaupun dimulut kata, saya maafkan, di hati mungkin berlawanan sama sekali
aku tak faham dengan senario sekarang
kerana kita menjadi bangsa yang sangat pemaaf
kerana kita cepat melupakan kekejian orang
walaupun mereka pernah meletakkan maruah kita di bawah tapak kaki..
dua tiga hari lalu
ada paper menyiarkan cerita
kisah nasi lemak 2.0
dan pengarahnya diterima konon ideanya berhasil
walaupun suatu ketika dulu
negara kita gempar
dengan cerita lagu negaraku dibabikan
walaupun kita tahu, maruah kita dibawah tapak kaki pelaku..
ingat2lah..

nenek moyang kaya raya
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang..

Nota: aku masih tidak boleh memaafkan dia walaupun tiada setitik darahpun tumpah disebabkan dia...dan aku juga bukan bangsa pemaaf walaupun memaafkan itu mulia...

Nota: entri ini adalah link daripada kepala otak aku, tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati, cuma terheran dengan bangsa yang sangat mudah melupakan perbuatan keji org kepada kita...

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SATU: di dunia sebelah sini, kemaafan adalah suatu yang sinonim dengan hari raya. hingga sampai ke suatu tahap memaafkan tu sudah menjadi suatu budaya, budaya yang seharusnya dicatatkan dalam kalendar. semua orang berebut-rebut menuturkan kata maaf dan semua orang juga berlumba-lumba memaafkan orang lain. padahal perkataan maaf tu cuma kat mulut je.
    DUA: di dunia sebelah sini sekali lagi, kebanyakan isu-isu yang berkaitan dengan menyentuh sensitiviti kebanyakan kita, selalunya menjadi bahan drama percuma untuk kita membeli tiket harian tiap pagi.
    TIGA: macam biasa dengar rangkap lagu tu... Anak Kecil Main Api?

    ReplyDelete
  3. di dunia sebelah sini juga..memang kita mudah saja mengucapkan maaf, walaupun kita berkurun menyimpan calar oleh pelaku2 yang sentiasa menunggu untuk melukakan, merobek, menjarah jati diri kita..
    ada sejenis kemaafan lagi..si pelaku sudah terang lagi bersuluh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma...akan tetapi dalam sekelip mata dia boleh disanjung dijulang kerana dia memohon maaf secara terbuka (konon) terpampang di dada akhbar maka kita pun maafkan...
    ya..anak kecil main api...

    ReplyDelete
  4. anak kecil main api terbakar ...(alamak lupa lirik..)
    bumi dipijak milik orang
    nenek moyang kaya raya
    tergadai seluruh harta benda

    aku bukan pemaaf walaupun orang kata kemaafan itu adalah dendam yang terindah..

    no no no....

    ReplyDelete
  5. NP: kemaafan yang terindah itu adalah hipokrit semata-mata..me too..im not simply to forgive'em...

    ReplyDelete