Tuesday, 23 August 2011

fragmen A(2)

Dia membalas segera mesej berkenaan.
“Tak pasti, kalau cuaca baik, InsyaAllah saya turun ke sana. Ingat nak ambil pakej daytrip. Kebetulan, rakan saya, Ikhsan ada beritahu dia nak ke Paris dan Geneva. Uncle ada di rumah?”

Seminit, dua minit, tiada balasan seterusnya. Seharian dia menunggu dan keesokannya selepas bangun tidur di pagi yang sejuk, dia dapati ada mesej dari pakciknya di kotak simpanan telefon kesayangannya itu, walaupun klasik tetapi berfungsi dengan baik.

 “…so are you in Paris now? Bienvenue mademoiselle! Jangan lupa ambil gambar tengah main snow kat Eiffel and publish kat blogjournal, uncle nak baca online ok. And always hati-hati kat Paris, banyak proffesional picpockets and con-artistes (penipu). Enjoy your trip and have a nice day.
“Saya tak jadi ke Paris. Heavy snow. Was advised not to proceed!”
“Aiseh rugi tu..its just two hours away on train ride. Ambil tube pi St Pancreas Station, beli tiket Eurostar to Gare duNord, tengah Paris tu. Tak pe lah kalau tak de rezeki, next time Leha boleh datang lagi. Aurevoir!

Begitulah, setiap hari dia berbalas mesej dengan pakcik yang sudah lama tidak dijumpai, ada juga sekelumit rindu untuk melihat wajah yang sentiasa tulus itu. Sejak lapan hari menjejakkan kaki ke kota Eropah ini, sudah berpuluh mesej dikirim dan diterima, entah berapa pula bil telefonnya apabila kembali ke Kuala Lumpur dua hari lagi.

...to be continue...

9 comments:

  1. novel bersiri la NP, jangan la potong...

    ReplyDelete
  2. NP: kasi saspen le sket..itu baru feel..
    SM: pandai pon ko..novel bersiri...aku ada satu lagi akan letak di sini..ini pun pil aku yg mujarab gak ni..

    ReplyDelete
  3. testing... one two triii...
    eh, novel ni kau dah siap tulis sampai abis ke?

    ReplyDelete
  4. amacam testing ko..ok tak blog aku? ke masih bermasalah untuk dimasuki? novel itu aku dah buat banyak bab..tapi aku ni spesies semua nak buat sekali harung...tulis yang ini teringat yang itu..tulis yang itu teringat yang ini...kini aku sedang usahakan dua e-novel serentak..ini antara pil yg paling mujarab...

    ReplyDelete
  5. memang boleh masuk, tapi takde notification untuk komen baru. ni pun dah terlambat sejam. terbaik, aku suka baca benda sambung-sambung ni (kecuali tele novela)

    ReplyDelete
  6. ok..lepas ni ko boleh la sambung menyambung di sini...dan sila beri komen dalam usaha aku untuk menyudahkan 2 e-novel aku yang sudah lama bersarang di dalam minda..macam mana aku nak buat supaya ko dapat notification untuk komen baru ya?

    ReplyDelete
  7. ...buat tak tau. (jawapan bagi panas hati)

    ReplyDelete
  8. hahaha..panas hati eh..tabbaik tau bulan pose panas hati ni..

    ReplyDelete