dari dalam diri (2)...


Hati yang satu
kadang-kadang, mencair seperti salju
kadang-kadang, kerasnya seperti batu
namun, hati tetap satu
justeru
jagalah hati...
dan berhati-hati
supaya hati
tidak disakiti...

...   ...   ...   ...

malam tidak pernah menipu
di sebalik pekat hitam yang jitu
ada nafas putus mengejar nafsu
ada dunia kecil yang berputar laju
menayang filem pendek yang bisu
apabila kata-kata bertukar menjadi kelu
jiwa pun menjadi beku
untuk menekur rindu
yang kian sendu!
aku sujud di kakiMU...

Comments

  1. ha ah kadang2 jadi batu
    kadang2 jadi salju
    kadang2 jadi mcam kerak nasi..
    choyyy

    ReplyDelete
  2. semua boleh jadi..pilih mana satu nak NP...

    ReplyDelete
  3. batu, salju, kerak nasi... semua ada persamaan, boleh dilembutkan.

    ReplyDelete
  4. batu boleh dilmbutkan? cemana tu..

    ReplyDelete
  5. batu atas kepala boleh dilembutkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menaakul bahasa alam..

Terung masak sambal..

Turki Part 1: Kula and who is Amina, Ali, Zaynab, Nusrien, Azmi and Yigit