Posts

Showing posts from August, 2011

Al Fatihah...

Hari ini...2 shawal bersamaan 2 September 2011' Dt Hassan Ahmad, bekas KP DBP, kembali ke rahmatullah. Dia yg aku kenal Kali pertama pd 1988 adalah pejuang bahasa tegar, DBP ketika di bawah naungannya adalah yg terbaik. Semoga rohnya adalah antara tetamu di kalangan para solihin...Amin.

raya...

Image
SALAM...
beberapa blogger
and 2 buddies blogger aku
yang rajin masuk ke blog aku yg seadanya ini...
nah ketupat cyber untuk u all...
selamat balik kg..
selamat bertemu sanak saudara
selamat menziarahi mana yang patut
harap aku
aku masih ada
di ramadhan berikutnya
dan masih ada peluang
untuk blogging di sini
kalau ada ternakal kata-kata
terjahat bahasa
dan tersamseng reply
harap maaf
aku ini hambaNYA saja
selalu lupa
dan ada khilaf
bila blogging.

bunuh diri...

hari ini aku berasa sangat ingin 'bunuh diri,'
walaupun aku tahu aku tak sepatutnya
melakukan percubaan itu
termasuk jumaat lepas,
sudah lima kali aku melakukan percubaan
untuk bunuh diri sejak ramadhan ini..
bagaimana lagi aku nak ingatkan diri...
jangan bunuh diri! jangan bunuh diri!
kerana aku ingin hidup seribu tahun lagi
banyak hal belum diselesaikan
aku tidak boleh bunuh diri
tapi setiap hari aku sentiasa
berasa hendak membunuh diri...
aku tidak boleh biarkan nafsu beraja di hati
untuk membunuh diri
kerana aku mahu mati
dengan jasad yang sempurna..

Nota: LW.jangan bunuh diri!!!! jangan buat lagi kerja bunuh diri itu!!!

wordless sabtuday...

Image

tazkirah diri

Aku selamanya berasa bertuah dan beruntung menjadi manusia yang sentiasa dalam perhatian Allah, menjadi manusia yang sentiasa ada tempat mengadu hal tanpa mengira waktu walau dalam sesukar mana sekalipun situasi aku...menjadi manusia yang sentiasa boleh bercakap terus denganNYA walau dalam keadaan tenat atau sengsara sekalipun kerana DIA mengetahui segala apa yang terlintas di dalam minda walau lebih kecil dari seekor kuman yang dibelah sejuta!

Dan aku kutip pernyataan ini dari blog seorang hamba Allah yg entrynya sentiasa menyulurkan rasa insaf aku...untuk dikongsi dengan sapa-sapa saja yang sudi menjenguk ke sini...

Selagi mana kita melakukan dosa, dan selagi itu ada balasan dan ujian dari-Nya, maka itu tandanya kita berada dalam kasih sayang-Nya. Selagi mana kita melakukan dosa, selagi itu hidup terasa semakin senang dan lapang, maka berwaspadalah dan timbulkan bimbang dalam hati, kerana barangkali kita sedang berada dalam kehinaan, dan jauh dari kasih sayang-Nya, supaya lekas-lekas…

ATT: MF, NP & SM

Image
OK..lanjutan daripada beberapa entry terkini kita di kedai kopi cyber ini...ada entry untuk u all..aku paste kat sini..tengoklah kalau nak tengok, kalu tak nak...sila offkan pc anda ya, sayer tak apa-apa..
 MF: ini adalah contoh kertas yang dimagickan menjadi note bernilai. Since u minat dgn recycle @ save our environment..ini adalah apa yg i buat sejak beberapa tahun lalu, sejak i pandai lipat kain baju dan lipat kertas...

sebiji kotak LV, sekali lagi...i x mampu nak beli barang LV, sekadar berangan...ini kotak yg dah siap...
...ini beberapa kotak LV yang dah siap...i jual RM5 satu..that day ada 10 biji...lepaslah minyak keta untuk satu minggu...hehe!
...dan ini adalah bahan mentahnya..file LV yang diberi rakan yang banyak deal dengan jenama besar..dia orang tahu i suka kertas dan segala bagai yang sama waktu..so bila ada function dan dapat file jenama apa-apa saja, daripada buang dia orang kasi i untuk dilipat lepatkan...i buat sistem barter...bila dia orang bagi barang cantik ni, i b…

keintiman tradisi

Image

satu-satunya keintiman yang paling mengujakan aku sejak azali adalah KETUPAT DAKAP ini..berdakapan antara satu sama lain, diikat dengan tali rafia kuat-kuat supaya dakapannya erat, melekat dan akrab lantas lunak saja melalui tekak dan bersemadi di dalam perut...tahun ini tiada ketupat dakap, tiada ketupat apa pun sebab mak, abah dan nenek tiada di sisi aku lagi...raya hanya jasad, rohnya tiada..ya Tuhan...

yay!! mood suda mari..

Image
One thing aku suka sikap budak2 opis aku...mereka ini bersungguh2 dan esprit de corp sangat kuat bila masuk bab bersuka ria dan menceriakan suasana..semua unit bertindak memasang lampu lip lap untuk menimbulkan suasana raya kerana kemungkinan besar, suku dari isi opis kena bekerja pada hari lebaran ini...aku..aku pun mungkin kena keje..hwaaaa.......mencik!!!

jadi, sebelum kesedihan melanda, marilah menghayati kerajinan budak2 ini menggantung kad, ketupat, lampu dan segala bagai sebagai elemen hiburan di pinggir hari raya...pas tu kalau masuk bab nak salam raya bila ada yang dah nak start cuti..salam mesti diikuti dengan muah muah...hahaha inilah bab yg selalu buat aku rasa nak sengih dalam hati...kalau ada 10 nak salam..10 kali le bermuah-muahan...ceitttt!

tazkirah diri

Hari Jumaat...sering mengingatkan aku kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...

Bermula isnin depan aku terpaksa meninggalkan kediaman aku selama beberapa malam kerana memenuhi tuntutan saudara kandung aku..terpaksa! Kalau tidak kerana tuntutan aidilfitri aku tidak akan meninggalkan kediaman aku yang sunyi ini...kerana aku sayang dan sayang kepada rumah ini..kediaman yang mendamaikan bagi aku walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di sini sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...

Ok, aku sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah aku baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..
Begini antara yang aku masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku seba…

fragmen B (2)

Segala-galanya bersipongan di dalam minda. Walhal emak yang terlebih bubuh garam...bukan dia yang menyediakan gulai itu. Tak pasal-pasal dia disindir mamat ekor kuda tu. Huh! Bosan macam ni...grr.
Nak bertekak pun tak guna. Mamat tu pula macam berlagak pandai masak saja. Ah..bosanlah kau. Lain kali kau datang aku buat kopi manis-manis...biar kena kencing manis..haha!!Yaya, tak baik nak pedajal orang. Mak Yaya ajar Yaya macam tu ke? Tak kan? Jangan nak malukan nasab keturunan kita.
Mak dah niaga makan sejak kau belum ada lagi. Jangan pula mak hilang pelanggan sebab kopi manis kau tu.Aahh peduli apa aku. Mamat tu sombong melangit. Tak tahan aku dengan orang begitu.
Rumah kecil tiang seribu, rumah-rumah kecil, tiang berpuluh ribu...alahai. Angin Laut China Selatan yang bertiup nyaman berjaya melembutkan hatinya seketika daripada meruap terhadap mamat bertocang. Lega...phew...bebas seketika otaknya dari memikirkan jembalang tanah yang sudah lama membuatkan tidurnya terganggu.
Ada saja ben…

fragmen A (3)

Hmmm…kerana salji dia terlepas menjejak Ashraf di Paris, banyak perkara terlepas gara-gara hujan salji yang sejuk. Nampak cantik apabila turun menutup bumi, tetapi cantik yang berbisa, sejuknya menyerap ke tulang hitam, tak tahan dia menanggung beku di hujung jari, dihujung hidung dan apabila bercakap, berkepul-kepul wap keluar. Sungguh dramatik.
Dan kerana salji jugalah dia terperap di sini, terkandas sudah sehari suntuk di lapangan terbang Stansted. Khabarnya, seluruh kapal terbang terpaksa bertumpu ke Stansted kerana Gatwick, Luton, Heathrow dan Birmingham dipenuhi salji, salji yang melumpuhkan banyak penerbangan termasuklah penerbangan yang dia tunggu kini.
Pelbagai manusia dari seluruh pelusuk dunia terkandas, tidak dapat meneruskan perjalanan kerana salji. Salji yang putih, lembut berjurai semasa turun dan cair dengan sendirinya itu rupa-rupanya menjadi begitu perkasa dan gagah kerana mampu menghalang burung besi daripada terbang, mampu menjadikan rel keretapi dari London ke Pari…

harapan...

PASARAN saham asia meningkat semalam berikutan kegiatan memburu keuntungan susulan petunjuk positif daripada Wall Street, manakala peningkatan saham Jepun disokong kedudukan yen-dollar yang stabil...

Berita Harian, Rabu 24 Ogos 2011, pg 46

Nota: Tuhan, terima kasih kerana mendengar bicara bisu aku...

dari dalam diri (2)...

Image
Hati yang satu
kadang-kadang, mencair seperti salju
kadang-kadang, kerasnya seperti batu
namun, hati tetap satu
justeru
jagalah hati...
dan berhati-hati
supaya hati
tidak disakiti...

...   ...   ...   ...

malam tidak pernah menipu
di sebalik pekat hitam yang jitu
ada nafas putus mengejar nafsu
ada dunia kecil yang berputar laju
menayang filem pendek yang bisu
apabila kata-kata bertukar menjadi kelu
jiwa pun menjadi beku
untuk menekur rindu
yang kian sendu!
aku sujud di kakiMU...

fragmen B (1)

(dedicated to Zain in casa del mar..langkawi)

SAUJANA mata memandang..hijau bertemu biru..di tengah-tengahnya pasak bumi menunjang kukuh akarnya di dalam tanah...aahh...hati gundah tak boleh senang walau hanya melihat lukisan alam ini...yang pastinya, dia mesti pergi ke situ..mencari sesuatu..mencari pelengkap rusuk kiri yang akan menyempurnakan kejadiannya sebagai hamba di bumi Tuhan...tapi bagaimana? Ingin mengambil anak orang...takkan mahu dibawa lari..cehhh ini bukan zaman dulu..kupujuk-pujuk ku bawa lari!
Zaman kini adalah zaman teknologi moden, zaman hujung jari. Sekelip mata mesej sampai dan rahsia hati pun terzahir.. tak mudah juga untuk dia meluahkan apa yang berbuku...sejak dua tiga bulan lalu. Ya, yakin...sejak dua tiga bulan lalu... "Zain..thanks for the info. Nanti saya beritahu mak...kena jagakan...customer is always right..macam raja...haha," dia mengucap sopan pada lelaki itu. "Alah biasa je..sebab saya suka makan di sini, tu yang saya beritahu awak...,"…

selepas perang!

Image
Kalau kami berlari dengan bunyi tapak kaki berdentum dentam di atas lantai kayu, nenek cerlung garang, mak pun akan cepat-cepat cubit tarik telinga..lantas kami akan diam seketika, sebelum cuba berjalan dengan gaya berhati-hati seperti 'cat walk' kerana tidak mahu sama sekali mengeluarkan bunyi. Ketika itu juga kami, (aku dan adik), tahu semua orang kena senyap, kalau tidak kami nahas terpaksa mendengar leteran nenek dan mak selama berhari-hari..kami juga tahu ketika itu semua isi rumah akan sama-sama solat berjemaah, menandakan semua orang di dalam rumah bebas dari hadas besar.
Seminggu sebelum itu, kami sudah lihat mak mengait pelepah pisang di belakang rumah manakala nenek akan memastikan daun pisang diraut cantik, lalu daun itu dikoyak cermat supaya sama saiz dan bucu. Mak juga akan menyediakan pencucuk lidi dan akan ada seperiuk besar pulut daripada beras pulut yang terbaik. Di tengah laman, ketika petang sunyi dan nyior gading melambai lembut dengan ciuman angin sepoi2 bah…

fragmen A(2)

Dia membalas segera mesej berkenaan. “Tak pasti, kalau cuaca baik, InsyaAllah saya turun ke sana. Ingat nak ambil pakej daytrip. Kebetulan, rakan saya, Ikhsan ada beritahu dia nak ke Paris dan Geneva. Uncle ada di rumah?”
Seminit, dua minit, tiada balasan seterusnya. Seharian dia menunggu dan keesokannya selepas bangun tidur di pagi yang sejuk, dia dapati ada mesej dari pakciknya di kotak simpanan telefon kesayangannya itu, walaupun klasik tetapi berfungsi dengan baik.
“…so are you in Paris now? Bienvenue mademoiselle! Jangan lupa ambil gambar tengah main snow kat Eiffel and publish kat blogjournal, uncle nak baca online ok. And always hati-hati kat Paris, banyak proffesional picpockets and con-artistes (penipu). Enjoy your trip and have a nice day. “Saya tak jadi ke Paris. Heavy snow. Was advised not to proceed!” “Aiseh rugi tu..its just two hours away on train ride. Ambil tube pi St Pancreas Station, beli tiket Eurostar to Gare duNord, tengah Paris tu. Tak pe lah kalau tak de rezeki, nex…

fragment A(1)

(dedicated to uncle in geneva, switzerland)

‘Salam Uncle, saya kat Sussex Garden, Spring St. Overnight kat sini. Boleh jumpa?”
Mesej berkenaan dilayangkan ke nombor yang dipilih, tangannya laju menekan send.

Mesej berkenaan dilayangkan kepada Pakcik Hilmi, pakcik sebelah ibu yang sudah lama tidak ditemui. Hatinya berbelah bahagi untuk menghubungi lelaki berpangkat pakcik itu kerana dulu dia tahu pakciknya itu pernah kecewa, kecewa kerana dia tidak pernah membalas senyum yang diberikan, hanya itu saja.

Dan kerana kecewa yang ringkas itulah pakciknya membawa diri dengan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, menjadi pelajar terbaik, menyambung pelajaran ke luar negara dan sampai kini menetap di negara asing. Tidak sampai lima minit, ada mesej lain masuk ke telefon klasiknya, Nokia 3310.

“Salam…laa your message came a bit too late, I was in London last week, Yusof tak bagi tahu you ke? Im back home in Geneva now before flying to NYC for a meeting this Friday. Then off to Sydney to a c…

dari dalam diri

i)
dari segenap aksara yang ada
antara yang terlintas
apabila kata-kata menjadi nista
maaf pun menjadi hina
apabila waadat dilanggar
janji pun menjadi longgar
apabila rindu tidak dipateri
rasa pun menjadi mati
apabila setia sudah lebur
maka akad menjadi lebur

...   ...   ...   ...

ii)
kata-kata yang baik
ibarat segelas air
yang dinikmati
kala kehausan
kata-kata yang jahat
persis
sakaratulmaut
yang gelojoh
melangsaikan tugasnya
mencabut akar nyawa
dan antara kedua-dua
adalah kata-kata
yang bisu
tiada nahu
tiada sabdu
kelu...

...   ...   ...   ...

iii)
selangkah memasuki ruang sunyi
klik....
kenapa aku rasa ada yang tidak kena
rupa-rupanya kalimantang di siling
sudah tebakar
kesuraman bermaharajalela
dan aku semakin hampir
memasuki jagatraya seorang V...

BELASUNGKAWA...

pagi Ahad, 21 Ramadhan 1432 hijrah bersamaan 21 ogos 2011
hari ke 21 kita menyalami ramadhan
aku tiba di tempat kerja awal
jam 9.45 pagi..
tit! tit!..getaran telefon di atas meja aku jeling sekilas lalu
ada nombor yang tidak dikenali..
“...penulis Tuk Ya meninggal....belasungkawa mana?”
aku tarik nafas sekali sambil membaca al-fatihah sebagai hadiah kilat kepada beliau
telefon diletakkan kembali di tepi tetikus dan aku sambung tugas menatap skrin kaca..
detik beralih dan aku alpa untuk menukilkan seberkas kenangan kepada beliau yang pernah beberapa kali aku temui di Rumah Pena...
sehinggalah matahari beralah dan bulan mengambil tempat
aku terlepas pandang dan ingatan terhadap beliau menjadi kabur
sebentar tadi..
ada satu lagi mesej ringkas diterima
“...aku kehilangan...”
dan aku kembali menyelia mesej ringkas yang aku terima awal pagi semalam
masih ada dan tidak diforward kepada sesiapa pun..
sekali lagi...

sendu!
belasungkawa untuk allahyarham Azizi Hj Abdullah yang aku tekuni ilham …

gurindam 12 raja ali haji

Gurindam Pasal 6
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan istri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan ‘abdi
Yang ada baik sedikit budi

.>

>

>

>

>

thanks buddy...u know who u are..

andai aku ada pilihan untuk tidak menjadi manusia...

Image
bukan aku tidak bersyukur, jauh sekalu menyesali kejadianNYA tetapi, menjadi manusia bagi aku
buat masa ini, amat sukar apabila berada dalam keadaan antara sedetik untuk memilih lorong mana yang harus aku tuju kerana tiada sejalur cahaya sebagai penyuluh, yang ada hanyalah kegelapan yang membutatuli, kegelapan yang maha gelita walaupun aku sentiasa mencari cahaya itu, ia tidak muncul. adakah ini suatu hukuman  yang harus aku tanggung sehingga akhir hayat..adakah tidak menjadi manusia itu lebih mulia...andai benar...ya Tuhan..aku dalam kegalapan.

belajarlah memaafkan...walaupun sakit

di kiri aku E dan di kanan aku G..
aku sentiasa menjadi pendamai dan kadangkala aku terpaksa menyisihkan diri ketika mereka mempunyai perancangan yang tidak memerlukan aku hadir di antara kedua-duanya..namun jarang aku disisihkan..
pada satu ketika sekitar 96..
G mendatangani aku: V...aku nak bertunang dengan E.
Aku gembira mendengarnya walaupun tahu aku akan kehilangan sahabat paling luhur..
esoknya, E mendatangi aku: V, kau restui kami kan...aku akan hantar tanda untuk G
akulah manusia yang paling bersyukur andai kedua-duanya berjaya disatukan, kerana aku tahu pahit getir yang mereka lalui..
dalam pada itu, G sibuk menyediakan kelengkapan pertunangan yang tidak lama lagi..
dan aku meneruskan nafas di dalam arus kehidupan yang sungguh mencabar..
kukira tugas aku usai sudah kerana mereka bakal bersatu
beberapa bulan..aku yakin mereka bahagia
G mengutus selembar ayat di skrin telefon aku: V, E tidak muncul saat kami hampir amat bertunang...
aku berasa darah berhenti mengalir dari seti…

ketakutan yg tidak berasas...

kerap masuk ke telinga aku..perasaan takut itu adalah satu rasa yang ada dalam diri kita sendiri, tiada hantu dan tiada makhluk lain kecuali perasaan takut yang kita sendiri develop dalam diri. karut? benar? tepuk dada tanya selera..mau jadi penakut atau berani gila..kondisi aku kini adalah berani dalam penakut, kenapa? kerana hidup mesti ke depan sebagaimana langkah...

setiap hari, aku buat rutin sama..supaya aku boleh menjejak sebarang kelainan yang berlaku sekeliling terutama di kediaman 'vampire from dusseldorf' ini..kini kepekaan aku adalah tahap 100 %.pisau berubah kedudukan pun aku boleh perasan apatah lagi kedudukan lain-lain benda di dalam rumah.

satu petang, aku balik keje, hari senja..hampir jam 7. cina depan rumah sibuk baca mantera. india sebelah kanan pula sibuk dengan loceng. aku masuk rumah dengan otak sendat. bunyi air dari akuarium jelas je. ok..semua clear..naik tiga anak tangga, aku perasan pintu bilik menuju ke kitchen sedikit renggang..wahh..apa lagi..jan…

weekend...

Image
im not a mummy yet..im only an aunt for my nieces and nephews..tetiba subuh tadi..jiranku yg ada anak dua orang tu text aku:

Salam kak, saya sangat perlu pertolongan akak..
suami saya kerja awal pagi, saya ada kursus jam 9, boleh tak jaga anak saya dini dan azfar sekejap, suami saya balik jam 11 pagi..

aku tiada pilihan, dia tahu aku off hari ni.

aku balas: ok boleh.
dia balas: terima kasih kak...budi akak saya x dapat balas

x mengapalah...aku tolong dengan hati rela walopon tiada pengalaman dengan budak berusia 5 dan 2 tahun.
dan bila aku sampai di rumahnya yg tidak jauh dr rumah aku, si abang masih tidur...si adik leka menonton tv. selepas dimandikan, aku try nak suap makanan yg maknya tinggalkan..budak ni geleng dan tutup mulut kemas..macam mana aku nak buat..maknya dah pesan suruh bagi makan.
dalam terkulat-kulat itu..si abang bangun..
"..auntie..where is ibu..." muka poyo sebab br bangun tdo..
"ibu work..." aku cakap sambil cuba nak paksa adik dia makan. adikn…

miss u...

Image
a picture with a thousand words..but i only hv 3 words: i miss u...

carpal tunnel syndrom...

Image
What are carpal tunnel syndrome symptoms?
People with carpal tunnel syndrome initially feel numbness and tingling of the hand in the distribution of the median nerve (the thumb, index, middle, and part of the fourth fingers). These sensations are often more pronounced at night and can awaken people from sleep. The reason symptoms are worse at night may be related to the flexed-wrist sleeping position and/or fluid accumulating around the wrist and hand while lying flat. Carpal tunnel syndrome may be a temporary condition that completely resolves or it can persist and progress.
As the disease progresses, patients can develop a burning sensation, and/or cramping and weakness of the hand. Decreased grip strength can lead to frequent dropping of objects from the hand. Occasionally, sharp shooting pains can be felt in the forearm. Chronic carpal tunnel syndrome can also lead to wasting (atrophy) of the hand muscles, particularly those near the base of the thumb in the palm of the hand.

DAMN!…

andai ini ramadhan terakhir...

Adakah ini Ramadhan yang terakhir?

Soalan ini perlu selalu menerjah di ruang fikir kita, kerana kematian akan menjadikan kita Muslim yang sentiasa berhati-hati dalam segala tingkah dan amal, selalu mengingatkan kita dengan Akhirat, selalu memacu hati supaya memilih di antara dua destinasi, syurga atau neraka. Seperti sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang bijak adalah orang yang memuhasabah diri sendiri dan beramal untuk sesudah kematian dan orang yang lemah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya kemudian berangan-angan (mengharap rahmat) pada Allah." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Soalan ini akan memacu kita ke arah ketaatan, kemurahan rezeki, mengelakkan kehinaan dan laknat, menetapkan hati dalam istiqamah. Ayat ini akan menerbitkan rasa kita "melihat" dan "dilihat" oleh Allah. Malah sentiasa memberi peluang supaya kita menghargai setiap derap langkah, jerih nafas dan detak jantung untuk bertaubat, kembali dan menyesal atas segala dosa yang kita la…

durian...

Image
Spesies durian benggali@rare species..was found somewhere in KL..dipercayai durian ini sangat jarang ditemui, namun mengikut kata individu yang memiliki durian ini, rasanya 'boleh tahan terangkat' dan bisa membuatkan kereta meletop jika disimpan lebih daripada 3 jam di dalam kenderaan...ada pembida menawarkan lebih duit untuk memiliki durian pelik ini, akan tetapi pemilik asal tidak berhajat untuk menjualnya...kata pemilik asal...aku tak heran dengan duit, baik aku makan saja durian ini!

raisin rock!

Image
while waiting for the TM Unifi  manage my internet service at home these morning..i decided to bake a cookies...a rock head banging cookies for the person who loves to hear rock head banging music..hehe!

Momento: NP & SM..u coloured my thought!

Image
There's two things to define what is friends mean: pureness of word when u talk abt and spontainess of reaction when u participate abt...

...stars are seen together, yet they are so far apart, true friends may not not speak everyday, but remember we are always linked heart to heart..

friendship is like a violin, music may stop now and then, but strings are always attached forever. likewise if u be in touch or not, you are always remembered..and a friend is someone you can do nothing with, and enjoy it..hey let me tell u..this is the best time blogging that i ever had since 2004..for those who are not mentioned..kamen, misznorul, ummi maryam, happy irfa etc..i appreciate u all too.

Note: NP & SM, kukenalimu baru sekejap, dalam sekejap itu juga aku mengenalimu..think abt it! aku sepatutnya buat posting ini ketika friendship day tapi lambat lagi nak tunggu tahun depan bcoz as for me..my friendship day is everyday and having a great friend like u is really make my day great! aku tak …

buka puasa @ heritage

Image
arwah mak aku selalu berkata, rezeki yang sedikit, jika dimakan bersama-sama...akan terasa keenakannya dan terasa banyak. katanya juga, rezeki yang banyakpun, jika tidak dikongsi, terasa sedikit dan tidak puas untuk dimakan..thanks to stephen and hani & ayu too for sending me back to the office.
alhamdulillah, buka puasa di food heritage@bangsar amat mengesankan, kerana ada menu sira pisang dengan kelapa parut dan lempeng kelapa dengan gula merah. dua menu yg arwah mak aku suka sangat buat semasa hayatnya. dua menu ini juga adalah hidangan yang sentiasa ada di meja kayu kami di dapur kecil dan suram tapi kami menikmatinya dengan tenang dan walapun hanya lima biji pisang sira, dimakan oleh satu kelarga besar, ia cukup untuk kami.
walaupun ruang makan FH terhad dan menu yang tidak banyak bilangannya, tapi aku terasa lapang dan selesa untuk menikmati menunya yang berhemah. kerabu pucu paku, ikan masak taucu dan ayam goreng pedas, tapi aku pilih soto. one day nanti aku nak ajak koran…

terima kasih Allah...

Image
walaupun terasing
dalam keterasingan itu
ada kenyataan
Allah Maha Pemurah
dan Penyayang
sedikit yang aku mohon
selautan yang ENGKAU berikan
sekuman yang aku berikan kepada yang lain
segunung yang ENGKAU pulangkan kembali
secebis yang aku kongsi dengan mereka
seluruh maya yang ENGKAU anugerahkan aku
sedikit prasangka baik yang aku terlintas mengenai mereka
sebersit bintang timur yang ENGKAU suluhkan pada aku
sejak hari pertama puasa
rezeki aku sangat pesat
baru tiga hari berbuka di windsor
selebihnya di parkroyal
gardendoubletreebyhilton
gearboxpannazklhiltonsimedarbyconcenter
etc
sungguh aku tidak mampu untuk membayar 98 sekepala atau paling murah 78 tetapi rezeki sentiasa basah terima kasih kepada penaja kerana memeriahkan warna hidangan aku
sesungguhnya walau warna kehidupan aku adalah sombre adakalanya..ia menjadi percikan lilac yang menjanjikan harum kenanga di hujung laman terima kasih Allah.

rethoric seorang adele...

Image
retorik,
seni pemujukan melalui pemerincian kata-kata,
penelitian gerak laku,
pencerapan kepada pendengaran dan
keterbawaan igauan terhadap sesuatu yang diamati.
retorik seorang adele sangat hebat...
aku tak pernah melakukan kerja gila membuat investment mendadak
di kedai cina jual cd,
tapi lantaran retorik sang adele ini amat hebat,
aku terpedaya.
2 cd adele + 1 cd janet seidel bertukar tangan
akibat mantera nyonya separuh usia ketika aku lewat di kedai kecilnya.
bila balik opis, aku congak balik when was the last time i bought a cd..
owh yes, it was last year, november last year with 2’s french pop compilation cd’s.
Rasa nak hantar balik bila cek resit pembelian
yang memakan bajet duit minyak kereta aku selama 3 minggu..
owh no! Adele, retorikmu sangat hebat (tapi aku bukan pemujamu,
aku cuma pengkagum suara emasmu).
memang sehingga kini
retorikmu masih tidak mampu
diatasi amy rumahwine, sarah brightman dan catherine jenkins.
owh sangat tidak adil kalau aku letak en…

pemaafnya kita..

memang terpuji kalau kita ada sikap pemaaf dan memaafkan
yelah, sebab apabila melakukan perkara membabitkan 'maaf''
ia mesti ada kena mengena dengan ego...
apatah lagi..berkata maaf tidak sama kondisinya dengan hati orang yang akan memaafkan
walaupun dimulut kata, saya maafkan, di hati mungkin berlawanan sama sekali
aku tak faham dengan senario sekarang
kerana kita menjadi bangsa yang sangat pemaaf
kerana kita cepat melupakan kekejian orang
walaupun mereka pernah meletakkan maruah kita di bawah tapak kaki..
dua tiga hari lalu
ada paper menyiarkan cerita
kisah nasi lemak 2.0
dan pengarahnya diterima konon ideanya berhasil
walaupun suatu ketika dulu
negara kita gempar
dengan cerita lagu negaraku dibabikan
walaupun kita tahu, maruah kita dibawah tapak kaki pelaku..
ingat2lah..

nenek moyang kaya raya
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang..

Nota: aku masih tidak boleh memaafkan dia walaupun tiada setitik darahpun tumpah disebabkan…

tg ismail tg su

Image
Sorang lagi tokoh yang aku admire hilang, kembali ke rahmatullah nun jauh di London semalam...digelar Duke of Songket, dua bulan lalu aku terbaca di FB mengenai kesihatannya dan aku yakin ketika itu dia akan sihat dan mempunyai banyak lagi masa untuk memperjuangkan fabrik khazanah tradisi, songket yang mula ditelan arus perdana industri fesyen. Walaupun tidak mengenali secara peribadi dan hanya bercakap beberapa kali di dalam gagang, dia memiliki ilmu yang sangat berguna kepada orang macam aku. Puas dipujuk untuk membenarkan aku menemuinya, dia memberi alasan ramai lagi orang lain yang aku boleh rujuk..lepas tu lama dia hilang (mungkin kerana dia tidak menetap di sini) dan hari ini, terkejutnya aku sebab x sempat nak menemui dia secara in person..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Al-Fatihah.

buka puasa @ windsor

Image
chicken spinach sushi with baby carrot
 golden rockmellon
 black mushroom chicken ball with don pomadoro porchini mushrooms and idahoan original mashed potato
mango cheese layer cake...

burp...Alhamdulillah...

macam s#$%

minggu lepas aku dah tpon ko
dua kali aku try
1st time try ko x angkat
2nd time try..lama aku tunggu
selepas 10 minit, baru aku dengar suara ko
ko ingat suara ko sedap sangat
ko ingat aku boleh sabar dengan ko
nyaris aku nak letak, ko jawab
aku rasa siput pun lembap juga
tapi rupa-rupanya ko lagi lembap
macam c*&l$#a
tengah aku syok bercakap
ko putuskan gagang
minggu ni aku call lagi
ko ingat aku  x dak keje lain
asyik nak call ngko je
kali pertama call...selepas 7 minit baru ko jawab
aku kering air liur nak terangkan, gagang putus
sekali lagi
macam p&%#%$k
aku try kali ke 2...
(kalu ko x angkat gagang....esok lusa ko tunggulah..aku hantar surat pada akhbar arus perdana)
sebab ko lembap angkat gagang, sebab ko lembap entertain aku..
nasib baik ko angat..
bla! bla! bla!
ya...saya anggap ini urgent
ha? nak putus?
bayar balik RM900
wattehell aku pulak nak kena bayar ko
banyak cantik muka ngko...
ok! ok! dalam tenpoh 24 jam, kalu x dak sapa entertain aku
esok ko baca je report aku…

music revolution - Adele

Image
Music is a higher revelation than all wisdom and philosophy - Ludwig Van Beethoven.


No wonder..Brat always told me that listening music is a good therapeutic for relaxing of mind, especially before sleep and when we are in a difficult condition, music is the best medicine for calmness and happines. I have no idea on that but science research reveal, a baby in their mother's womb will reflect a smooth gesture when we put a music into the mother's tummy.

Aku tak tahu bagaimana kondisi bayi yang boleh memberi reflection apabila mendengar music, tapi dari aspek disiplin islam, memperdengarkan bayi dengan bacaan al-Quran sejak di dalam kandungan ibunya diyakini kan membuatkan bayi menjadi individu yang mendengar kata dan berhemah..alangkah besarnya pengaruh music atau bunyian-bunyian kepada manusia. Dan fitrah juga membuktikan sesuatu yang mengesankan terutama bunyi-bunyian, apabila diamati boleh menimbulkan kesan terapi yang membangkitkan perasan harmonis dan tenang di dalam diri …

Sina hari ini..

letak saja namanya Sina...(bukan Sinar FM ya..)
usia awal 30-an...sedap mata memandang
walaupun bekerja sebagai cleaner saja di serdang
hari ini, nasibnya di hujung tanduk
saat aku lihat dia di wad
dia senyum saja
walaupun ada pendakap pada leher
dia cuba nak bercakap dan bersalam
tapi aku lagi cuba tahan dia supaya jangan bergerak
laporan perubatan belum keluar
kalau ada saraf pada leher yang rosak
dia akan lumpuh seumur hidup
kenapa?
kerana dia dipijak, tendang dan pukul
oleh suaminya yang sakit mental..
walhal aku sudah berpesan kepadanya
kalau nak selamatkan diri, datang saja rumah aku
dia masih berfikir2 untuk bertindak
dan penyudahnya...dia adalah wanita yang seperti aku ziarah hari ini...
nasibnya di tangan doktor..
dia yang aku sanjungi kerana menumpahkan kudrat
menjaga arwah Maa semasa hayatnya dulu..
dia bekas maid aku seketika dulu..
semoga Allah memberikan dia sedikit peluang menikmati kehidupan aman

*perempuan2 di luar sana..
jangan sekali-kali berserah pada takdir
walau…

open email to Maa...

Assalamualaikum Ma..
Maa apa khabar? Maaf, saya dah lama tak berziarah ke rumah Maa..
Saya yakin, Maa tahu kenapa saya tidak mengunjungi Maa..
pastinya rumput dan semalu sudah mula meliar di tepi-tepi batu
pasti juga tanah sudah mula mendap, sebab 2 3 petang ini hujan gugur membasahkan bumi
jiran-jiran Maa pun tentu tertanya-tanya kenapa saya tidak muncul di rumah Maa...
sebab kalau saya muncul, mereka juga akan dapat hadiah..
Maa..ampunkan saya
kalau saya tidak berziarah ke rumah Maa sekalipun
saya sentiasa menyediakan hadiah untuk Maa, Abah dan Nenek
Setiap hari sambil memandu saya menyediakan tiga sampul surat putih untuk Maa, Abah dan Nenek
dan hari Jumaat saya menyediakan hadiah yang lebih lagi untuk Maa kongsi bersama Abah dan Nenek..
tiada apa yang saya boleh hulurkan
kecuali hadiah yang saya titip setiap hari, untuk menyuburkan ingatan saya kepada Maa dan mereka
tiada apa yang boleh menghubungkan kita
kecuali sedekah dan amal jariah yang saya lakukan untuk menggembirakan Maa, …

Melayu London sombong...

Ashraf Haziq ni, tak pasal-pasal jadi femes di Malaya
tulang rahang patah, semalam sokkabar semua
main pic dia kat hospital, tersandar atas katil
nak tunggu operation, sambil tu ada orang besar
dari tanah air melawat dia
untung ko dik, naseb ko sangat baik
sebab tak ada luka teruk
sekurang-kurangnya
ko masih boleh meneruskan hidup
sebab ko cuma patah sikit je..
tahun lepas, sekitar awal Disember
salji renyai-renyai
kalau nak jalan kat Oxford Street pun masih ok..
kalau berlepak-lepak di Bond Street pun tak apa-apa
walaupun ada riot
kedai baju jenama mahal
Top Shop, Zara, Burberry, MnG
semua meriah dik
even kedai kopi pun
apatah lagi gedung milik al-Fayed
yang namanya Harrods
pendek kata, kalo ada 25 jam
25 jam itu akak jamin tak cukup
untuk tawaf gedung tu..
tiba-tiba jam 9 malam waktu London
cuaca sejuk
panggg!!! cermin sebuah kedai baju
di situ pecah berderai
siren polis di mana-mana
dan akak berada di lokasi itu
namun tak seburuk ini..
esoknya...
jalan-jalan lagi, di rumah pak dut…

Anekdot

Kakak1 : kesian kan, meninggal budak tu makan makanan pasar ramadhan. Kakak 2: Tu lah, jangan beli makanan kalau Indon yg jual. Kakak 3: Anak aku tiap2 hari nak p pasar Ramadan. Kakak 1: Aku masak sendiri kat rumah Kakak 2: Tapi kat Bangsar kuenya bagus2, cantik!
Dalam hati aku: Aku haramkan kaki aku dari pijak pasar Ramadan..hmm baru ko tau masak di dapur sendiri tu lebih bagus!

Bangsa membaca adalah bangsa bertamadun, ya ke? Bahkan, kadar celik huruf kita pun dah lebih baik Kalau dulu, 10 tahun lepas, kajian kata 2 page je setahun purata dibaca Aku harap terkini lebih dari 1 buku setahun.
Tahun 2005 – 2006, aku baca50 buku setahun dengan setiap satu 400 pg 2007 – 2010 – merosot jumlah bacaan 2011 onwards - aku kena paksa diri membaca supaya tidak mudah pelupa
:Sebab dah dua tiga hari aku LUPA nak kunci jam nak bangun sahur…sigh!

Penakut

mengenang arwah bapa aku dulu
kalau ada bunyi sesuatu di tengah malam
walaupun jam 1 pagi
dia akan bangun untuk check
tak kira gelap malam mengerikan
atau senja petang menyeramkan
dia akan turun untuk survey
selagi tak tahu punca
dia tak akan naik ke rumah
sampai puas hati
barulah dia akan naik
sementara aku pula
balik rumah, terus naik atas
pagi2, kuar bilik
terus tuju pintu besar
aku tak akan masuk dapur
dan 3 bilik lain
sejak 3 malam lalu
ada bunyi asing di rumah aku
hati...tolong jangan takut

Nota: LW..ketakutan tidak akan membunuh
kecuali diri sendiri yang tersalah langkah akan membawa kepada kecelakaan
Brat sentiasa kata pada aku: V, being alone is not a curse but its a gift!

sedekah...

Macam 1 trend pula, nak sedekah..tak pun atas nama CSR..
beli colgate pek kecik, 10 sen akan masuk ke rumah anak yatim
kalau beli pek besar, dapatlah 20 sen
kalau tak beli langsung, tak dapatlah budak-budak tu
sehari berapa ramai pula yg beli colgate
kempen berjalan 30 hari je
buatnya dalam sehari, ada 5 pek kecil je yg terjual
tak ke sedih..
ini trend penjual barang kini
produk2 kecantikan pun begitu
seposen daripada harga barang, akan masuk kocek anak yatim
lepas tu kuar surat kabar, syarikat itu buat csr untuk rumah amal ini
yang itu pula sedekah pada rumah anak yatim yg ini...
aku harap, duit tu betullah dapat kepada mereka yg berhak..
kesian mereka...
semoga Allah permudahkan kehidupan mereka.
...

life is too short

Pada tahun 2000++
doktor kata aku ada simpton kanser
kanser yang sangat ditakuti oleh perempan di muka bumi
kanser rahim..
danggg!!!
aku pun rasa nak putus nafas bila dengar statement melulu
tapi bila lihat muka doktor...aku cuba senyum..
doktor mana tahu aku ya ke tidak ada kanser
ok kita buat diagnosis
aku setuju
banyak darah aku kena ambik dek nurse tu
dah lah banyak..sakit pulak tu
bukan sehari dua
banyak hari aku kena ulang alik
ke hospital
tiba hari nak tahu result
doktor pandang muka aku
(doktor nasib baik muka ko handsome)
aku pun pandang juga sambil cuba mentafsir apa dia nak kata
LW u bebas kanser
tapi hari tu simptonnya macam kanser
mungkin ke arah itu tp sebab u tukar cara hidup
ia jadi ok
apanya nak tukar cara hidup
memang aku hidup macam ni
kerja! kerja! kerja!
so aku bitau doktor
cara hidup macam mana yg doktor nak aku lakukan
bla! bla! bla!
Prof Z: S..life is too short and life is abt to celebrate...jangan terlalu tertekan menghadapinya. Raikan segala apa yang Allah Su…