Saturday, 30 July 2011

RZ

Menemui dia,seperti biasa tidak banyak kata-kata yang diucapkan ketika berdiri sejurus di ruang yang dipenuhi orang itu, tapi aku tahu diam itu tidak bermakna  tiada bicara kerana diam yang sunyi adalah bisikan suara mengepung sejuta kata cuma tidak terucap lantaran kami membiarkan diam dan sunyi mentafsir suasana. Naskhah tersirat itu bertukar tangan. Ingin saja aku mentafsir setiap aksara di dalam lembaran kuning itu kerana di setiap huruf itulah aku mampu menelusuri sifat peribadinya..seperti batu-batu di laman, yang sentiasa kejap oleh akar merapat di bumi memaku sejumlah kenangan yang tidak mungkin luntur sampai bila-bila kerana detik itu hanya datang sekali dalam hidup.
Dia yang sentiasa dalam ingatan..RZ.

No comments:

Post a Comment